teduhan dikala langit menangis, di situ kumelakar setiap memori di awan putih lalu membiarkan ia direnggut bayu menghembus...
Monday, March 24, 2008
130 - Saya dan pengasah pensel merah
Friday, March 07, 2008
129 - Sahabat
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
128 - Apa dah jadi....
Dah lama tak berblog. tak der apa benda yg menarik pon nak ditulis dlm blog nie. semuanya berjalan seperti rutin. tapi lately aku dok layan citer korea kt web. muahahaha... makan gaji buta lak aku nie. huh, tak berkat duit gaji aku. bukan tak der keje, ada... tp tak byk sgt. lgpon kemalasan melanda. hahahaha..
Hari nie ofis senyap dan senyi. dah ramai balik utk mengundi? aku? usah ditanya... aku pangkah diri sendiri je (paham2 je la..kekekeke..). So aku ucapkan selamat mengundi semua. buat la pilihan yg bijak!!
Isnin nie aku cuti. Layan grand prix liga boling ofis aku nie. main 10 game kot. huhuhu... larat ke nak membaling nie. bola aku hantar tampal balik mlm selasa lepas... esok mlm baru nak gi amik & drill semula. wahhh... moga dpt membaling dgn sempurna. tp jari ku yg kesakitan ini akan bertambah2 la sakit. 10 game tu... adeh!
Apa2 pon... belasah aje la...
Thursday, February 14, 2008
127 - Al-Fatihah
Al-Fatihah buat allahyarhamah...
Wednesday, February 13, 2008
126 - Misi MBians
Tuesday, February 12, 2008
125 - CNY Holiday (Edisi terkujat)
Nak cerita sket cerita-cerita sensasi time aku balik kampung hari tu. Aku gerak balik kampung hari Khamis tu..nasib baik tak le jammed sangat. Kuar dari KL smooth jer... tp bila dah masuk highway... masak gak la. Tambah2 lagi bila nak sampai ke tol Jelapang. perghhh... berasap nak lepas. Diaorg tgh buat tol baru kat situ.
Sampai rumah dalam pukul 12 tengahari. Lepas tu lepak2 kat rumah, mak aku pon bukak citer yang abang dan Kak Min nak tunang. Whattttt?????? Memang takajut beruk aku dibuatnya. Abang aku nak tunang 1 Mac nie. Dia berkenan dgn orang dari negeri yang menjadi kepantangan abah aku. Tapi dia berkeras gak. Abah tak leh nak buat apa dah la. Dah jodoh agaknya. Kak Min lak dapat org Terengganu.
So, aku tergamam je la. Ye la, tak der angin... tak der ribut tetiba dapat tau berita besar cenggitu. Aku cam tak sedia nak handle event besar2 camtu. Tak berpengalaman. Dulu lainlah.. waktu sepupu2 aku yg lain kawin, aku masih kanak2 rebina. Tak terlibat langsung kerja2 kenduri kawin nie. Sekarang nie mak aku dah tak upaya, so semuanya akan terletak 200% atas bahu aku la untuk menghandlenya. Adeh... ngeri lak aku rasa nak menanti saat tibanya nanti. Maybe bulan 8 kot kendurinya nanti. Kenduri Kak Min & abang akan serentak dijalankan. Adeh.. aku rasa aku nak pengsan dulu....
Kat rumah dah mula kelam kabut. Aku dah blur sebab sepupu2 aku dah sibuk dgn persiapan. Rumah kena kemas dulu! Itu kata diaorg. Aku ikutkan saja. Maka cuti aku selama 4 hari dipenuhi dengan xtvt mengemas rumah. Penat tok sah citer la. Memang flet abis cuti kali nie. Tapi enjoy. Kebetulan plak Kak Lela baru lahirkan anaknya yg ke-4. Mohd Adam nama babynya. Comei btol! Tapi tak dpt nak main sgt dgn baby baru sbb dok sibuk mengemas rumah. Kesempatan cuti lama nie, ramai gak yg balik berkumpul kt kampung. Happy btol aku! Aam & Kak Lela buat kenduri arwah. Saja-saja nak menjamu org makan. Jarang kitaorg dapat kumpul ramai-ramai cenggitu. Memang happy sangat cuti kali nie.
Friday, February 01, 2008
124 - Jauh
jauh sekali hingga sukar kucapai
mengapa?
apa yang sebenarnya berlaku?
Saban hari kurasa
kau semakin menghilang
walau ada tetapi tiada
aku tidak dapat rasakan
kehadiranmu di sudut hati ini.
Jika tidak ada lagi perasaan itu
lepaskan ia dari merantai jiwa kita
jika masih ada, jangan lepaskan
bajailah ia, siramilah ia.
Aku tidak mahu kau menjauh
kerana aku tidak mahu terasa kehilangan
Aku tidak mahu kau menghilang
kerana aku tidak mahu terasa kejauhan
Jangan pergi sebelum sempat kita berbicara
apa yang tersirat di dalam hati kita...
-FPP, 1 Feb. 2008-
Monday, January 28, 2008
123 - 5th MB Annual Tournament
Salam Isnin.
Semalam (27/1/08) telah selamat berlangsungnya tournament tahunan Malaysianbowlers kali ke 5 di Pin Junction, Mutiara Damansara. Seawal jam 7.20 pg aku dah buat gerakan ke Cheras utk amik Misa. Then kitaorg buat gerakan menunggu Zam kat 7-11. Lepas tu follow Zam gi rumah dia. Selepas sesi pemindahan berkotak2 mineral water dan menanti Cik Puan Sato turun dgn hadiah, maka berkonvoi le 2 buah kete ke The Curve.
Sampai di sana tepat2 kol 9 pg. Kebetulan sampai, Kak As, Arop & Awie tgh loading barang2 dari keta diaorg. Ok la tu sbb sampai saing dgn Puan Seketeri. Ingatkan dah lambat. hehehehe... Selepas sesi pendaftaran, game bermula jam 10.45 pg selepas mendengar ucapan ringkas lagi singkat oleh En. Presiden, Zam. Penyertaan kali nie ada la dlm 70 org. not bad!Game tamat pukul 4.30 ptg lepas acara step-ledder berakhir. Perghh... penat siot! dari pukul 9 pg sampai pkl 4.30 ptg. Badan memang dah tak larat sgt. Lepas abis game, geng2 AJK buat gerakan ke McD utk menjamu selera. Sempat la belasah Prosperity Burger yg sedap tu. tp ternganga pasal kepedasan... heheheh.. green tea yg dpt skali dgn set tu tak sedap di tekak aku. minum sket je..
Lepas sesi makan-makan, masing-masing buat gerakan pulang ke sarang masing2. Aku gi hantar Misa balik. On the way balik lepas hantar Misa, hujan turun dgn lebat sampai tak nampak jalan. Cuak je aku... dah le mlm. huhuhuhu... Dekat selekoh ke arah UPM dari The Mines, ternampak la Gen2 terbabas. Tergantung atas tebing. Emmm... moral of the story, berhati-hati le memandu waktu hujan lebat di waktu malam. hehehehehe...
Sampai rumah memang dah tak larat. Ingat nak tido awal la.. tp AJL punya pasal.. sanggup aku selotep kelopak mata nie bagi terbukak... hahahahaha. Dekat2 nak abis solat Isyak, dapat call dari hamba ALLAH seorang nie yg jauh nun di utara. Dok sibuk bertanya pasal si ANGGUN. heheheh... hampeh jer. Tak payah le nak berangan, si ANGGUN dah ada pakwe. kakakaka.. pastu cakap boring dok sana. Tu la... sapa soh gi tukar ke sana. Sudahnya tak sabar nak balik KL semula. kui...kui...kui... tunggu la setahun lagi sampai Master tu abis.
AJL semalam best sangat dengar Sahri & Bob nyanyi. dan puas hati sbb Sahri menang jugak utk kategori Balada. dah memang jangka pon...
Lepas abis AJL, mata pon dah tak mampu nak terbuka.. apa lagi, terus la melelapkan mata.
Monday, January 21, 2008
122 - Bersemadilah dikau dengan aman
Sabtu lalu aku tersentak dengan pemergian secara mengejut Along, anak Kak Minah (staf di ofis) akibat kemalangan jalanraya. Dengar katanya dia langgar belakang kereta then tercampak ke jalan. Lepas tu, lori plak langgar dia. Waktu dapat panggilan dari Kak Minah, aku dan Biha ada kat Precint 16 Putrajaya. Ingatkan lepas settle urusan di situ, kami nak buat gerakan ke Alamanda. Lepas dapat panggilan dari Kak Minah, kami terus memecut ke bahagian kecemasan Hospital Serdang.
Waktu kami sampai, Kak Minah dah famili blom sampai. Yang ada cuma bakal besan dia sekeluarga. Dalam 5 minit kemudian baru Kak Minah sampai. Rasa sedih sangat tengok Kak Minah sekeluarga berpeluk-peluk sambil nangis. Aku cuba juga tahan air mata. Dalam pada tu, aku sms semua kat member2 ofis bagitau berita sedih nie.
Kemudian kami semua gerak ke rumah mayat sbb jenazah dah dibawa ke sana. Tunggu dalam 15 minit cenggitu, baru dapat tengok jenazah. Kali nie air mata aku tak dapat dibendung lagi. Berderai abis. Tengok Kak Minah dan Angah meraung. Aduss... memang memilukan. Abg. Rahim pon sama nangih. Ye la.. yang meninggal tu anak sulong diaorg dan bakal kahwin bulan 5 nie. Siti, (tunang Along) menangis sambil memanggil-manggil Along. Lagi syahdu dan pilu...
Bila dah sudah selesai melihat jenazah, masing2 buat gerakan pulang. Famili Kak Minah balik untuk buat persiapan di rumah. Aku dan Biha pun buat gerakan pulang dan berjanji nak pegi rumah Kak Minah lepas Maghrib. Ramai jugak geng ofis datang melawat. Aku lepak kat rumah Kak Minah sampai kol 10 mlm.
Esok paginya pula, dalam pukul 10 pg Biha amik aku dan buat gerakan ke Masjid UPM. Jenazah Along akan dimandi dan disembahyangkan di situ. Ramai yang datang memberi penghormatan terakhir. Alhamdulillah... Waktu aku sampai, jenazah sedang dikafankan. Kami semua sempat melihat jenazah Along buat kali terakhir. Wajahnya tenang saja. Kemudian, dalam pkl 11, jenazah dibawa ke kubur. Segala urusan selesai dalam pkl 12 tengahari. Waktu talkin dibaca, sekali lagi airmata nie berderai-derai turun. Tak bleh tahan. Tambah2 plak bila tengok Angah yang tak henti2 nangis. Sedih btol dia...
Segalanya sudah tersurat. Dia hanya dipinjamkan kepada ayah dan ibunya selama 25 tahun sahaja. Kini, sudah sampai masanya dia kembali ke pencipta-Nya. Mohd Redzuan Abd. Rahim, tenanglah dikau di sana... amin!
Friday, January 11, 2008
Wednesday, January 09, 2008
Thursday, January 03, 2008
118 - 2007 yang berlalu
Salam tahun baru 2008... dah masuk hari ke 3... masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua blogger! Nak imbas sedikit pasal tahun 2007 yang lalu. Tahun 2007 memang tahun yang menghuru-harakan sedikit kehidupan aku. Mak masuk hospital... kena operation pula. Lepas tu kena ulang alik hospital untuk rawatan mak. Aku pun kena ulang alik balik every week ke hospital. Memang memenatkan. Tapi nak buat camne kan... dah nasib kami sekeluarga! Tahun ini juga bukanlah tahun yang best bagi aku. banyak sangat hal dan peristiwa yang menduga aku. tapi, aku redha dengan qada dan qadar. aku terima seadanya... Apa-apa pun aku harap tahun 2008 akan bermula dengan baik buat aku. Cukuplah tahun 2007 yang penuh dengan 'awan hitam dan mendung'. Aku juga berharap tahun ini akan dipenuhi dengan kegembiraan buat aku dan keluargaku. Aminnn....
Monday, December 31, 2007
117 - Mari memasang kabinet dapur
Thursday, December 27, 2007
116 - Aidiladha yang muram
Kepulangan aku disambut mak yang terlantar kerana demam. Ditambah pula mak tak lalu makan semakin membuatkan badan mak lemah dan tak bermaya. Jantung dia pon tak berapa stabil bila dengar kematian-kematian orang2 yang dia kenal. Dia rasa sedih sebab sorang-sorang 'pergi' dan dia entah bila pula dijemput Ilahi. Itu yg membuatkan hatinya semakin gundah. Bila semuanya bersatu, maka senanglah penyakit nak melekat. Semuanya psikologi... bila mental down, sistem badan pon turut menerima kesannya.
Tengahari aku dgn Kak Min kuar gi pekan cari 'kuih tunjuk'. Dapat la 2-3 jenis kuih dan kerepek juga kek. Tak beli banyak pon sbb selalunya raya haji nie tak der org dtg beraya. Lepas balik beli kuih, aku kemas2 rumah sket. Lepas tu pegi buat kuih cornflake kat rumah Long. Hmmm... penat memang penat... Bila tengok mak yang terbaring je, aku susah hati. Itu mesti gula dlm darah tinggi la tu.
Raya pertama aku sempat beraya rumah mak-mak penakan aku. Pegi rumah Makcik Gayah & Anjang je. Balik dari rumah diaorang tengok2 Pak Njang, adik abah dari Kuala Kangsar ada. Layan la sekejap tetamu.
Raya kedua, 'orang sebelah' buat kenduri aqiqah anak lelaki dia. Hmmm... dah dapat anak pon dia. Namanya Hamzah Muiz (rujuk posting 115). Arghhh.... perasaan bercampur baur. Sebelum tu, mak dia dah dtg jemput time raya pertama. Raya kedua, ayah dia plak dtg jemput. Waktu tu aku baru balik bawak mak check darah di hospital. Abah aje yg pergi makan kenduri dia.
Hari-hari yang lain berlalu tanpa ada aktiviti yang menarik untuk diceritakan. Melayan karenah anak buah yang macam-macam peel je...
Abah bukak mulut cakap nak tukar wheel chair yang mak guna sekarang. Actually wheel chair tu beli masa arwah wan (opah aku) dulu. Kemudian, Mak Long Mek beli utk beri pada suaminya, arwah Pak Long Harun. Bila mak dah tak boleh jalan, kami beli semua dari diaorg. Condition kerusi tu actually masih ok. Tp, abah dah bukak mulut nak ganti. Dia dah survey kat Farmasi Indah. Kalau bayar ansur, dalam 400++ tp kalau bayar cash dlm 360. Abah tak cakap direct nak mintak duit dari aku untuk beli wheel chair tu. Tp, aku paham sendiri la maksudnya tu. Kalau tak, takkan saja-saja dia nak cakap pada aku. Dan aku sudah pun menghulurkan 400 pada abah utk belikan wheel chair baru utk mak.
Semalam baru aku kembali ke Serdang utk bekerja. Memang lama aku cuti. Dah banyak kali orang ofis call aku tp aku malas nak angkat. Kalau aku jawab pon panggilan diaorg tak guna. Aku tak leh nak buat apa2. Takat nak dengar komplen or report pasal problem pc la.. printer la.. network la... malas aku nak layan. Heheheh...
Hari nie aku dah masuk keje. Awal-awal pagi dah kena involve dgn taklimat pelajar baru. Ada problem sket tp dapat settle. Hmm... diaorg nie bukannya tak boleh buat sendiri, saja....
Tahun baru pon lagi 4 hari. Tak letak apa-apa azam pon. Tak perlu nak berazam-azam le... buang karan je....
Walaupun badan ada kat sini, fikiran aku masih teringat pada mak yang still tak sihat sepenuhnya. Hari nie dia ada check-up dengan doktor. Tak tau la apa resultnya nanti.
Teringat aku dengan kata-kata mak waktu aku berada di kampung hari tu. Mak tanya aku, "Sempat tak mak nie sampai raya puasa tahun depan??" Alahai... syahdunya...
Monday, December 24, 2007
115 - Hamzah Muiz namanya...
"Nama apa Mak Teh?" Aku tanya Mak Teh apa namanya.
"Hamzah Muiz..." Jawab Mak Teh ceria.
Kak Lela mengambil Hamzah Muiz dari dukungan Mak Teh. Merengek-rengek si kecil itu. Kak Lela serah pada Mak Teh semula.
Aku berkira-kira samada mahu mendukung atau tidak si kecil itu. Melihat dia merengek-rengek begitu, aku terus memintanya dari Mak Teh lalu aku mendukung sambil mendodoinya. Sekejap saja dia dah senyap. Suka mereka bila melihat dia senyap dalam dukunganku.
Lama juga aku mendukung si kecil itu. Dia begitu senyap sambil menatap wajahku tanpa kedip. Apalah yang kau tenungkan itu wahai Hamzah Muiz...
Tak lama kemudian aku kembalikan si kecil kepada neneknya. dia kembali merengek dan Mak Teh tak tunggu lama lalu beredar dan membawa si kecil kembali kepada ibu dan ayahnya.
Hamzah Muiz...
Thursday, December 20, 2007
114 - Mimpi memang mainan tidur
Aku bermimpi yang aku baru berkahwin. Tapi, sayangnya aku bermadu. Jadi isteri muda. Hehehehe…
Siapa suamiku? Hmmm… dia adalah kawan baikku. Dan dia bakal melangsungkan perkahwinannya hujung tahun ini.
Hahaha… apa-apa pun aku ucapkan selamat melangkah ke alam rumahtangga buat S******. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Telah banyak yg kau ‘perjuangkan’ sepanjang hidup ini dan aku menjadi saksinya semenjak 6 tahun persahabatan kita. Syabas kerana kau berjaya ‘mengakhirinya’.
113 - Terjebak
Hmmm… tp itulah kalau hati tak berapa nak rela involve pd awalnya, maka ALLAH memakbulkannya. then mula rasa menyesal sbb tak dpt nak abiskan semua program (bukan sengaja). Maka, hanya separuh saja la yg dpt aku ikuti. Separuh lagi terlantar atas katil setelah muntah sepanjang hari gara-gara keracunan roti. Huhuhuhu…
Thursday, December 13, 2007
112 - Tak Bertepi
ku masih terluka karnamu
Dalam cintaku
tak pernah kau balas
Membuat hati
sabar menanti
Sampai kini
ku masih berharap padamu
Walau ku tau
kau takkan mengerti
Arti sayangku
yang tlah kuberi
Ku kan tetap setia menanti
Takkan hentiku mencintai
Biar hati kan tetap sepi
Karna cintaku tak bertepi
Cintaku padamu
Sampai kini
Monday, December 10, 2007
111 - ...
Setelah tunggang terbalik selama beberapa minggu memikirkan samada aku mahu pergi atau tak ke kenduri dia, akhirnya satu kata putus aku berikan. AKU TAKKAN PERGI! hehehehe... dan memang aku tak pergi pon. hanya lepak di rumah sampai melipat brosur seminar saja. ofis pon aku tak pegi walaupun ada keje lain yg sepatutnya aku bereskan.
Aku SMS Yeop memberitahu tentang ketidakdapatan (???) aku menjoinkan diri berkonvoi dgn dia. Beberapa hari sebelum tu ada gak aku tunggu2 panggilan dari dia tapi tak der. aku rasa dia dah dapat agak yang aku takkan ikut dia. hmmm... dan SMS aku pun tak dibalasnya. seperti yang aku dah jangka. tak per lah Yeop... ko nak merajuk dgn aku ke... nak marah kt aku ke... nak berpatah arang berkerat rotan dgn aku ke... aku tak kisah. kau tau siapa aku... dan kau sendiri sedia maklum keadaan aku.
Tengahari, aku SMS pengantin yang aku tak dpt dtg kenduri dia & wish dia happy ever after. lewat malam baru aku terima balasan SMS nya. dlm SMS nya dia menyatakan dia memahami situasi aku. aku tak pastilah apa yg dimaksudkannya... tp kalau apa yg dimaksudkannya sepertimana yang aku fahami, baguslah... tak perlu lagi aku lelah berlakon.
Ahad
Ikut Misa & Uzin gi makan kenduri anak Kak Sad (bowler UM) kat Gombak. aku gerak dlm pkl 11 dr rumah. singgah ofis jap amik hadiah kawen Misa & Uzin yg aku tak bagi2 lagi. hampir pkl 12 baru buat gerakan ke kenduri. tp jem plak kt MRR2... biasa la kan... dekat sejam lebih gak nak sampai Gombak nun. dah sampai makan2 & lepak2 jap baru buat gerakan balik. time balik tak sampai setengah jam dah sampai.
Malam plak Hajar ajak gi Mines. member tu nak beli comforter utk hadiah kawen kawan dia. carik punya carik.. semuanya harga 150 ke atas. member plak budget bawah 100. lepas tak jadi beli comforter dia gi beli jeans plak. pastu kitaorg gi beli sandal. dpt la 50% less. best btol!! dlm pkl 10 lebih buat gerakan pulang.
Sampai rumah aku sambung keje2 masukkan brosur seminar dlm envelop sampai koi 1 pagi. huhuhuhu... hujung minggu yg sungguh memenatkan mental dan fizikal.





