Friday, April 18, 2014

252 - Cerpen : DEMI NAUFAL

          Demi Naufal


            Wajah anak kecil berumur lima tahun itu ditatap dengan penuh rasa kasih dan simpati yang melimpah ruah. Pak Muin leka melihat Naufal yang sedang bertenggek di tebing sungai sedang memancing dengan joran batang bemban yang dibuat semalam. Itupun kerana Naufal merengek-rengek meminta dibuatkan joran setelah melihat kawan-kawannya mempunyai joran untuk memancing di sungai.

            Pak Muin mengeluh berat. Badannya tidak segagah dahulu lagi. Dia sudah tidak mampu untuk membanting tulang bekerja. Dalam usia melewati tujuh puluh tahun, dia sudah tidak mampu untuk membuat kerja-kerja mengangkut batu-bata di tapak-tapak pembinaan, tidak mampu untuk ke kebun getah untuk mengambil upah menorah dan juga tidak mampu untuk membuat kerja-kerja kampung untuk menampung perbelanjaan dia dan Naufal.

            Hidupnya walau hanya berdua dengan Naufal tapi budak itu semakin membesar. Tahun hadapan sudah perlu mendaftarkan dia ke prasekolah. Banyak perlukan duit. Yuran sekolah perlu dibayar. Baju, beg dan kasut sekolah lagi perlu dibeli. Di mana dia harus mencari duit untuk semua itu? Semakin difikirkan semakin kusut fikirannya.

            “Atok, mana ikan tak makan umpan Naufal pun.” Naufal merungut sambil memandang wajah datuknya yang enak duduk bersandar di bawah pohon rendang tidak jauh dari tebing sungai itu.

            Pak Muin tersenyum melihat muncung Naufal yang tidak puas hati pancingnya yang masih tidak dipagut ikan walaupun sudah hampir sejam dia di situ. Perlahan-lahan dia bangun dan mengorak langkah terketar-ketar mendekati Naufal yang menongkat dagunya dengan tangan kiri sementara tangan kanannya memegang batang jorang dengan erat. Pak Muin mengambil tempat di sebelah Naufal lalu memeluk bahu kecil itu dan membawanya rapat di sisinya.

            “Naufal ada baca bismillah tak masa lempar pancing tadi?” Soal Pak Muin dengan lembut memujuk Naufal yang seakan merajuk.

            Naufal pantas menepuk dahinya. “Ala, Naufal lupalah atok!” Dia ketawa kecil melihat gelagat Naufal itu. Serentak dengan itu Naufal menarik pancingnya dari dalam sungai lalu melemparkannya semula ke dalam sungai dengan iringin bismillah. Pak Muin menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Naufal itu.

            “Naufal, tahun depan Naufal sudah perlu ke sekolah. Naufal suka tak pergi sekolah?” Soal Pak Muin sambil mengusap kepala Naufal. Wajah Naufal direnung dengan pandangan berkaca. Ahh… mengapa hati ini terlalu sebak pula.

            “Suka Atok! Naufal nak masuk sekolah. Nanti boleh jumpa kawan-kawan.” Jawab Naufal bersemangat. Wajahnya ceria sekali setiap kali bercakap tentang sekolah. Keterujaannya terhadap sekolah memang tidak dapat disembunyikan.

            Pak Muin tersenyum lebar mendengar kata-kata Naufal. “Bagus Naufal. Atok pun suka kalau Naufal sudah masuk sekolah. Nanti Naufal belajar pandai-pandai ya. Bila besar nanti cari kerja yang bagus-bagus.”

“Ya Atok. Naufal nak jadi doktor nanti. Boleh ubatkan Atok. Nanti Atok sihat, tak sakit-sakit lagi.” Semakin bersemangat Naufal bercerita tentang cita-citanya. Pak Muin ketawa kecil lalu dia meraih Naufal dalam pelukannya. Air mata yang di tahan-tahan tadi terus merembes keluar.

Dia tahu dia sering sakit. Penyakit semputnya semakin teruk. Kadang-kala penyakit itu menyerangnya tidak kira masa. Ternyata daya tahan sakitnya sudah semakin lemah. Dia risau jika berlaku apa-apa kepadanya, bagaimana dengan Naufal.

Naufal satu-satunya ahli keluarga yang dia ada. Dialah pengarang jantung. Dia cucu kesayangan dan dialah yang menjadi harapannya di masa depan kelak. Tapi dia takut jika dia tidak berkesempatan untuk melihat Naufal membesar dan mencapai cita-citanya.

Pak Muin cepat-cepat menyapu air matanya sebelum melepaskan pelukan terhadap Naufal. “Naufal nak jadi doktor?” Pak Muin menyoal sambil tersenyum lagi.

“Betul Atok! Naufal nak jadi doktor. Boleh ubatkan Atok. Boleh tolong orang lain juga. Atokkan selalu cakap, kita kena selalu tolong orang baru Allah suka dan sayang pada kita.” Begitu bijak mulut si kecil itu berkata-kata. Pak Muin kagum dengan jawapan Naufal. Mungkin kerana hidupnya yang serba kekurangan membuatkan dia cepat matang dari usia sebenarnya.

“Baiknya cucu atok.” Ujar Pak Muin lalu mengucup kepala Naufal.

Naufal tinggal bersamanya kira-kira tiga tahun yang lalu selepas ibu dan bapanya meninggal dalam kemalangan jalanraya. Waktu itu dia memang sudah kematian isteri tinggal bersama anaknya Suhana dan menantunya Baharom. Naufal yang baru berusia dua tahun ketika kemalangan itu terjadi. Pemergian anak dan menantunya menghadap Ilahi meninggalkan Naufal yang kebetulan tidak bersama ibu dan bapanya sewaktu kemalangan itu terjadi.

Sejak dari itu dialah yang menjaga dan mengasuh Naufal. Jika dia perlu keluar bekerja, dia akan meninggalkan Naufal dalam jagaan Juriah, jiran sebelah rumahnya. Juriah tidak mengenakan sebarang upah untuk menjaga Naufal. Dia menjaga Naufal dengan ikhlas untuk membantu Pak Muin. Lagipun dia sudah menganggap Pak Muin seperti ayahnya sendiri.

Angin petang itu bertiup sungguh nyaman. Sesekali dedaun berguguran lalu jatuh ke dalam sungai dan dibawa mengalir ke hulu sungai. Suasana yang sungguh tenang itu sedikit dapat mententeramkan hati Pak Muin yang sejak kelmarin ditimpa gundah. Bagaimana caranya untuk aku memberitahu kepada Naufal tentang itu? Mahukah dia mendengar kata-kataku? Dapatkan Naufal menerimanya nanti? Pelbagai persoalan berputar-putar di benaknya.

Pak Muin menarik nafasnya dengan dalam lalu menghembusnya dengan berat sekali. Dia mencari kekuatan untuk menerangkan kepada Naufal yang masih mentah itu. Dia tidak mahu emosi dan pemikiran Naufal terjejas dengan apa yang bakal dia beritahu kelak.

“Naufal..” Panggilnya perlahan. Naufal berpaling memandang wajah datuknya yang semakin dimamah usia itu.

“Naufal tahukan yang atok sayangkan Naufal. Terlalu sayangkan Naufal sebenarnya.” Berhati-hati dia menyusun kata-kata untuk si kecil itu. Wajahnya dimaniskan seboleh mungkin sambil tangannya menggenggem erat tangan kiri Naufal.

“Naufal pun sayangkan atok.” Balas Naufal manja lalu tersengih. Hatinya semakin hiba mendengar kata-kata Naufal.

“Atok tahu Naufal pun sayangkan atok. Atok mahu Naufal dapat belajar dengan baik dan selesa. Cukup makan dan minum serta pakainya. Atok mahu Naufal masuk sekolah, belajar rajin-rajin dan jadi budak pandai. Nanti Naufal nak jadi doktorkan? Jadi kena belajar pandai-pandai. Jangan main-main di sekolah.”

“Baik atok. Naufal janji Naufal akan belajar rajin-rajin nanti di sekolah. Bila dah pandai boleh jadi doktor. Boleh Naufal ubatkan atok!” kali ketiga Naufal mengulangi kata-kata itu membuatkan hati Pak Muin semakin direnggut hiba. Bersungguh-sungguh cucunya berjanji untuk mengubatinya. Nampak sangat dia selalu sakit dan tidak mampu untuk menjaga cucunya lagi.

Pak Muin menahan rasa sedih yang semakin menggila di dalam hatinya. Ahhh… hatimu terlalu suci Naufal. Tidak sanggup rasanya untuk melukakan hatimu itu.

“Kenapa atok sedih? Atok tak sihat ye? Atok sakit lagi?” bertubi-tubi soalan keluarga dari mulut Naufal. Wajahnya berkerut menunjukkan kerisauannya melihat ada genangan air mata di kelopak mata datuknya.

Cepat-cepat Pak Muin menyapu air mata dengan belakang tangan kanannya. “Mana ada atok sedih. Atok sihatlah. Kan tadi Naufal dah beri atok makan ubat.” Senyuman dipaksa diukur di bibirnya buat Naufal.

“Atok kena makan ubat selalu. Nanti baru cepat baik. Kan doktor cakap hari tu. Kalau selalu tak makan, macam mana nak sihat.” Petah si kecil itu menasihati datuknya yang pada fikirannya selalu mengelat dari mengambil ubat yang dibekal oleh hospital di daerah itu.

“Iyalah Doktor Naufal, nanti atok makan ubat tu. Atok kadang-kadang lupalah…” ujarnya lalu ketawa kecil melihat riak wajah tidak puas hati yang ditunjukkan oleh Naufal kepadanya. Memang dia selalu buat-buat lupa untuk mengambil ubat-ubatannya kerana sudah putus asa. Walaupun ubat dimakan ikut aturan, semputnya tetap datang tidak kira masa.

Naufal yang seakan berpuas hati dengan jawapan datuknya kembali menumpukan perhatiannya kepada batang pancingnya. Sesekali dia menyanyi perlahan mengisi rasa bosan menunggu umpannya dimakan ikan.

Fikiran Pak Muin melayang-layang mengingatkan kembali perbualannya dengan suami Juriah, Kamal. Tika itu dia baharu saja keluar dari wad hospital setelah diserang semput teruk. Empat hari jugalah dia menjadi penghuni di wad hospital dan selama dia di sana, Naufal dijaga oleh Juriah.

“Kamal, aku rasa aku dah tak mampu nak jaga Naufal. Aku semakin tua dan penyakit aku ini semakin hari semakin teruk. Aku takut jika aku mati, Naufal tiada siapa yang nak menjaganya.” Ucapnya pada waktu Kamal datang melawatnya di wad.

“Kenapa Pak Muin cakap begitu? Tak baiklah Pak Muin. Lagipun saya dan Juriahkan ada boleh jagakan Naufal tu.” Kamal membalas lembut kata-kata pak Muin.

“Kamu pun bukanlah orang senang. Kerja makan gaji dengan Ah Leng bawak lori tu berapalah sangat. Anak-anak kamu pun ramai. Inikan mahu menanggung Naufal pula. Menyusahkan kamu saja.” Pak Muin pula membalas. Kamal hanya tersenyum. Lelaki tua yang terbaring di atas katil di hadapannya itu dipandang dengan penuh kasih. Pak Muin sudah dianggap seperti bapanya sendiri. Mereka sekampung. Setelah berkahwin dengan Juriah, dia tinggal berjiran dengan Pak Muin. Pak Muin juga banyak membantunya selama ini. Dia amat menghormati Pak Muin.

“Setakat Naufal seorang apalah sangat Pak Muin. Jangan risaulah, saya boleh tanggung Naufal. Pak Muin jangan risau.” Kamal cuba mententeramkan hati tua Pak Muin.

Pak Muin mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepalanya. “Aku tak mahu menyusahkan kamu berdua Kamal. Cukuplah selama ini kamu tolong aku jagakan Naufal. Inikan pula nak tanggung makan dan pakainya. Sekolah lagi. Semua tu perlukan duit yang banyak Kamal. Aku tak mahu bebankan kamu.”

“Pak Muin...”

“Beginilah Kamal. Aku sudah buat keputusan. Seperti yang pernah aku beritahu kamu dulu, aku nekad kali ini. Aku buat semua ini untuk kebaikan Naufal. Aku mahu nasibnya terbela. Walau pun aku masih hidup, tapi lama mana lagi aku nak menongkat langit. Tiba masanya nanti, aku akan pergi juga. Cuma aku mahu pastikan nasib Naufal terbela dan terjamin. Aku ini dah tak lama hidup Kamal.” Lirih sekali Pak Muin berkata-kata. Sebak di dadanya tidak mampu ditahan lagi. Dia membiarkan air matanya mengalir perlahan membasahi pipi tuanya yang sudah berkedut itu.

Kamal hanya mampu tertunduk memandang lantai. Tidak sanggup menatap wajah Pak Muin yang sangat sedih itu. Hatinya turut sebak tatkala mendengar kata-kata Pak Muin itu. Dia turut mengakui kebenaran kata-kata Pak Muin. Sudah pasti dia mahukan yang terbaik untuk satu-satunya cucunya yang ada. Sedangkan dia sendiri belum tentu boleh memberi jaminan akan menjaga Naufal dengan baik. Pendapatan dia sendiri pun ada pasang surutnya. Dengan upah dia perolehi ketika ini pun hanya cukup-cukup makan sahaja.

“Baiklah kalau itu yang Pak Muin mahukan. Saya ikutkan sahaja dan tak akan menghalang. Saya faham Pak Muin mahukan Naufal dijaga dengan elok.” Kamal beralah dengan permintaan Pak Muin.

“Kamu jangan ingat aku tak percayakan kamu pula Kamal.” Terbit rasa bersalah di dalam hati Pak Muin bila dia mempertahankan keputusannya itu.

“Eh, tak adalah Pak Muin. Saya hormati keputusan Pak Muin itu. Saya faham. Juriah pun faham. Pak Muin jangan fikir yang bukan-bukan.” cepat-cepat dia meningkah kata-kata Pak Muin. Dia tidak mahu hati tua itu terguris. Kalau Pak Muin sudah nekad, dia tidak mahu menghalangnya.

“Baguslah kalau begitu. Nanti kalau kamu berkelapangan tolonglah tengok-tengokkan Naufal ya. Sudah tiada siapa lagi yang boleh aku harapkan kecuali kamu dan Juriah. Harap-harap permintaan aku ini tidak membebankan kamu suami isteri. Selama ini pun banyak yang aku sudah susahkan kamu tentang Naufal.”

“Pak Muin jangan risau. In shaa Allah, saya akan tengokkan Naufal dan bantu apa yang termampu. Saya sayangkan Naufal macam anak sendiri. Pak Muin tahukan saya ni tak ada anak lelaki. Empat-empat orang anak saya perempuan.” Ujar Kamal tersengih. Pak Muin menyambut kata-kata Kamal dengan ketawa besar.

“Beranaklah lagi..” usik Pak Muin. “Belum ada rezeki..” balas Kamal tersipu-sipu.

“Atok, hari ini memang tak ada ikanlah. Tak mengenapun pancing Naufal..” Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila kedengaran suara Naufal yang sudah berputus asa menanti jorannya dimakan ikan. Dia mengocak kakinya di dalam air hingga memercikkan air.

“Agaknyalah. Sudahlah Naufal, mari kita balik. Hari dah semakin petang. Nanti sampai rumah atok gorengkan pisang untuk Naufal ya. Kita makan pisang goreng petang ni, suka tak?” Naufal yang merajuk dipujuk oleh Pak Muin.

“Naufal suka atok! Goreng lebih sikit ya atok. Nanti boleh beri pada Mak Ju sikit. Mak Ju pun suka makan pisang goreng.” Naufal kembali bersemangat. Matanya bersinar-sinar.

“Tak lupa Mak Ju kesayangan dia. Iyalah, nanti atok gorengkan lebih sikit.” tersenyum Naufal bila mendengar kata-kata itu lalu bangun dan memimpin tangan datuknya dan berjalan beriringan menuju ke rumah mereka yang usang.

Dari kejauhan dia terlihat sebuah van berwarna kekuningan diparkir di lama rumahnya. Siapa pula yang datang petang-petang begini? Hatinya dipagut tanda tanya. Hayunan langkahnya dipercepatkan kerana tidak mahu tetamu yang masih tidak diketahuinya itu menunggu lama.

Semakin lama semakin dekat dia dan Naufal ke rumahnya. Dia mengamati perkataan yang berada di dinding van berwarna kekuningan itu. Tertulis perkataan Rumah Anak-anak Yatim Darussalam. Tiba-tiba langkah kakinya menjadi lemah. Dadanya sebak tiba-tiba. Hayunannya terhenti seketika sehingga menimbulkan kehairanan kepada Naufal di sisinya.

“Kenapa atok? Van siapa yang ada di rumah kita tu atok? Diaorang nak jumpa atok ke?” Naufal yang tidak tahu apa-apa menyoal dan menantikan jawapan dari datuknya. Pak Muin pula bagaikan terpaku berdiri tegak memandang ke laman rumahnya.

Sudah sampai masa rupanya. Mereka sudah datang. Tak sangka secepat ini atau mungkin aku yang masih tidak sanggup untuk berbuat demikian? Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku untuk menghadapi perpisahan ini. Aku lakukan semua ini demi Naufal Ya Allah. Aku mahukan yang terbaik untuk cucuku. Rahmatilah cucuku Ya Allah.

Sambil lafaz bismillah dia mengeratkan genggaman tangannya pada Naufal lalu tunduk memandang ke arah Naufal. “Mari Naufal, atok nak kenalkan Naufal pada seseorang.” Dia cuba mengukirkan senyuman namun terlalu hambar senyuman itu.

Tanpa banyak karenah Naufal menganggukkan kepala dan mengikut langkah Pak Muin menuju ke rumah mereka. Dari jauh kelihatan dua orang wanita dan seorang lelaki dewasa sedang tersenyum menanti mereka di pangkin bawah pohon rambutan yang rendang  di laman rumah.

‘Maafkan atok Naufal. Atok lakukan semua ini kerana atok sayangkan Naufal..’  

------------------------------------------------------------------

© 2014 Suria Shafie, Rumah Tangga Pusing.

251 - Aku hamba-Mu yang lemah



Assalamualaikum...

Pagi Jumaat yang menenangkan. Hujan turun sejak subuh hingga sekarang masih tak berhenti. Tak lebat tapi kadang-kadang renyai. Berterusan. Sejuk bumi Tuhan pagi ini. Alhamdulillah.

Namun hati aku masih tidak tenang. Banyak perkara yang aku fikirkan. Dan yang pasti aku masih menahan sesuatu yang sepatutnya aku lepaskan. Aku takut hendak lepaskannya. Entah mengapa aku berperasaan begini? Sedangkan sudah nekad di dalam hati untuk melepaskannya tapi akhirnya aku kalah dengan perasaan sendiri. Aku sayang nak lepaskan ia. Terlalu sayang hingga membodohkan diri sendiri.

Aku sedih dengan sikap aku begini. Tak tetap pendirian. Sampai bila aku mahu begini? Aku sendiri tiada jawapan. Pokok pangkalnya hati sendiri kan?

Memang senang untuk menasihati orang lain, tapi bila terkena pada batang hidung sendiri...baru tahu bagaimana perasaan itu.

Ya Rabb.. berikan aku kekuatan dan sambutlah doa-doaku selama ini yang tidak pernah jemu aku titipkan setiap kali selepas solat. Makbulkan pemintaanku Ya Allah... kasihani hamba-Mu ini. Berikan setitis harapan dan sejalur cahaya untuk aku membina kembali keyakinan diri ini yang semakin menghilang. Aku amat lemah tika ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bantulah aku...


Thursday, April 10, 2014

250 - CERPEN : SAYA KERJA DRIVER SAJA


Saya Kerja Driver Saja
Suria Shafie


Haryani menatap wajah ibu dan ayahnya dengan penuh kerisauan. Ada ketegangan di wajah ibunya namun ayahnya pula beriak selamba. Nazrul yang duduk di sofa di hadapan mereka kelihatan tenang dan tidak mengalihkan pandangan dari wajah ibu dan ayah Haryani.

Haryani sudah panas punggung menanti kata putus dari mereka. Debaran di dada tidak terkira. Bagai hendak terkeluar jantungnya tika ini. Jika dapat diukur degupan jantungnya ketika ini, kalah pelari 100 meter degupannya.

“Betul kamu kerja driver saja?” Sambil berkerut dahi Pn. Hasnah menyoal kepada Nazrul.

“Ya makcik. Saya kerja driver!” Begitu yakin sekali Nazrul mengiakan pertanyaan dari Puan Hasnah.

“Abang..” bisikan dari Puan Hasnah kepada suaminya Encik Zainal begitu jelas di telinga Haryani dan Nazrul. Nazrul memandang Haryani yang duduk tidak jauh darinya. Haryani membalas pandangan itu lalu mengorak senyuman hambar.

“Ehem...”

Sempat Encik Zainal berdehem sebelum menarik nafas lalu menghembus berat.

“Betul kamu kerja driver?” Soalan yang sama diajukan kepada pemuda di hadapannya itu.

Kali ini Nazrul tersenyum dan menganggukkan kepalanya berkali-kali. “Ya, pakcik. Saya kerja driver.”

Encik Zainal pula menganggukkan kepalanya beberapa kali.

“Jadi, kamu datang ke sini untuk beritahu kepada kami yang kamu ingin berkahwin dengan Haryani?”

“Ya, pakcik. Saya ingin mengambil Haryani sebagai isteri saya yang sah!”

Bagaikan skrip drama pula Nazrul melafazkan kata-kata itu. Begitu yakin dengan tujuan kedatangannya pada petang itu berjumpa dengan kedua ibu dan bapa Haryani.

Suasana kembali sunyi. Puan Hasnah mempamerkan riak muka tidak menyenangkan. Encik Zainal masih tenang dan memandang kepada Haryani.

“Yani, macam mana?”

Tersentak Haryani dengan soalan dari ayahnya itu. Dia meramas-ramas jari-jemarinya dengan kuat. Gelisah. Berdebar-debar.

Nazrul dikenalinya enam bulan yang lalu secara kebetulan ketika dia mengalami kemalangan kecil di lampu isyarat di Jalan Ipoh. Dia terlanggar belakang kereta seorang wanita lain yang memberhentikan keretanya secara tiba-tiba. Kebetulan Nazrul yang memandu di belakangnya membantu menyelesaikan masalah itu.

Dari perkenalan itu terjalin persahabatan dan akhirnya mengikat hati kedua-duanya. Walaupun hanya saling mengenali dalam sesingkat itu, Nazrul mengambil keputusan untuk menyunting Haryani menjadi suri hatinya. Keputusan itu disambut Haryani dengan hati terbuka. Baginya perhubungan itu menjadi lebih indah sekiranya diikat dengan ijab dn kabul. Lebih barkah.

“Yani... Yani...” Haryani kehilangan kata-kata. Ingin dia mengaku bersetuju tapi setelah melihat reaksi ibu dan ayahnya, dia mula gusar sekiranya niat mereka tidak dipersetujui oleh ibu dan ayahnya.

Haryani memang mengetahui Nazrul bekerja sebagai pemandu. Dia tidak kisah dengan pekerjaan lelaki itu kerana dia jujur dan ikhlas terhadap Haryani. Lagipun Nazrul amat menghormatinya sebagai seorang wanita. Mereka tidak bercinta seperti pasangan uda dan dara yang lain. Sebaliknya dari pandangan dan bahasa tubuh sudah cukup untuk menyatakannya.

Nazrul memandang Haryani dengan tenang.

‘Ahhh... kenapa kau begitu tenang begini?’ Detik hati Haryani melihat wajah Nazrul.

“Yani?” Puan Hasnah pula memanggilnya sambil mengangkat kening.

Dengan membisikkan bismillah di dalam hati, Haryani tekad.

“Yani terima Nazrul ibu...” Ucapnya sambil menundukkan wajahnya dan memandang ke jari-jemarinya yang dikepal-kepal. Sejuk seluruh jari-jemarinya tika ini.

“Hah?? Kamu sungguh-sungguh Yani?” Bagaikan tidak percaya Puan Hasnah mendengar kata-kata anak tunggalnya.

“Dia kerja driver!” Puan Hasnah menekankan perkataan driver tu.

“Hasnah...!” Encik Zainal menegah dengan lembut perlakuan isterinya itu.

“Ya ibu.. Yani terima dia seadanya. Yani percaya dia dapat menjaga dan membahagiakan Yani.” Kali ini Haryani semakin yakin dengan kata hatinya. Menerima Nazrul sebagai imamnya jika itu ditakdirkan oleh Allah.

Terdengar keluhan berat keluar dari mulut ibunya. Dia tahu ibunya kecewa dengan keputusannya. Setiap ibu menginginkan anaknya berkahwin dengan seseorang yang berkerjaya bagus-bagus sebagai jaminan masa hadapan anak gadisnya.

“Abang...” Rengek Puan Hasnah kembali memandang wajah suaminya di sebelah kirinya.

Encik Zainal menganggukkan kepalanya sambil menepuk-nepuk tangan isterinya yang kegelisahan di sebelahnya.

“Pakcik... makcik... saya tahu mungkin saya bukan lelaki pilihan pakcik dan makcik untuk menjadi suami kepada Haryani. Tapi saya ikhlas kepada Haryani dan saya sukakan Haryani. Izinkan saya untuk mengambil Haryani sebagai isteri saya yang sah. Saya berjanji akan menjaga dan mendidik Haryani untuk menjadi seorang isteri yang solehah selagi hayat saya dikandung badan dan tak akan mensia-siakan dia.” Sekali lagi Nazrul berkata dengan yakin. Kali ini wajahnya menggambarkan kesungguhan hatinya terhadap Haryani.

“Beginilah Nazrul... betul kamu akan berpegang pada janji-janji kamu ini?” Encik Zainal menyoal.

“Betul pakcik!” pantas jawapan dari Nazrul.

“Baiklah. Memandangkan kamu berdua sudah suka sama suka. Pakcik dan makcik tiada halangan. Nanti minta keluarga kamu datang untuk merisik bulan depan. Berkawan lama-lama pun tidak manis. Biarlah kita ikatkan kamu berdua dengan ikatan yang sah.”

Terlopong Puan Hasnah mendengar kata-kata suaminya itu. Dia seakan tidak percaya begitu mudah sekali suaminya menerima lamaran dari lelaki muda di hadapan mereka ini. Lelaki yang hanya bekerja sebagai pemandu hendak digandingkan dengan anak gadisnya yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat multinasional di ibukota.

“Apa abang buat nie?” sedikit membentak dia menyoal suaminya.

Encik Zainal tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum kepada isterinya yang berwajah masam.

Nazrul dan Haryani menarik nafas lega setelah mendengar kata-kata Encik Zainal. Walaupun masih terselit kegusaran apabila melihat reaksi ibu Haryani, sekurang-kurangnya ayah Haryani sudah memberi keizinan. Selebihnya hanya perlu memujuk dan meyakinkan ibu Haryani sahaja.

“Mereka sudah suka sama suka. Biarlah... Kita perlu beri restu sahaja pada mereka. Awak nak halang kenapa?”

“Dia kerja driver!!”

“Driver pun pekerjaan juga. Ada kerja untuk tanggung anak kita. Bukannya tak bekerja! Janji pekerjaan itu halal!” Kata-kata En Zainal yang sedikit meninggi membuatkan Puan Hasnah sedikit tersentak. Dia memahami maksud itu yang mana suaminya sudah membuat keputusan dan tidak boleh dibantah lagi. Dua puluh lapan tahun berkahwin dengan lelaki itu cukup untuk dia memahami perangai suaminya itu.

Puan Hasnah terdiam dan hatinya sedikit terkilan dengan keputusan suaminya yang mengikuti kehendak anak gadisnya untuk menerima lamaran pemuda yang hanya bekerja sebagai driver. Sedih hatinya untuk menerima kenyataan yang menantunya hanya seorang driver!

“Terima kasih pakcik...makcik. Saya akan hubungi keluarga saya untuk memberitahu berita gembira ini. Saya minta diri dululah kalau begitu.” Begitu ceria sekali Nazrul sambil memandang wajah Haryani. Senyuman manis dihulurkan buat Haryani yang turut sama membalas senyuman itu. Dia tidak menyangka ayahnya akan memberi kebenaran dan restu.

“Iyalah. Jangan lupa minta keluarga kamu hubungi kami untuk bincang tarikh dan masa yang sesuai untuk keluarga kamu datang berbincang.” Sekali lagi Encik Zainal mengingatkan Nazrul. Nazrul menganggukkan kepalanya dengan bersemangat lalu bingkas bangun dan menghulurkan tangan kepada Encik Zainal.

“Oh, ya... kamu selalu drive hantar barang ke mana?” soal Encil Zainal sambil menyambut huluran tangan Nazrul.

“Err... selalunya ke luar negara.” Balas Nazrul teragak-agak.

“Luar negara?” soal Encik Zainal tidak percaya.

“Iya pakcik.”

“Ke mana? Thailand? Singapura?”

“Tak juga. Kadang-kadang US, Australia dan lain-lain tempat.” Jawab Nazrul jujur.

US? Australia? Kamu driver apa sebenarnya?’ Kali ini Puan Hasnah pula menyoal dengan kerutan di dahi. Biar betul bawa lori sampai ke Amerika dan Australia?

“Oh, saya driver kapalterbang makcik. Pilot!” jawab Nazrul penuh makna. Dia tersenyum-senyum sambil mengenyitkan mata kepada Haryani yang turut terlopong mendengar kata-kata Nazrul itu.

Memang selama dia berkawan dengan lelaki itu tidak pernah sekali pun dia bertanya tentang pekerjaan sebenar lelaki itu. Nazrul hanya memberitahunya dia bekerja sebagaidriver dan dia tidak pula menyoal lebih lanjut tentang pekerjaan lelaki itu.

“Allahuakhbar....!!” tidak semena-mena lengan Nazrul ditepuk oleh Puan Hasnah lalu ketawa besar. Encik Zainal juag turut ketawa melihat gelagat isterinya. Terkena mereka sekeluarga. Nazrul dan Haryani turut ketawa melihat gelagat Puan Hasnah itu.

“Terkena kita ye...” Ucap Encik Zainal dengan senyuman penuh makna. Dia tahu kini siapa lelaki yang bernama Nazrul ini dan dia tidak ralat lagi untuk memberi restu kepada lelaki ini untuk memperisterikan anak gadisnya.

“Menantu kita pilot bang!!” Puan Hasnah teruja setelah mendengar pekerjaan sebenar Nazrul.

“Bakal menantu...” Encik Zainal tersenyum membetulkan kata-kata isterinya yang begitu gembira.

“Iyalah... bakal menantu...” ucap Puan Hasnah sambil menjeling tersipu-sipu pada suaminya yang sudah ketawa besar.


© 2014 Suria Shafie, Astaka Seni.

Wednesday, April 09, 2014

249 - Faham ke tak faham?

Aku kira dia faham
tapi rasanya tak faham
tapi macam faham
kalau tak faham
macam mana nak bagi faham?
takkan itupun tak faham?
nak bagi faham macam mana lagi?
cenggitu pon susah nak faham?
apa ke susah sangat nak faham?
ish.. tak faham...tak faham..
sudahnya aku pon tak faham..

faham ke tak faham?



Friday, March 21, 2014

248 - Semakin tenang

Alhamdulillah...

Hati ini semakin tenang.. semakin dapat menerima ketentuan Ilahi. Walaupun ada tikanya ianya diusik akan terasa goyah juga, namun aku akan kembali sedar supaya tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa cuba untuk menggangu ketenangan ini.

Walaupun begitu, aku perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Memang hati ini sudah tenang tapi apa yang akan berlaku memang bukan dalam jangkauan kita kan.. Semula dalam tangan Dia. Kita hamba-Nya yang tidak mengetahui apa yang Dia ketahui..

Segalanya aku redha Ya Rabb.. semoga apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Husnuzon..

Thursday, March 13, 2014

247 - Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna (via Blog AKU ISLAM)


Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar  segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…                                      Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Ya Allah…
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
"Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…"

246 - Masih mencari rentak


Tersentak aku sejenak
menerima kehilangan yang tidak disangka
alam seakan terhenti seketika
begitu kabur dan hening...

Aku cuba bangkit
berlari keluar dari kekaburan itu
berlari meninggalkan saat hening itu
namun kaki ini seolah-olah terbelenggu
ditambat rasa yang tidak terluah

Aku gagahkan diri jua
perlahan-lahan merungkai tali rasa
senak di dada terbuku di jiwa
aku tahu aku perlu kuat
cabaran di hadapan belum tahu apa jadinya
mungkin lebih hebat dari ini

Dan kini
aku masih mencari rentak
moga jalanku tidak goyah
langkahku tidak sumbang
dan mampu mengangkat wajah dengan gah

Ya, aku masih mencari rentak...





Monday, March 10, 2014

245 - Kehilangan

Al-Fatihah...

Masih terkejut dan seperti tidak percaya yang abah sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. tanggal 4 Mac 2014 aku kehilangan abah tersayang.

Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Ameen...

Thursday, February 27, 2014

244 - Sekeping hati ini



















Indah hanya dalam mimpi,

realiti menusuk pedih di hati,
meninggalkan luka bagai terpatri.

Cekal membalut luka kembali,
sambil membilang bilah-bilah hari,

Apakah ada sinar mentari,
di hujung penantian dia berdiri,
menghulur tangan sambil tersenyum menanti dan berkata,
"Takkan kubiarkan dikau keseorangan lagi..."

Wednesday, February 26, 2014

243 - Bukan gurauan

Soal kahwin dua tiga empat bukan gurauan bagi perempuan dan isu itu TABOO bagi perempuan walaupun ianya keluar dari mulut kawan-kawan lelaki.

Memang soal jodoh bukan ketentuan kita tapi bagi aku sangat-sangat tak suka bila ada kawan lelaki yang bercakap begitu. Mungkin tidak bermaksud apa-apa tapi tetap tidak suka didengar.

Maaflah jika aku terlalu sensitif.. tapi itulah diri aku!

Tuesday, February 25, 2014

242 - Istikharahku...

Solat istikharah selalunya dilakukan oleh seseorang yang keliru dalam membuat keputusan. Tapi selalunya terjadi selepas melakukan istikharah, hati semakin jadi keliru. Mengapakah?!

Bercakap tentang istikharah, aku selalu buat especially berkaitan soal hati dan jiwa kacau..hehehe... dan alhamdulillah setiap kali istikharahku disambut ALLAH dengan memberi panduan melalui gerak hati atau kejadian yang akan membuatku dapat membuat keputusan yang tepat. Walaupun petunjuk/petanda yang ALLAH berikan itu memerlukan aku melalui kesedihan, kekecewaan & keperitan hati tapi di akhirnya keputusan itu tepat  & terbaik buat diri aku. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Dan sekarang aku kembali menagih pertolongan dan bantuan dari-Nya berkenaan sesuatu ini. Kali pertama dan kedua aku lakukan istikharah, jawapan yang aku dapat adalah sama. Tapi aku takut sekiranya petanda/petunjuk yang aku dapat hanyalah berdasarkan kecenderungan hati aku. Ini kali ketiga aku cuba untuk mendapatkan petunjuk/petanda dan kepastian dari ALLAH. Sebabnya hati aku neutral sekarang. Tiada kecenderungan pada apa-apa.

Semoga aku mendapat petanda/petunjuk yang tepat kali ini. Ameen....!

p/s Nah, aku kongsikan cara-cara untuk buat solat istikharah untuk panduan kita bersama. :)





Tuesday, February 18, 2014

241 - Berubah

Manusia seringkali takut untuk berubah. Tambah-tambah lagi mereka berada di dalam 'kawasan selamat' mereka. Dan ironisnya, aku adalah salah seorang daripada manusia yang berada dalam situasi itu.

Aku  cuba untuk menerima perubahan ini sekiranya memang begitu perjalanan hidup ini.

Semoga perubahan atau peralihan angin ini walaupun akan bertukar 'kawasan jajahan' memberi sesuatu yang bermakna. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu kan?

Sesungguhnya ALLAH itu perancang terbaik!

Thursday, September 20, 2012

240 - To my future husband

To my future husband... saya TAK NAK barang hantaran beg LV ke, kasut Jimmy Choo ke, Paris Hilton perfume ke... saya nak

* iPad
* samsung galaxy s3
* bola bowling
* wrist positioner a.k.a tangan robocop
* kasut bowling

Tu jer.... boleh??? hahahaha...

MODE SENGAL @_@

239 - 32 | Old | Alone

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah... 19 Sept. datang lagi tiap-tiap tahun. Setiap tahun meningkat usianya.. tapi bagi tuan empunya diri sweet 17 forever!! Ahahahaha...

My wish list sama sajalah tiap-tiap tahun

* seiring dengan lanjutnya usia, semoga semakin barakah hidupku
* moga sentiasa dikurniakan rezeki yang halal
* i want a happy life!
* mau mencari teratak kediaman untuk berteduh (tak mor dok bayar sewa jek)
* mau mencari soul mate (klise kan sbb blom ada...borink!!hehehe...)
* teringin nak jejakkan kaki ke Mekah...hmmmm...

Semoga tercapailah hajatku ini... YA ALLAH..permudahkanlah... aminnn....

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK DIRI SENDIRI...!

Tuesday, September 18, 2012

238 - Stress

STRESSNYER MAK HARI NIE!!!! BANYAK KEJE!!!!

Monday, September 17, 2012

237 - Makan kenduri & open house!

Cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti sempena Hari Malaysia dipenuhi dengan jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka.

Sabtu, bersama dengan Kak Aziah, Kak Faridah, Kak Mai & Miza ke Taman Pinggiran Putra untuk jemputan majlis perkahwinan anak P.M. Dr. Majid Konting. Majlis meriah btol. Makanan pong sedak weh! Siap ada daging black paper. Wallahhh....!!

Lepas tu kami buat gerakan ke open house Kak Peah kat Bangi plak. Dapat la makan spaghetti cabonara... makan dan makan.. tapi tak dapat lah sumbat banyak2 sebab dah makan banyak kat kenduri kahwin tadi. Lepas abis makan, terus buat gerakan pulang.

Ahad, bersama Kak Hus, Kak Faridah & Miza... kami ke open house Prof. Kamariah di Saujana Impian. Tahun nie tak banyak plak gerai-gerai makanan yang selalu Prof. buat. Tapi orang datang tak putus-putus. Menu utama tentu la beriani kambing tapi aku tak leh makan. Makan je la makanan lain. Kotiaw goreng terbaek!! Selepas tu kitaorang ke kenduri Nabila plak di Bukit Ekspo. Kat sini makan siket je sebab lepas tu nak ke Taman Putra Permai plak. Open house rumah Kak Jue supplier fakulti.

Gerakan ke Taman Putra Permai dah lewat. Masing-masing muka memang tak tolok kata orang Nogori...hahahaha.. perut masing-masing dah sendat. Makan pon lebih kurang jek. Untuk amik hati tuan rumah.. aku makan satay, kastard krim puff, jeli kelapa & buah je. Itu pon amik skit-skit. Memang overload!! Balik plak siap dibekalkan dengan tapai pulut. Dowh..! Terima kasih lah tuan rumah....

Isnin, duduk rumah terasa boring sesangat maka bermulalah misi tengok wayang kat The Mines. Keluar awal tapi amik tiket pukul 2 petang punya tayangan. Citer The Resident Evil!! Perghhh... ohsem ahh! Siapa-siapa yang ada sakit jantung dinasihatkan untuk tidak melihatnya sebab part-part awal banyak scene yang takujat-takujat. Tersentak-sentak gak la dibuatnya...hahahahah...but totally i give 4.5 star!! Mila Jovovich so damn hot in this film!!!

Monday, September 10, 2012

236 - Usia

Adakah perbezaan usia akan menjadi penghalang sesebuah hubungan?

Monday, September 03, 2012

235 - Jalan² Raya 2012


Alhamdulillah... dapat juga beraya tahun ini walaupun suasananya agak muram sebab kawan baikku (sepupu) dah kahwin. So dia beraya rumah mak mertua dia tahun nie...owh, sadisss...!

Raya ke-5 aku, sepupu & suami bersama 4 orang anak buah pergi ke Cameron Highlands untuk bercuti. Petang Khamis pergi & petang Jumaat baru turun. Excited giler sebab dah planning dari awal tahun lagi nak ke sini. Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke sini.

Scenery superb.. cuaca tak sesejuk yang disangka. So, nak pakai pakaian nipis pon still slumber lagi.

Banyak jugaklah tempat yang kami pergi. Memang puas hati. Terubat kebosanan raya. Aku kongsikan  bersama gambar-gambar kami di sana untuk tatapan kawan-kawan.








Wednesday, August 15, 2012

234 - Last day!!

Hari nie last day bekerja sebelum cuti beraya...yahoooo!!! Best hoh cuti tapi mood raya still tadek... Ntah kenapa tahun nie langsung tak excited nak sambut raya... Why??? Why???

Tuesday, August 14, 2012

233 - Miss the old days...

Owh... sangat rindukan masa-masa dahulu berforum di MDC (Melayu.COM).

Tadi menggoogle nama sendiri....semua keluar entri-entri zaman tengah aktif berkarya di MDC. Baca semula komen-komen dari forumer MDC buat aku tersengih macam kerang wangi...ahaks...

Ya.... aku rindukan kemesraan geng forumer MDC dolu-dolu..... rindu sangattt....!!!!

232 - Saya kembali ke arena pembloggan (???)

Assalamualaikum ya blogger-blogger semua...

Wahhhhhhhhh..... hampir setahun tidak menconteng di sini. Membawa hati lara gayanya...hehehehe... Alhamdulillah... sudah 'pulih' sepenuhnya hati saya ini. Tapi, masih belum siapa-siapa berjaya menduduki hati ini lagi.

Hari ini Ramadhan hari ke 25. Alhamdulillahhh... masih berkesempatan berpuasa lagi tahun ini. Semoga amalan kita diterima ALLAH TAALA dan mendapat barakah dalam setiap aktiviti yang kita lakukan.

Selamat menjalani ibadah puasa di minggu terakhir ini dengan lebih penuh tawaduk!

Monday, October 24, 2011

Akhir kisah kita

Semuanya dah berakhir... semoga berbahagia.

Tuesday, June 28, 2011

230 - It's been a while...

Sudah sebulan lebih... sejak itu memang aku tidak pernah berjumpa dengannya. Mungkin aku yang cuba melarikan diri atau lebih tepat, menyembunyikan diri dari dia. Tiada apa-apa contact langsung dengan dia.

Aku mahu dia tahu apa yang aku mahu dia tahu. Apa yang aku rasa, aku mahu dia tahu itu. Tapi dia tidak pernah bertanya mengapa.

Masih sukar sebenarnya. Aku cuba.. sedikit demi sedikit... Dan aku akui, aku masih belum melepaskan semua.. selagi dia belum tahu apa yang aku mahu dia tahu.

Thursday, June 16, 2011

229 - Talam dua muka

Sedih bila rasanya dapat kawan yang bermuka-muka.. depan kita baik tak hengat. Kita berpaling je boleh dia buat muka lain. Itulah si talam dua muka. Hmmm... memang dunia dah akhir zaman..

Monday, June 13, 2011

228 - Audit Dalaman

Sekali lagi menjadi juruaudit dalaman FPP. Kali ini 1 persijilan. Semoga semuanya berjalan lancar. To all FPPians... goodluck on internal audit, 13 -16 June 2011.

Kami auditor tetap dan berpencen..huhuhuhu..

Friday, June 10, 2011

227 - Selamat Pengantin Baru Azrin & Alisa


29/5/2011 hari tu sempat la makan kenduri Azrin, 2 pupu aku. Nikahnya hari Khamis (26/5/2011). Kebetulan aku memang bercuti balik kampung.

Sempat la jugak jadik bidan terjun bawak hantaran. Memang la follow rombongan pengantin, tapi tak expect la kena jadik tukang bawak hantaran. Kalu tak, i pakai baju lawa2...hahaha... nie sempoi giler aku. Takper lah... hehehe...




226 - Kami ke Penang!!




Cuti-cuti sekolah nie mulalah planning dengan Kak Min nak berjalan gi mana dengan kaum gerabak. So, decide gi Batu Feringgi Penang. Nak bawak budak-budak gi mandi laut. So, Sabtu (28/5/2011) kami pon bertolak dengan 2 buah kereta. Aku, Kak Min, Kak Lela & anak-anak naik satu kereta. Powad satu family naik kereta dorang.

Seawal jam 8.30 pagi kami dah pergi rumah Powad. Lok lek lok lek... pukul 9 lebih gak gerak. Hmmm... biasalah...hehehe... perjalanan lancar. Cuma banyak kereta je. Almaklumlah cuti sekolah. Sampai Penang dalam 11.30 pagi. Tapi semua ke USM dulu untuk amik Memek Leko. Dia tak balik cuti nie, ada LI (praktikal) kt USM.

Lepas tu barulah kami semua gerak ke pantai Batu Feringgi. Sampai kat pantai jam 12.00 tengahari! Cantik la sangat!! Tengah panas lit-lit orang utara cakap..hehehe... sampai je lepak makan dulu. Dah kebuloq masing-masing. Menu makanan sendiri bawak dari rumah. Jimat..!!


Lepas tu budak-budak mandi tak ingat. Tapi tepi-tepi jak. Pantai tu cam dalam je airnya. Geng-geng dewasa tak bleh main air. Termasuk la aku nie... wrong timing lak time tu. So, sekadar mengawasi budak-budak mandi.




Dorang sangat la happy dapat jalan-jalan & main air.

Balik dari Penang, masing-masing excited nak naik feri. Bawak la dorang nie naik feri. Punyalah kagum dengan 'kebesaran' feri tu..hehehe... paling dorang seronok bila dah naik feri, bleh turun dari kereta & jalan-jalan atas feri.


Time atas feri nie, matahari dah nak terbenam. View yang sangat chantek! Aku kongsikan antara snap-snap yang menarik waktu ini untuk tatapan korang.



Yang kat bawah nie plak view matahari terbenam kat area R&R Pagan Ajam. Sangat chantek jugak!


Akhirnya kami selamat sampai di rumah jam 11.00 malam. Hmmm... berjalan sakan. Kulit pon kelam sakan tapi tak la sampai mengelupas. Tapi, huduh la gak...huhuhu...




225 - Mencipta alasan

Akhirnya orang yang itu sudah meluahkan apa sebenarnya dia mahu padaku. Ya, dia memang ingin menjalinkan hubungan istimewa denganku. Hah! Penat seh untuk mengulangi kisah yang sama dengan orang yang mempunyai masalah yang sama. Walaupun kali ini jika aku menerima hasrat hati orang itu insyaallah semuanya akan 'berjalan lancar'. Tapi bagi aku untuk bersama dengan orang itu, hatiku keberatan. Tidak seperti dia yang sebelum ini.

Alasan yang kuberi, 'aku sudah ada orang yang aku suka.' Memang benar, memang aku sudah ada orang yang aku suka. Tapi, dia yang tak suka pada aku sepertimana yang aku suka. Semuanya berlaku selepas peristiwa yang menyedihkan itu. Aku tak berbohong dengan orang itu. Itu yang aku rasa.

Maaflah... hati dan otak aku tak mampu untuk menanggung bersama-sama masalah masa silam kamu. Cukup penat untuk sama-sama memahami masalah silam kamu. Bosan sebenarnya.. asyik dihampiri oleh kamu-kamu yang mempunyai masalah yang sama.

Mungkin ada perempuan yang lebih baik dari aku untuk kamu. Bagi aku pula, mungkin ALLAH mahukan lelaki yang lebih baik untukku. Sama-samalah kita mencarinya.

Monday, May 23, 2011

224 - TAK PERLU & TAK NAK!!

Genap seminggu peristiwa haru biru tu berlaku, aku dihubungi oleh dia. Tak sengaja menjawab panggilan telefon. Tup-tup terdengar suara dia di sebelah sana. Hmmm... terkedu la sekejap aku! Last-last malas nak memanjangkan cerita, layan je la dia bercakap. Thru phone, tak perlu nak berjumpa-jumpa. Ok lah...!

Sukar nak diceritakan apa perasaan aku tika ini. Yang pasti aku berpura-pura semua ok sebab aku tak bertentang mata dengan dia. Dengan kata lain, sejak kes tu aku memang tak berjumpa dengan dia lagi. Dia memang nak berjumpa, aku yang tak nak dan aku rasa TAK PERLU!

Bagilah apa saja alasan untuk berjumpa dengan aku, pasti jawapan aku tetap sama. TAK PERLU! Buat apa nak berjumpa lagi kalau segala apa yang kau rasa sudah aku tahu walaupun bukan dari mulut kau sendiri. Semua itu cukup melukakan! Untuk berjumpa dan menatap muka orang yang melukakan hati aku, aku memang TAK PERLU berbuat begitu. tambah-tambah lagi jika ianya hanya akan mengingatkan aku pada kata-kata yang diluahkan pada kawan aku tu.

Itu cerita Jumaat lepas, semalam Ahad pula lain ceritanya. Aku didatangi sms dari seorang kenalan yang aku anggap tak lebih dari rakan sekerja. Tapi berlainan jabatan. Permulaannya sama seperti cerita dia yang melukakan hati aku nie. Aku memang sudah serik dengan jalan cerita yang sebegini. Aku muak, aku penat, aku fed-up, aku tak nak & aku tak mahu terlibat lagi dalam kes-kes 'masalah rumahtangga' orang lain.

Aku tak mahu jadi pendengar ke... jadik tukang kaunselor tak bertauliah untuk kes-kes rumahtangga nie. Dah serik sangat!!! Carilah orang lain yang boleh dengar masalah rumahtangga korang (esp. lelaki). Korang lelaki-lelaki, carilah kawan-kawan yang sama lelaki untuk cerita pasal masalah rumahtangga korang. Jangan nak cari aku! Aku tak mahu tahu apa masalah korang, masalah orang rumah korang, masalah anak-anak korang, masalah mak pak mentua korang, ipar duai korang. Semua tu aku tak mahu tahu!!

Just leave me alone!!!!!!!!!!!!!!!!!

I'm too tired now.....

Monday, May 16, 2011

223 - Tegakah kamu?

Sebagai seorang sahabat, tegakah kamu membina kebahagiaan di atas kehancuran perasaan sahabatmu??

Saturday, May 14, 2011

222 - Semua persoalan telah terjawab

Bagaimana harus aku mulakan bicara ini?

3 malam aku buat solat hajat & solat istikharah. Mohon petunjuk dari ALLAH dengan amat sangat. Alhamdulillah, semalam terjawab sudah segalanya. Memang perhubungan itu tidak patut aku pertahankan. Bukan dia yang patut aku harapkan.

Dengan kawan baik aku sendiri dia mencuba. Aku nie apa? Spare part dia? Bila kena reject dengan orang baru datang balik pada aku? Kau ingat apa nie apa? Please la... apa yang kau buat pada aku, adalah sesuatu yang tidak dapat aku terima & maafkan.

Teman tapi mesra? Itu yang dia cakap pada kawan aku tu? Huh.. selama nie kita nie hanya teman tapi mesra? Itu pun setelah aku push kau... paksa kau cakap yang sebenarnya. Sampai hati kau buat aku macam nie. Kenapa kau buat aku macam nie???

Beb, you are too much...!! too much...!!!

Wednesday, May 11, 2011

221 - Pada-Mu aku bersujud

Ya ALLAH... moga hajat & istikharahku mendapat perkenan Mu...
Ya Rabb... moga tunjukkan aku jalan & kebenaran..
Mohon amat sangat...

Tuesday, May 10, 2011

220 - Seiring waktu

Seiring waktu
kisah kita semakin hambar
aku tahu dan kau juga tahu
kisah kita tiada perhentian
kerna permulaannya
tiada siapapun tahu

Seiring waktu
kurasa kau semakin berbeza
tiada kemesraan
tiada keserasian
tiada kenangan
yang meninggalkan kesan
mengapa?

Seiring waktu
haluan kita bersimpang
kau ke barat
aku ke timur
namunku masih menoleh
mengharapkan kau menurutiku

Seiring waktu
jika itu pilihanmu
jika ini takdirku
aku bisa menerima
aku tidak menolak
ketentuan Ilahi


219 - Jangan buang t*** kat tempat anda mencari rezeki!

2 bulan yang lalu aku pernah berurusan dengan seseorang nie berkenaan pelawaan sebutharga kat ofis nie. Mula-mula okey je dia nie. Tambahan plak dengan 'emel sokongan' yang penuh syahdu menceritakan kesengsaraannya untuk meneruskan hidup sampai cakap nak beli susu anak pon tak cukup duit. Memang kesian arr bila baca emel dia nie.

Aku pon cuba la bagi peluang kat dia untuk menawarkan harga yang terbaik untuk supply barang kat sini. Tapi nak buat macam mana kalau harga yang dia tawarkan tidak kompetitif dgn harga yang syarikat lain tawarkan.

Mungkin bengang & lebih tepat KECEWA tak dapat sale, maka dilempiaskan kemarahan itu pada bos aku dan siap kutuk-kutuk lagi bos aku tu dalam emel. Maka dipendekkan cerita bila bos aku dapat emel yang mengutuk dia terang-terang... malas la dia nak melayan pe'el orang yang macam tu. Aku pon malas nak layan. dari kesian, langsung aku rasa bengang gak la...

Itu citer 2 bulan yang lalu, hari ini aku dapat lagi emel dari dia nie & mintak maaf serta minta diberi peluang untuk buat sale kt sini. Aku gelak je bila baca emel dia nie. Kalau lah bos aku tau yang dia nie kembali menagih sale kt sini... konfem gelak besar dia.

Itu lah... jangan buang hampas kat tempat ko carik rezeki. memang la bumi ALLAH nie luas, kat mana-mana boleh carik rezeki tapi kadang-kadang tempat yang ko buang hampas tu la.. yg akan bantu ko bila ko susah & perlukan bantuan.

SUBHANALLAH....

Thursday, May 05, 2011

218 - Aku plak yang trauma

Dah 2 malam tak berapa lena tido. Ini semua gara-gara rumah atas kena pecah masuk subuh Selasa lepas. Memang la aku terdengar orang menjerit. Tapi ujung-ujung telinga je la dengarnya. Ingatkan orang mengigau. Rupanya ada perampok...

So, start Rabu tu kitaorang rumah bawah mula la selak pintu sampai 4. Tombol pintu lagi. pastu kat luar ada lagi grill. Kalau ada yang dapat pecah masuk jugak mmg terer arr...

Dah 2 malam mimpi orang nak pecah masuk rumah. Bilik aku lak ada tingkap. Dok mimpi nampak bayang orang kat tingkap & ketuk-ketuk nak masuk. Hmmm... aku plak yang lebih-lebih trauma. Tapi memang risau sangat.. tido pon siap kunci pintu bilik. Manalah tau kan... malang tak berbau... huhuhu...

Tuesday, May 03, 2011

217 - Cuti Hari Pekerja

Cuti 3 hari tapi aku tak balik kampung. Lepak kt Serdang je... Ringkasan cuti 3 hari aku...

Sabtu
Ganti Ijoi jaga exam kt Dewan Besar. kena jaga dari pukul 11 - 1 tengahari. At least, terisi jugak masa cuti2 nie.. hehehe... Abis jaga exam, lepak kt ofis jap. Layan Maharaja Lawak kt Youtube! Abis layan Maharaja Lawak, terus balik rumah.

Ahad
Dapat sms dari Kucai. tak perasan plak dia sms aku. dah sejam lebih baru aku balas. Rupanya dia ajak kuar gi Jusco. Aku memang plan nak gi Jusco tapi lepas Zohor. Dia plak dari 11 lebih dah lepak sana dengan anak-anak dia.

Sampai Jusco dah dekat kol 2 ptg. Aku text Kucai. Ropanya dia dah masuk tengok wayang dengan anak-anak dia. Apadaaa... bukannya nak tunggu aku. Tgk citer THOR plak tu... sabor je la. Dah dia tengok wayang, aku pi la jalan sorang2. Tengok VINCCI ada sale!! 50% tu sempena Hari Pekerja. So, apa lagi... sambar 1 kasut ala2 terompah. i loike..!!!

Pas tu pegi la pusing2 abiskan masa. masa tengah lepak kt Popular, baru la pakcik nie sms tanya aku kt mana. Dia datang dengan anak-anak dia. Dok tak lama lepas tu dah kata nak balik. Lorhh... apa daaa... baik tak yah jumpa kalau camtu.

Aku paksa dia pusing2 jap kt Jusco sebelum balik.. muehehehe...

Isnin
Disebabkan rasa tak puas hati orang yang ngajak aku tengok THOR dah pi tengok dulu, maka dengan semangat berkobar2 bangun pagi nie, lepas sarapan aku terus gerak gi Mines untuk melihat muvi ini. Check-in kol 12.10... perghhh... best gilak ini citer. tak rasa boring langsung sepanjang cerita. Tau2 dah abish... hehe.. Rugi sapa tak tengok citer nie.

Lepas nie aku menunggu muvi lanun lak.. Kapitan Jack Sparrow..!!

Wednesday, April 27, 2011

216 - Sangap.....

Kesangapan lantaran tak dpt tido malam semalam.. berperang dgn nyamuk sampai kol 4 pagi... huarghhhh.... soooooooo sleepy.... *sigh

Tuesday, April 26, 2011

215 - Hari yang penuh ketensenan

Aku sms dia mintak lunaskan pinjaman dia pada aku yang sudah lama tertunggak. Dia janji nak bank-in tengahari. Ayat poyo giler... tp ampeh jer... sampai ke petang aku tunggu. Habuk pon tarak.

Kalau dah jadik tabiat susah nak tepati janji bab duit muit nie.. janjilah setinggi gunung... sebesar kuman pon aku tak percaya kat ko!!

214 - BENGONG..!!

Statement yang cukup aku hangin dari kelompok orang dari salah satu jabatan kat ofis aku nie adalah, 'TAK NAK BERTANGGUNGJAWAB"... what the ****!!!

Sikit2 cakap tak nak bertanggungjawab.. minta sain... tak nak bertanggungjawab... minta buat tu... tak nak bertanggungjawab.. apa punya bangang!!!

Friday, April 22, 2011

213 - MENGAPA

kejap dia ok, kejap dia tak ok

kejap dia mesra, kejap dia jadi dingin

kejap dia dekat, kejap dia begitu jauh

hah..!! sukarnya memahami dirimu...

Thursday, September 23, 2010

212 - Sekali lagi...

Tak mampu bersuara apa lagi. Dalam masa setahun, aku kembali jatuh terduduk. Sekali lagi hati terluka. Apa kesudahannya padaku?

Berakhirnya cerita kita. Baru berputik, belum sempat berbunga. Kau pergi tinggalkan diriku sendiri. Moga berbahagia dengan pilihan keluargamu.

Aku di sini sedang merawat luka...

Monday, September 20, 2010

211 - Hari Raya vs Hari Lahir

Salam...

Alhamdulillah, dah selamat menyambut lebaran. Dah selamat pulang kembali ke serdang. Dah selamat menyambut hari lahir sorang2 tahun nie. Thanks to Misa sebab menceriakan hariku semalam sebab belanja makan KFC kt Jusco balakong..hehe... thanks friend!

Tuesday, August 31, 2010

210 - Salam MERDEKA ke 53!

Salam petang merdeka!!!

Cuti-cuti merdeka aku lepak kt ofis. Ada job printing sket... bleh arr tambah duit raya kan.. tp problem jer keje-keje printing kali nie. Guna printer Canon PIXMA.. ink tak lawo... tak sharp bila printing... cair giler & blur je... huh, tp org tu yg kasik printer nie, guna je la. Aku sendiri tak puas hati dgn hasilnya. Selalu aku guna brand HP. Memang puas hati...

Blasah je la kan... nie bajet punya job. Buat la dengan apa yang ada. Sumber terhad... almaklumlah, semua kena cut budget! Alahai.... sabor je la.. so lepas nie kalu dorg komplen tak lawo, aku just cakap, "Bajet 'tak cun', so, end product pon 'tak comei' arr..."

Hik..hik..hik..

Wednesday, August 25, 2010

209 - Ramadhan datang lagi...

salam 15 ramadhan... alhamdulillah setakat ini puasa masih penuh. hope2 tahun nie penuh la puasa..hehehe..

dah lama tak berblog... tetiba teringin nak bercerita di sini. actually tak ada yang menarik sangat pon dalam kehidupan aku sekarang. cuma menanti keputusan muktamad dari seseorang. penantian itu sungguh menyeksakan..?

aku atau dia? mungkin aku... mungkin juga dia... entah, tak berani nak fikirkan sangat. kalau dia pilih aku, alhamdulillah... tapi jika dia yang dipilih, tahniah & semoga berbahagia aku ucapkan.

tak ada perasaan yang teruja kerana takut lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. apa-apa pun sekarang hanya mampu menunggu kata putus darinya.

bak kata orang tua-tua... andai ada jodoh, takkan ke mana...

Tuesday, February 09, 2010

208 - haru biru hujung minggu

Salam....

Weh lamanya tak update blog...sejak dok giler dgn fesbuk, tak selalu menjenguk ke blog. Sian blogku... ditinggalkan...hehehe..

Last week (31 Jan) Kak min call aku soh balik kg sbb nak memujuk abah & mak gi spital. Aku dah penin sebab plan nak balik cuti raya cina. Bleh balik lama sket. So, nak tak nak... aku bergegas balik ke kg sebab kaki abah bengkak. Bertolak dalam kol 1 & dlm pukul 6 baru sampai kg. Jalan clear... saja aku bawak slow2. Apa yg nak dikejarkan...

Malamnya aku dgn abang pakat bawak abah gi spital kat bahagian kecemasan. Seperti yang dijangkakan abah kena tahan. So, kena tido kat wad la. Seumur idop dia, mana pernah tido kt wad. Jadik sejarah la tu...hehehe... tu arrr.. org dah kata pi spital awal2... tak nak. Dah melarat camnie, konfem arr kena tahan.

Abah kena tahan sampai 3 malam. Hari Selasa lak aku kena mengikut abah ke spital taiping buat scanning kakinya yg bengkak tu. Huh... sejarah bagi aku plak naik ambulans gi spital taiping. Perjalanan dari Grik ke sana dlm 1 jam setengah. Menunggu nak discan dalam sejam. Padahal bila scan, tak sampai 5 minit... ceh!! Tapi alhamdulillah, kaki abah ok. Takde apa2 cuma bengkak dia sebabkan saraf & infection je.. so, boleh balik hari tu jugak.

Rabu pagi abah dah discharge tapi mak plak yang kena tahan wad sebab paras gula dalam darah dia tinggi sangat. Aku yang baru lega sebab abah dah discharge... mula rasa down sangat. Adei... bersilih ganti masuk wad. Cam pas baton je...huhuhu... malam tu aku la plak teman mak kat spital, tido di wad. Aku dah biasa tido kat wad jaga mak...

Esoknya mak dah boleh keluar. Paras gula dah ok cuma kena betul2 jaga pemakanan. Jenuh la sister tu dok kasik ceramah kat mak. Dengan aku2 skali kena dengar.

Adei... memang haru biru dibuatnya aku & family.... dugaannya....

Sunday, December 13, 2009

207 - lewat musim itu


musim itu kelewati
biar pedih berdarah
namun langkah tetap kuhayun
kutinggalkan kenangan pahit
ditipu olehnya setiap masa
amat perit
sungguh tidak kusangka
aku pergi tanpa sebarang kata
tiada ucapan selamat tinggal
kubiarkan dia
kerna hati ini amat sakit
tiada kesalan
tiada rasa di jiwa
sungguh aku katakan
aku tidak pernah menyesal
meninggalkan dia
malah aku bersyukur
ALLAH sentiasa bersamaku