Friday, November 16, 2007

108 - Kad maroon bertinta emas

Kad undangannya telah sampai ke tanganku. Kad maroon bertinta emas. 1 Disember tarikh keramatnya. Tarikh dia bakal diijabkabulkan dengan suri. Orang pantai timur. Teman sepengajiannya mungkin. Belum pernah bertentang mata dengan surinya. Bagaimana agaknya paras wajah si surinya?

Aku tak pasti akan menerima undanganmu itu. Mungkin teman baikmu perlu memaksa aku untuk ke majlis tersebut. Maaf, jika kelibatku tidak dapat kau lihat pada hari istimewa itu nanti. Walau bagaimanapun... TAHNIAH! Semoga ikatan berkekalan hingga akhir hayat.

Friday, November 09, 2007

Saturday, November 03, 2007

106 - Monolog hujan

Langit kelam, awan hitam berarak perlahan, titis hujan mulai membasahi bumi yang gersang. Hembusan angin kadang kala lembut, namun ada ketikanya kencang menggegar sang pohon renek. Aku masih di sini, berpeluk tubuh di tabir jendela. Memerhati tanpa kata-kata. Melihat tanpa berbicara. Satu keluhan berat kulepaskan, tapi tidak mampu melegakan hati yang gundah.

Kurenung langit yang semakin kelam. Kelihatan beburung terbang riang bermandikan hujan. Bebas menghayun kepaknya. Segaris senyuman hambar kulemparkan. Titis hujan semakin kasar. Lopak-lopak air mula kelihatan. Bergenang di serata tempat. Satu lagi keluhan kulepaskan. Berat sekali!

Aku masih di sini. Menanti tanpa harapan. Kulepaskan semua harapan itu dibawa bayu pergi. Biarkan. Aku yakin, yang terbaik akan aku miliki suatu hari nanti. Bila ianya akan terjadi? Kuserahkan pada kuasa Ilahi. Pada-Nya aku berserah sepenuh jiwa dan ragaku.

Monday, October 29, 2007

104 - Syurga sudah pasti buatnya...

Salam pagi Isnin yang dingin.

Apa yang paling menyedihkan bagi seorang perempuan yang sedang hamil? Hmmm... sudah tentu kalau dia kehilangan kandungannya yang sudah lama dia nantikan.

Pagi-pagi ini aku dikejutkan dengan berita Kak A** telah kehilangan anaknya yang sudah lama dia nantikan. Dengar katanya, babynya keluar awal padahal baru 5 bulan dalam kandungan. Dia memang dah lama tunggu baby nie. Bayangkan kahwin sudah 10 tahun tapi still tak dapat baby. Bila dah dapat, tiba-tiba kehilangannya. Aku dapat bayangkan betapa sedihnya dia. Sebenarnya tak ramai yang tahu lagi tentang berita nie. Mungkin juga dia tidak bersedia untuk memberitahu tentang ini. Dia masih lagi stress. Biarlah dia berehat dulu. Semoga dia tabah menghadapinya. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.

Buat Kak A**, tabahkanlah hatimu. Syurga sudah pasti buatnya....

Thursday, October 25, 2007

103 - Apa pandang-pandang??!!!

Apa perasaan korang espcially pompuan la kalau ada yang asik2 pandang korang. kejap2 paling tengok korang... selang 5-6 saat paling kat korang? musti rimas dan lemas kan? entah apalah sorang hamba ALLAH nie... kerap sangat kalih dok tengok aku. dah lama aku perasan. walaupun aku tak le direct pandang dia, tp dari ekor mata memang dia dok kalih tengok aku? apa? aku nie alien ke... ataupun aku nie suspect pada satu jenayah yang berat yg perlu diawasi ketat hingga tak boleh hilang dari pandangan mata dia? what the h***??!!! rimas aku rimasss!!!

Wednesday, October 24, 2007

102 - Hadiah harijadi

Satu ketika selepas berbuka puasa...

+ Tim, kau tahu tak apa Naim kasik hadiah birthday kata aku?

- Apa dia?

+ Jumper kereta!

- Hahahahaha.... biar btol mamat tu??!!

+ Iye... dia kasik jumper kereta kat aku!

- Hahahaha... Sabor je la... apesal dia kasik?

+ Aku pernah cerita kat dia yang kawan aku dulu bateri kereta dia kong. pastu dia call aku mintak tolong. aku lak tak der jumper kereta. terpaksa la tepon kawan2 yg lain yang ada jumper kereta datang tolong dia. agaknya dia teringat cerita tu yang dia belikan untuk aku.

- Hehehehe... bagus le tu. ala.. lagipon untuk kegunaan bersama le tu...

+ Hehehehe... ye la agaknya....

Moral of the story: Nie kes yg jarang yang aku dengor. Jarang le pakwe kasik hadiah cenggitu kat awek dia. paling2 koman pon, mug ke... teddy bear ker.... Aku memang tabik arr kat si Naim ni sbb buat perkara yg jarang couple2 lain buat. hehehehehe....

Monday, October 22, 2007

101- Boss baru aku...

Actually dah lama dia masuk di sini. Sejak 15 Ogos yang lalu tp aku masih belum dapat mengenali karektor dia. Dia ramah cuma aku letak satu blok halangan antara aku dan dia gara-gara dia mengenali dua orang yang aku kenali. hmmm... kes takut kantoi la nie! hehehehe...

Dan hari nie aku terjumpa nickname dia waktu tengah copy data ke dalam external hdd dia (notebook dia aku nak format). then nama itu begitu familiar di arena pemblogan (ye ke istilah nie???). **********... itulah nickname dia dan aku cepat surf internet dan buka blog dia. hmmm...

Ayat demi ayat di dalam blognya aku baca. Betulkah dia? Terlalu berbeda... in real life dia seorang yang happy. tapi dalam blog, dia seorang yg warak dan kadangkala aku terasa seperti ada awan hitam yang memayungi dirinya setiap kali dia menulis blog. entah lah...

Yang pasti aku masih cuba untuk mengenali karektor dia...

Posting ke-100!!!

Hmmm... dah cecah posting ke 100 pon... akhirnya.. nothing much to say. cuma aku baru je potong rambut setelah setahun menyimpannya. tak plan pon nak potong tp tetiba je datang 'hidayah'...kekekekek.. dari panjang melepasi bahu aku dah potong kasik pendek! huh, pueh hati! so, new look... and I want to start my life after Ramadhan wif a little bit changes... don't ask why... hehehehhe... just... it's enough!
So, sempena posting ke-100 nie aku sajikan aksi melampau new pet in our family, SI PUTIH!!! very naughty pussy!!!

Si Putih a.k.a. Comey

Hobi dia gigit orang



Dah penat gigit orang, tido... itu le kejenye!!

Tuesday, October 16, 2007

Corat coret raya

Adehhh... hari nie sungguh penat. Makcik Pesah sekeluarga datang dari Kuala Kangsar. dari pagi lagi aku duduk kat dapur memasak untuk diaorg. memang dah paham sgt famili makcik aku nie. kalu datang sure time tengahari punya. sbb nak makan nasik kat rumah aku.

Hari nie abah beli ikan keli 7 ekor!!! mak aiii... gaya nak menjamu famili adik dia beria bebenor! so menu aku, ikan keli masak tempoyak, ikan keli goreng (ikan keli tu aku kerat 2 bhgn; bhgn kepala buat masak tempoyak & bhgn ekor aku goreng), kobis masak lemak, sambal belacan, rendang ayam dan telur dadar. hmmmm... meriah btol makanan. tp aku le yg kepenatan masak semua tu. ye la... mak aku dah tak upaya nak membantu...

Dalam pukul 1 lebih, makcik aku sefamili sampai. time tu aku & famili tgh makan tengahari. apa lagi... aku cepat2 bangun. time tu baru makan nasik separuh. terencat selera aku! lepas tu siap2 utk famili makcik aku makan la plak. abah happy je bila famili adik dia datang. ye la.. selalunya raya2 camnie, we all la satu famili yg balik kampung di Kuala Kangsar nun. tp sebab mak aku dah jadi begitu... kitaorg just tunggu je la diaorg datang! tp kalau ikutkan la... patutnya adik2 le datang beraya rumah abang kan??? (abah anak sulung) kekekekekeke... apa2 je lah..

Lama gak la famili makcik aku lepak kat rumah. dekat pukul 4 baru gerak balik. huhuhuh.. tangan aku tak kering2 dok melayan mereka satu famili. ada je benda yg aku buat kt dapur tu. sampai sakit2 tumit berdiri jer. itu blom kira la celah2 jari tangan aku yg dah mula kembang. lama sket lagi aku dok main air... konfem mengelupas. huhuuhuh...

Tapi tahun nie memang aku tak ke mana2 raya. tunggu rumah je la. boring memang la boring. tp nak buat camner. dah terpaksa. ada gak mak aku soh aku gi beraya rumah sedara mara tp takkan le aku nak tinggal mak aku dlm keadaan camtu. walaupun ada abah, tp sapa plak nak menghidang kuih.. nak buat air... ish.. tak bleh..tak bleh... sepupu2 lain pon cam malas je nak gi beraya. lgpon mak2 sedara semua dah pakat dtg beraya kt rumah raya pertama lagi. kira OK la tu kan... hehehehehe...

So, aktiviti yang paling berfaedah time2 raya nie, apa lagi... TENGOK TV!!!!!! layanzzz.....

Saturday, October 13, 2007

Angkasawan Malaysia

Tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi angkasawan pertama Malaysia, angkasawan ke 9 yang beragama Islam dan angkasawan Islam pertama yang berpuasa & beraya di angkasa. Bangga seh dengan pencapaian anak Malaysia nie!! So handsome & talented!

Thursday, October 11, 2007

Salam Aidilfitri


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang 13 Oktober ini. Aku juga ingin memohon ampun dan maaf dari kengkawan semua. Semoga lebaran tahun ini memberi seribu makna buat kalian semua.

Friday, September 28, 2007

tersyasyul...

'Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya...'

+ Eh, Jar... lagu apa nie ek?
- Ala... lima...
+ Hah??!!
- The Star...
+ Hah??!!

'Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu...'

+ Eh, nie lagu Dafi la... Bila Terasa Rindu. budak AF5 tu...
- Haa...
+ Apa ko nie Jar.... lima la... the star la..
- Hahahahha... aku nak cakap kumpulan De5 dari Gangstarz...
+ Hahahaha.... apa kena dgn ko hari nie.. cakap tunggang terbalik! Hahahaha...
- Hahahhaha... entah la.. ko pun sama gak!

Moral of the story: Bila letih berpuasa, macam-macam hal... cakap pon tersyasyul... kekekeke...

Tuesday, September 25, 2007

Dear Diari - Dan ia kembali

Dear diari,
Ahmad Suhaizam... sudah lama aku tidak menyebut nama lelaki ini. Sudah lama juga aku tidak menghubungi dia. Entah mengapa hatiku menjadi keras seperti batu. Adakah kerana aku cuba menghukum diri sendiri atau yang paling tepat, tidak menerima kenyataan yang dia sudah bertunang. Ya, dia sudah bertunang!!!

Dear diari,
Mungkin kau sendiri sudah sedia maklum siapa lelaki ini dalam hidup aku. Nama itu sudah berulang kali aku ukirkan di dadamu sejak perkenalan kami dahulu. Ada manis... ada yang pahit... ada yang membahagiakan. Tapi akhirnya kepahitan sahaja yang tinggal. Kau juga sudah sedia maklum apa yang berlaku antara aku dan dia. Hanya kau yang tahu diari. Padamu aku curahkan segala-galanya. Padamu aku coretkan segala apa yang terpendam di hatiku. Dan ada ketikanya juga kau menjadi tempat aku melepaskan kemarahanku terhadapnya. Maafkan aku diari.

Dear diari,
Sejak akhir-akhir ini, dia sering menghubungiku kembali. Dan setiap kali dia menghubungiku, acapkali dia mengingatkan aku agar menghadiri majlis perkahwinannya. Apa maksud dia sering mengucapkan begitu? Adakah sengaja mahu menyakiti hatiku ataupun dia sebenarnya ikhlas atau juga mahu melihat reaksiku? Walaupun kini, tiada apa perasaan yang datang bila dia berkata begitu, namun aku tak suka dengan tindakannya itu.

Dear diari,
Semalam dia datang bersama rakan-rakannya. Ada urusan di sini dan dia memerlukan bantuanku. Perkara pertama yang dia sebutkan ada tentang sahabatnya yang dia ingin sekali perkenalkan kepadaku. Atau lebih tepat, dia ingin menjodohkan kami berdua. Entah apa niat dia melakukannya. Adakah kerana untuk menutup rasa bersalah atau mungkin atas sebab-sebab lain yang aku sendiri tidak tahu. Bagi aku yang tidak pernah mengakui kewujudan lelaki itu, aku tidak mempedulikannya. Bagi aku, lelaki itu tidak wujud dan tidak perlu untuk diberi perhatian. Satu lagi ayat yang biasa dia sebutkan setiap kali berjumpa (walaupun setahun sekali), dia sering mengatakan aku semakin cantik. Hah! Cantik-cantik pun, akhirnya dia bersama dengan perempuan lain. Dan dia sekali lagi mengingatkan aku agar datang ke majlis perkahwinannya nanti. Hmmm...

Dear diari,
Memang perasaan ini sudah tiada, tapi entah mengapa aku sukar untuk melepaskan dia. Aku sukar untuk melepaskan kenangan-kenangan bersama dia. Aku tak tahu mengapa aku masih 'memegang' sesuatu yang telah tiada. Sesuatu yang telah menjadi milik orang lain. Diari, mengapa aku begini? Aku tak mahu terus hidup dgn kenangan itu. Aku tak mahu diari. Bantulah aku diari.. bantu aku melepaskannya. Aku ingin mengakhirinya. Aku ingin menamatkan kisah kami. Ianya telah lama menjadi sejarah dan kenangan. Kau sendiri tahu diari, betapa aku ingin sekali keluar dari situ. Aku tak mahu lagi berada di dalam kenangan itu.

(Dah lama tak berkarya. Sekali sekala gatal tangan plak nak menconteng-conteng kat sini... hehehehhe.. Salam Ramadhan untuk semua...!)

Tuesday, September 18, 2007

Quote of the day

Quote 1
Apa yang kita impikan tak semestinya itu yg kita akan dapat. Ada kalanya kita perlu berusaha dengan sehabis daya untuk mendapatkannya. Sesuatu yang menjadi impian, hanya tinggal impian jika tiada usaha yang dilakukan untuk mendapatkannya.

Quote 2
Berpura-pura hanya akan membuatkan diri sendiri tersiksa. Luaran nampak gembira, tetapi di dalam hati sedang berperang. Gelodak perasaan tidak pernah setenang air di kali. Jika ianya hanya menambah beban di dada, luahkan agar bisa reda.

Quote 3
Kesepian adalah teman akrab jiwa kekosongan. Jangan biarkan jiwa dibaluti dengan kesepian dan kekosongan itu. Penuhi ia dengan kenangan indah yang tidak bisa dilupakan.

Wednesday, August 29, 2007

merdeka quote

Asalnya budak senibintang yg minta sumbangkan design utk blog dia.. so, sementelah dah buat.. aku tempek arr skali kt sini..

Friday, August 24, 2007

team building @ jeram besu, raub pahang

Salam pagi Jumaat yang hening. langit pon tak berapa cerah. nampak tanda2 hujan akan turun mencurah-curah hari ini seperti semalam.

Minggu lepas bermula dari 16 - 19 Ogos aku dan sebahagian staf FPP berkumpul di Jeram Besu, Raub. ada team building. aktiviti sudah bermula di opis lagi pagi tu. ada sesi baca peta, belajar tentukan bearing dan baca kompas. dpt la rasmikan bangunan baru ala2 PICC kt UPM nie. mmg cun la dewan persidangan tu. teruja btol dpt jadi kumpulan pertama masuk berxtvt di situ.

Petang dlm pkl 2.30 baru la buat gerakan ke jeram besu. 2 bas bawak kitaorg ke sana. ada la dlm 50++ yg pegi. dlm pkl 5 lebih baru sampai di chalet situ. kedatangan kami disambut dgn hujan yg turun dgn lebatnya. semua muka cuak sbb xtvt utama kat situ adalah 'War Game'. dok bayangkan kena masuk utan ujan2 camni... sure pacat berpesta... yak..yak..yeaaa!!! wakakaka...
Kumpulan aku nama Hijau. terdiri drpd org2 yg sekepala, Prof. Mai, Dr. Jamal, Dr. OT, Dien, Along, Alin, Fyfy, Hafiszan, Kak Ct, Kak Dah, & 2 budak skool. Hari pertama cam biasa la.. xtvt tak berapa tough sgt. cam team2 building yg lain la. tp yg paling best... we all dijamu dgn durian. perghhh... sedap tak hingat punya!!!!! rambutan pon ada... langsat lagih... huh.. layanzzz... aku sure lepas nie ada yg suara tak kuar. semuanya buah2 yang 'panas'. tak per... lepas nie bleh terjun jeram.. muheheheheh...

Hari kedua dah start xtvt air. belajar cara nak apungkan diri dan terjun dlm jeram. perghh... best btol. yg paling penting dpt mandi sungai. hahahhahaha... dah lama tak mandi sungai nie. dah gian nak mandi. skali masuk sungai, tak ingat2 nak naik ke darat. hehehehhe.. sori la fasi, len kali jgn bawak kitaorg gi sungai. gitu la jadiknya.

Ptg plak siap2 masuk hutan. mula2 dah ada task. pindahkan tong beracun. dekat sejam kitaorg bertungkus lumus pindahkan. pastu kena denda lagi. ampeh je fasi...! dah settle task, prob carik DOP (drop of point). disebabkan member yg patutnya reti baca bearing dah glabah. terus 'hilang ingatan' jap. kekekeke... pastu tgh dok carik DOP, skali kena ambush dgn gerila. apalagi... peperangan meletus. dekat 5 minit kena serang. dpt la 'bunuh' 2 org gerila. tp we all 'terbunuh' 3 org. but, luckily aku antara yg terselamat walaupun tak der peluru (soya basi) utk dilemparkan pada gerila. mana taknya... peluru simpan dlm beg. tak sempat nak amik dah kena serang. moral of the story, standby peluru di tangan what ever happen!!!

Then dah dpt DOP, semua buat gerakan masuk utan utk ke kem berkumpul semua kump. ada 5 semua kump yg masuk utan. masa gerak tu dah pkl 7 mlm. mmg gelap la berjalan dlm utan tu. so far tak byk masalah sbb ada fasi yg sentiasa mencekik darah kitaorg. asik offer pertolongan yg kena dibayar dgn damra (kira cam duit tipu la..) mmg btol la diaorg nie. dan tak pasal2 sorang fasi nie dpt gelaran 'ceti' pasal dia jadik tukang kutip damra. hahahahha... nasib ko la Naha!!!

Akhirnya selepas 2 jam perjalanan, sampai gak kat kem. time tu dah ada 3 group lain yg sampai. kump. kuning, hitan & merah dah sampai. biru still tak tau camner keadaannya. tak lama lepas tu skali lagi kitaorg kena ambush. mmg havoc giler time tu. yg pompuan2 disuruh nyuruk bawah kanvas, yg lelaki je berperang. tak nampak apa yg berlaku sbb aku & pompuan2 lain nyuruk bawah kanvas. tp bunyinya cam perang btol! mmg excited jer time tu. dekat setengah jam gak berperang. gerila 'mati' 11 org, we all 'mati' 18 org. quite ok la.. tak le semua 'terbunuh'.

Then ada sorang member nie kena kaco dgn gerila (org asli). sbb dia blonde, kena la sakat 'rambut merah'. nak dibawak balik buat bini.. hahhahahaha!!! mmg kelakar je time tu. tp time tu, we all cuba berdamai dgn gerila sbb tak nak ada peperangan. lupa plak nak bagitau yg mission kitaorg adalah nak merampas semua satu briefcase Projek Zulu yg telah dicuri oleh puak gerila. mission selepas dlm pkl 12 lebih tgh mlm. tiada peperangan lagi... lega! sampai bilik pkl 1 pg. supper sekejap then tido tak hingat dunia.

Hari ketiga ada xtvt buat rakit. dok berjemur buat rakit sampai berkilat abis muka & tangan. balik opis semua org tanya apasal la yg pegi team building semuanya gelap2. hahahhahah... itu la jawapannya. selepas buat acara rakit mlmnya ada segmen 'Buluh Perindu'. karaoke time!!! ramai la yg tunjuk bakat.. nyanyi la.. menari la.. berjoget.. semua ada. sabor je la.. aku tak join sgt pasal badan dah panas. apa lagi.. demam ler...

Ahad, hari terakhir... aktiviti bebas. tak terikat dgn kumpulan lagi. ada la yg gi abseiling... flying fox... aku still tak join pasal demam. tak le teruk tp badan rasa tak best. ptg dlm pkl 4 lebih baru buat gerakan pulang ke opis. highway karak tu agak jammed. sempat singgah makan2 kat R&R Genting Sempah. sampai opis dlm pkl 8 lebih.

Apa2 pon mmg enjoy btol dgn xtvt di sana. walaupun ada beberapa perkara yg membuatkan aku dan ahlu kumpulan bengang tp we all tak jadikan benda tu satu penghalang. sib baik la dia dikira org luar... peduli la. apa2 pon kumpulan hijau mmg the best la! idop kumpulan hijau!!!!!!!!!!

Monday, August 13, 2007

Selamat Pengantin Baru Misa & Uzin

Assalamualaikum! Hah... penat giler badan nie. kalau tak ingat cuti yg dah tinggal sket tu, sure aku amik cuti dan sambung tido kat rumah. cuti yg ada skang nie spend utk raya. tak best arr kalu raya cuti sat ja. hehehehe...

Back to the point... selama 4 hari aku berkampung di rumah Misa kat Kuang utk membantu majlis perkahwinan dia semalam (12 Ogos '07). Rabu malam aku dah buat gerakan ke rumah dia kat Cheras Utama sbb esoknya tu pagi2 lepas subuh (kononnya...) dah nak gerak ke Kuang. awal sampai sana, awal la kitaorg buat persiapan. tapi selepas angkut barang sumbat dlm kereta aku & uzin, pkl 7 jugak baru gerak. jln pon semput2 la... dah jammed! so, dlm pkl 9 lebih baru sampai rumah Misa kat Kuang tu. kedatangan aku & Uzin serta kepulangan Misa di sambut oleh abah Misa, Pak Wan yg sedang lepak baca papers kat depan rumah dia.


Hari Jumaat lak Jaja datang. so, kitaorg gi jemput dia kat stesen komuter Kuang. bagus la.. dah bertambah lagi sorang rekrut. hehehehe.. maka dgn itu kami bertiga bertungkus lumus la membantu apa yg patut demi memastikan majlis Misa nie dpt berjalan dengan lancar. barang2 hantaran semua ada la kitaorg tolong sket2 yg mana belum digubah. tp byk yg dah siap digubah dek pengantin sendiri. so far... alhamdulillah. walaupun ada saat2 berlaku juga sesuatu yg menduga hati bakal pengantin tu. tapi semuanya dpt ditangani dgn sabar dan tenang. cayalah Misa! hehehehehe...

Ahad, 12 Ogos 2007 maka sahlah Hamisah Redzwan menjadi isteri pada Hussin Khamis. alhamdulillah... lepas lagi sorang kawan aku mendirikan rumahtangga. sorang lagi hujung bln nie... sempena Hari Kemerdekaan. ramai gak yg datang... geng2 Kolej CITI dan geng MB datang memeriahkan majlis. best sgt tgk Misa kawin & rasa sedih gak sbb member baik dah jadik milik suaminya. lepas nie tak leh arr nak ngular cam dulu2.. heheheheh...

Majlis semalam selesai dlm pkl 4 petang. lepas abis majlis di Balairaya... semua buat gerakan balik ke rumah Misa. ada sesi potong kek plak. buat biasa-biasa jer... dpt la merasa kek coklat pengantin yg sedap gilos!!! then lepas tu tapau apa2 yg patut. packing baju semua... ye la. org tu dah ada teman tido, aku & Jaja kena la buat gerakan pulang ke sarang masing2. hahahahahha... dlm pkl 6 lebih aku & Jaja buat gerakan pulang. aku hantar Jaja balik rumah dia kat Cheras & then baru aku balik Serdang. dlm pkl 8 mlm sampai rumah. letih tak hengat... badan pon sengal2 je nie..huhuhuhuhu..
Apa2 pon aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Misa & Uzin. semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. buat Uzin, jaga le kawan aku tu elok2. bimbinglah dia dan sayangilah dia dgn sepenuh hati. bertuah ko dpt memperisterikan Misa. dan buat Misa, jadilah isteri yang dikasihi oleh suami. sob...sob...sob... aiseh, syahdu plak! heheheheeh...

Tuesday, August 07, 2007

'kawan baik'

Salam petang Selasa yang sojuk. baru lepas ujan lebat sini. hmmm... dah lama tak bercerita pasal kawan baik aku tu. sejak 2 menjak nie dah tak jadik kawan baik dah. masing2 buat hal masing2. tak der lagi 'data sharing' cam dolu2... hehehehe.. entah kenapa jadik gitu. maybe dia tgk aku senyap dan tak banyak tanya cam dulu, dia pon turut sama menyepi dan menjauhkan diri. apa2 aje lah. aku pon dah malas nak amik tahu pasal apa yg berlaku dgn hidup dia.

Baru-baru nie aku dengar citer dia nak settle down thn nie. nak kawen katanya. tp dia bercerita dgn akak sorang nie. dgn aku tak pon dia bgtau. walaupun dia sendiri pernah cakap aku nie adalah kawan yg paling dia percayai.

Baguslah gitu. tp yg tak sedapnya, bakal isteri dia adalah tunangan org... tp katanya pompuan tu dah settlekan hal pertunangan dia. atau tidak keterlaluan bila aku simpulkan yg pompuan tu dah putuskan pertunangan dan sekarang nie sedang memang confirmlah diaorg berdua sedang merancang untuk mendirikan masjid. dengar katanya jugak, diaorg tak nak tunang2 & terus nak kawen jer. katanya juga hujung tahun ini majlisnya tu nanti

Kalau betul, alhamdulillah.. baguslah. dari dok angkut tunang org ke hulu ke hilir... better dia bertanggungjawab atas apa yg telah dia timbulkan. nampaknya dia tekad betul kali ini dengan perempuan nie. well... aku ucapkan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. undangan perkahwinan dari korang memang aku tunggu... tp berkemungkinan besar aku tak akan pergi...

Wednesday, August 01, 2007

hasil tuaian

Cakap banyak pon tak guna... ini le hasil tuaian bila aku balik kampung last week!