Wednesday, May 11, 2011

221 - Pada-Mu aku bersujud

Ya ALLAH... moga hajat & istikharahku mendapat perkenan Mu...
Ya Rabb... moga tunjukkan aku jalan & kebenaran..
Mohon amat sangat...

Tuesday, May 10, 2011

220 - Seiring waktu

Seiring waktu
kisah kita semakin hambar
aku tahu dan kau juga tahu
kisah kita tiada perhentian
kerna permulaannya
tiada siapapun tahu

Seiring waktu
kurasa kau semakin berbeza
tiada kemesraan
tiada keserasian
tiada kenangan
yang meninggalkan kesan
mengapa?

Seiring waktu
haluan kita bersimpang
kau ke barat
aku ke timur
namunku masih menoleh
mengharapkan kau menurutiku

Seiring waktu
jika itu pilihanmu
jika ini takdirku
aku bisa menerima
aku tidak menolak
ketentuan Ilahi


219 - Jangan buang t*** kat tempat anda mencari rezeki!

2 bulan yang lalu aku pernah berurusan dengan seseorang nie berkenaan pelawaan sebutharga kat ofis nie. Mula-mula okey je dia nie. Tambahan plak dengan 'emel sokongan' yang penuh syahdu menceritakan kesengsaraannya untuk meneruskan hidup sampai cakap nak beli susu anak pon tak cukup duit. Memang kesian arr bila baca emel dia nie.

Aku pon cuba la bagi peluang kat dia untuk menawarkan harga yang terbaik untuk supply barang kat sini. Tapi nak buat macam mana kalau harga yang dia tawarkan tidak kompetitif dgn harga yang syarikat lain tawarkan.

Mungkin bengang & lebih tepat KECEWA tak dapat sale, maka dilempiaskan kemarahan itu pada bos aku dan siap kutuk-kutuk lagi bos aku tu dalam emel. Maka dipendekkan cerita bila bos aku dapat emel yang mengutuk dia terang-terang... malas la dia nak melayan pe'el orang yang macam tu. Aku pon malas nak layan. dari kesian, langsung aku rasa bengang gak la...

Itu citer 2 bulan yang lalu, hari ini aku dapat lagi emel dari dia nie & mintak maaf serta minta diberi peluang untuk buat sale kt sini. Aku gelak je bila baca emel dia nie. Kalau lah bos aku tau yang dia nie kembali menagih sale kt sini... konfem gelak besar dia.

Itu lah... jangan buang hampas kat tempat ko carik rezeki. memang la bumi ALLAH nie luas, kat mana-mana boleh carik rezeki tapi kadang-kadang tempat yang ko buang hampas tu la.. yg akan bantu ko bila ko susah & perlukan bantuan.

SUBHANALLAH....

Thursday, May 05, 2011

218 - Aku plak yang trauma

Dah 2 malam tak berapa lena tido. Ini semua gara-gara rumah atas kena pecah masuk subuh Selasa lepas. Memang la aku terdengar orang menjerit. Tapi ujung-ujung telinga je la dengarnya. Ingatkan orang mengigau. Rupanya ada perampok...

So, start Rabu tu kitaorang rumah bawah mula la selak pintu sampai 4. Tombol pintu lagi. pastu kat luar ada lagi grill. Kalau ada yang dapat pecah masuk jugak mmg terer arr...

Dah 2 malam mimpi orang nak pecah masuk rumah. Bilik aku lak ada tingkap. Dok mimpi nampak bayang orang kat tingkap & ketuk-ketuk nak masuk. Hmmm... aku plak yang lebih-lebih trauma. Tapi memang risau sangat.. tido pon siap kunci pintu bilik. Manalah tau kan... malang tak berbau... huhuhu...

Tuesday, May 03, 2011

217 - Cuti Hari Pekerja

Cuti 3 hari tapi aku tak balik kampung. Lepak kt Serdang je... Ringkasan cuti 3 hari aku...

Sabtu
Ganti Ijoi jaga exam kt Dewan Besar. kena jaga dari pukul 11 - 1 tengahari. At least, terisi jugak masa cuti2 nie.. hehehe... Abis jaga exam, lepak kt ofis jap. Layan Maharaja Lawak kt Youtube! Abis layan Maharaja Lawak, terus balik rumah.

Ahad
Dapat sms dari Kucai. tak perasan plak dia sms aku. dah sejam lebih baru aku balas. Rupanya dia ajak kuar gi Jusco. Aku memang plan nak gi Jusco tapi lepas Zohor. Dia plak dari 11 lebih dah lepak sana dengan anak-anak dia.

Sampai Jusco dah dekat kol 2 ptg. Aku text Kucai. Ropanya dia dah masuk tengok wayang dengan anak-anak dia. Apadaaa... bukannya nak tunggu aku. Tgk citer THOR plak tu... sabor je la. Dah dia tengok wayang, aku pi la jalan sorang2. Tengok VINCCI ada sale!! 50% tu sempena Hari Pekerja. So, apa lagi... sambar 1 kasut ala2 terompah. i loike..!!!

Pas tu pegi la pusing2 abiskan masa. masa tengah lepak kt Popular, baru la pakcik nie sms tanya aku kt mana. Dia datang dengan anak-anak dia. Dok tak lama lepas tu dah kata nak balik. Lorhh... apa daaa... baik tak yah jumpa kalau camtu.

Aku paksa dia pusing2 jap kt Jusco sebelum balik.. muehehehe...

Isnin
Disebabkan rasa tak puas hati orang yang ngajak aku tengok THOR dah pi tengok dulu, maka dengan semangat berkobar2 bangun pagi nie, lepas sarapan aku terus gerak gi Mines untuk melihat muvi ini. Check-in kol 12.10... perghhh... best gilak ini citer. tak rasa boring langsung sepanjang cerita. Tau2 dah abish... hehe.. Rugi sapa tak tengok citer nie.

Lepas nie aku menunggu muvi lanun lak.. Kapitan Jack Sparrow..!!

Wednesday, April 27, 2011

216 - Sangap.....

Kesangapan lantaran tak dpt tido malam semalam.. berperang dgn nyamuk sampai kol 4 pagi... huarghhhh.... soooooooo sleepy.... *sigh

Tuesday, April 26, 2011

215 - Hari yang penuh ketensenan

Aku sms dia mintak lunaskan pinjaman dia pada aku yang sudah lama tertunggak. Dia janji nak bank-in tengahari. Ayat poyo giler... tp ampeh jer... sampai ke petang aku tunggu. Habuk pon tarak.

Kalau dah jadik tabiat susah nak tepati janji bab duit muit nie.. janjilah setinggi gunung... sebesar kuman pon aku tak percaya kat ko!!

214 - BENGONG..!!

Statement yang cukup aku hangin dari kelompok orang dari salah satu jabatan kat ofis aku nie adalah, 'TAK NAK BERTANGGUNGJAWAB"... what the ****!!!

Sikit2 cakap tak nak bertanggungjawab.. minta sain... tak nak bertanggungjawab... minta buat tu... tak nak bertanggungjawab.. apa punya bangang!!!

Friday, April 22, 2011

213 - MENGAPA

kejap dia ok, kejap dia tak ok

kejap dia mesra, kejap dia jadi dingin

kejap dia dekat, kejap dia begitu jauh

hah..!! sukarnya memahami dirimu...

Thursday, September 23, 2010

212 - Sekali lagi...

Tak mampu bersuara apa lagi. Dalam masa setahun, aku kembali jatuh terduduk. Sekali lagi hati terluka. Apa kesudahannya padaku?

Berakhirnya cerita kita. Baru berputik, belum sempat berbunga. Kau pergi tinggalkan diriku sendiri. Moga berbahagia dengan pilihan keluargamu.

Aku di sini sedang merawat luka...

Monday, September 20, 2010

211 - Hari Raya vs Hari Lahir

Salam...

Alhamdulillah, dah selamat menyambut lebaran. Dah selamat pulang kembali ke serdang. Dah selamat menyambut hari lahir sorang2 tahun nie. Thanks to Misa sebab menceriakan hariku semalam sebab belanja makan KFC kt Jusco balakong..hehe... thanks friend!

Tuesday, August 31, 2010

210 - Salam MERDEKA ke 53!

Salam petang merdeka!!!

Cuti-cuti merdeka aku lepak kt ofis. Ada job printing sket... bleh arr tambah duit raya kan.. tp problem jer keje-keje printing kali nie. Guna printer Canon PIXMA.. ink tak lawo... tak sharp bila printing... cair giler & blur je... huh, tp org tu yg kasik printer nie, guna je la. Aku sendiri tak puas hati dgn hasilnya. Selalu aku guna brand HP. Memang puas hati...

Blasah je la kan... nie bajet punya job. Buat la dengan apa yang ada. Sumber terhad... almaklumlah, semua kena cut budget! Alahai.... sabor je la.. so lepas nie kalu dorg komplen tak lawo, aku just cakap, "Bajet 'tak cun', so, end product pon 'tak comei' arr..."

Hik..hik..hik..

Wednesday, August 25, 2010

209 - Ramadhan datang lagi...

salam 15 ramadhan... alhamdulillah setakat ini puasa masih penuh. hope2 tahun nie penuh la puasa..hehehe..

dah lama tak berblog... tetiba teringin nak bercerita di sini. actually tak ada yang menarik sangat pon dalam kehidupan aku sekarang. cuma menanti keputusan muktamad dari seseorang. penantian itu sungguh menyeksakan..?

aku atau dia? mungkin aku... mungkin juga dia... entah, tak berani nak fikirkan sangat. kalau dia pilih aku, alhamdulillah... tapi jika dia yang dipilih, tahniah & semoga berbahagia aku ucapkan.

tak ada perasaan yang teruja kerana takut lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. apa-apa pun sekarang hanya mampu menunggu kata putus darinya.

bak kata orang tua-tua... andai ada jodoh, takkan ke mana...

Tuesday, February 09, 2010

208 - haru biru hujung minggu

Salam....

Weh lamanya tak update blog...sejak dok giler dgn fesbuk, tak selalu menjenguk ke blog. Sian blogku... ditinggalkan...hehehe..

Last week (31 Jan) Kak min call aku soh balik kg sbb nak memujuk abah & mak gi spital. Aku dah penin sebab plan nak balik cuti raya cina. Bleh balik lama sket. So, nak tak nak... aku bergegas balik ke kg sebab kaki abah bengkak. Bertolak dalam kol 1 & dlm pukul 6 baru sampai kg. Jalan clear... saja aku bawak slow2. Apa yg nak dikejarkan...

Malamnya aku dgn abang pakat bawak abah gi spital kat bahagian kecemasan. Seperti yang dijangkakan abah kena tahan. So, kena tido kat wad la. Seumur idop dia, mana pernah tido kt wad. Jadik sejarah la tu...hehehe... tu arrr.. org dah kata pi spital awal2... tak nak. Dah melarat camnie, konfem arr kena tahan.

Abah kena tahan sampai 3 malam. Hari Selasa lak aku kena mengikut abah ke spital taiping buat scanning kakinya yg bengkak tu. Huh... sejarah bagi aku plak naik ambulans gi spital taiping. Perjalanan dari Grik ke sana dlm 1 jam setengah. Menunggu nak discan dalam sejam. Padahal bila scan, tak sampai 5 minit... ceh!! Tapi alhamdulillah, kaki abah ok. Takde apa2 cuma bengkak dia sebabkan saraf & infection je.. so, boleh balik hari tu jugak.

Rabu pagi abah dah discharge tapi mak plak yang kena tahan wad sebab paras gula dalam darah dia tinggi sangat. Aku yang baru lega sebab abah dah discharge... mula rasa down sangat. Adei... bersilih ganti masuk wad. Cam pas baton je...huhuhu... malam tu aku la plak teman mak kat spital, tido di wad. Aku dah biasa tido kat wad jaga mak...

Esoknya mak dah boleh keluar. Paras gula dah ok cuma kena betul2 jaga pemakanan. Jenuh la sister tu dok kasik ceramah kat mak. Dengan aku2 skali kena dengar.

Adei... memang haru biru dibuatnya aku & family.... dugaannya....

Sunday, December 13, 2009

207 - lewat musim itu


musim itu kelewati
biar pedih berdarah
namun langkah tetap kuhayun
kutinggalkan kenangan pahit
ditipu olehnya setiap masa
amat perit
sungguh tidak kusangka
aku pergi tanpa sebarang kata
tiada ucapan selamat tinggal
kubiarkan dia
kerna hati ini amat sakit
tiada kesalan
tiada rasa di jiwa
sungguh aku katakan
aku tidak pernah menyesal
meninggalkan dia
malah aku bersyukur
ALLAH sentiasa bersamaku

Thursday, August 06, 2009

205 - SETEM MOVIE

Semalam gi layan citer SETEM nie... mula2 masuk panggung, tak ramai orang. Ginilah nasib citer Melayu. Walau aku jarang layan wayang, tapi disebabkan semalam boring giler, aku pegi gak la menengok citer nie sebab Afdlin berlakon... hahahaha...

Apa yang boleh aku komen, citer nie dari mula sampai akhir asyik gelak je... so far bagi aku memang best la citer nie... layan...hehehhe...cakap banyak pon tak guna, apa kata korang pi la tengok citer nie... tak rugi...hehehehhe...

p/s Teringat dialog Joe (Afdlin) & Sid (Rashidi) kat press conference setem.... just don't be late jadik Justin Timberlake... hahahaha...

see the trailer > http://www.youtube.com/watch?v=Xkz6ktxARSM

Saturday, August 01, 2009

204 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran

1 Ogos kembali, tarikh ulang tahun kelahirannya kusambut untuk tahun kedua. Namun sambutan tahun kedua... tiada sambutan. Sekadar hadiah dan kad ucapan kuhulur buatnya pada petang semalam. Kenapa awal sehari? Sebab aku ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan ucapan itu buatnya.

Selamat ulang tahun kelahiran dik! Kamu sentiasa di dalam doaku...

Semalam hari terakhir Amad (pembantu aku) bersama-sama kami di sini. Emosi betul aku semalam. Aku menangis sebab dia akan pergi dan tidak akan lagi bekerja bersama-sama kami di sini. Seorang pekerja yang betul-betul komited! Aku amat kehilangan dia. Tak mengapalah. Dia ambil keputusan begitu kerana keluarga. It's ok Amad, jagalah famili baik-baik... hope jangan lupa kami di sini. Semoga sukses kerja di tempat baru.

Sunday, July 12, 2009

203 - Pabila kebiasaan sudah tidak menjadi kebiasaan...

Ahad.... seperti biasa aku di ofis. Nak berjimba-jimba... kewangan tidak berapa kukuh. So, lepak-lepak kat ofis sambil surfing tenet. Sambil-sambil tu jugak settlekan beberapa kerja yang tertangguh sebab bergelut dengan minggu audit dalaman kat ofis last week.

Alhamdulillah... aku semakin tenang atau lebih tepat dapat menerima hakikat. Mungkin sebab aku dah lepaskan apa yang patut aku lepaskan awal-awal dulu lagi. Dulu... waktu di awal-awal dulu, aku takut nak lepaskan mungkin kerana aku takut kehilangan segala-galanya. Aku takut semua yang sudah menjadi kebiasaan bagiku hampir setahun yang lalu, hilang dan terhenti secara tiba-tiba. Mana mungkin aku dapat menerimanya secara tiba-tiba begitu.. tak mungkin...

Namun setelah beberapa ketika dan melalui tempoh bertenang... akhirnya aku berjaya juga mengharungi saat-saat sukar itu. Alhamdulillah... aku semakin realistik..

Syukur pada ALLAH kerana mendengar doaku... jiwa semakin tenang.. kekadang diterjah juga gelora namun aku cepat-cepat sedar yang aku perlu berpijak di bumi yang nyata. Dia adalah kenangan terindah buatku... buat pertama kalinya...

Walau tidur malamku sering dijenguk oleh mimpi-mimpinya... itu tidak lebih dari kenangan lalu... walau isthiqarahku, wajahnya yang menjelma dalam tidurku... tidak pernah kutaruhkan harapan. Biarlah masa yang menentukan...

Kini hidupku memang sepi... amat sunyi.... tiada lagi mesej-mesej kuterima... telefonku sudah tidak berdering...tiada lagi kejutan-kejutan istimewa... memang amat sepi sekali... apabila kebiasaan sudah tidak lagi menjadi kebiasaan...

Monday, July 06, 2009

202 - Bosan

Aku dah bosan!!!!
aku dah bosan!!!!
aku dah bosan!!!!!!