teduhan dikala langit menangis, di situ kumelakar setiap memori di awan putih lalu membiarkan ia direnggut bayu menghembus...
Thursday, April 10, 2014
250 - CERPEN : SAYA KERJA DRIVER SAJA
Wednesday, April 09, 2014
249 - Faham ke tak faham?
tapi rasanya tak faham
tapi macam faham
kalau tak faham
macam mana nak bagi faham?
takkan itupun tak faham?
nak bagi faham macam mana lagi?
cenggitu pon susah nak faham?
apa ke susah sangat nak faham?
ish.. tak faham...tak faham..
sudahnya aku pon tak faham..
faham ke tak faham?
Friday, March 21, 2014
248 - Semakin tenang
Hati ini semakin tenang.. semakin dapat menerima ketentuan Ilahi. Walaupun ada tikanya ianya diusik akan terasa goyah juga, namun aku akan kembali sedar supaya tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa cuba untuk menggangu ketenangan ini.
Walaupun begitu, aku perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Memang hati ini sudah tenang tapi apa yang akan berlaku memang bukan dalam jangkauan kita kan.. Semula dalam tangan Dia. Kita hamba-Nya yang tidak mengetahui apa yang Dia ketahui..
Segalanya aku redha Ya Rabb.. semoga apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Husnuzon..
Thursday, March 13, 2014
247 - Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna (via Blog AKU ISLAM)
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya… Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
"Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…"
246 - Masih mencari rentak
Monday, March 10, 2014
245 - Kehilangan
Masih terkejut dan seperti tidak percaya yang abah sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. tanggal 4 Mac 2014 aku kehilangan abah tersayang.
Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Ameen...
Thursday, February 27, 2014
244 - Sekeping hati ini

Wednesday, February 26, 2014
243 - Bukan gurauan
Memang soal jodoh bukan ketentuan kita tapi bagi aku sangat-sangat tak suka bila ada kawan lelaki yang bercakap begitu. Mungkin tidak bermaksud apa-apa tapi tetap tidak suka didengar.
Maaflah jika aku terlalu sensitif.. tapi itulah diri aku!
Tuesday, February 25, 2014
242 - Istikharahku...
Bercakap tentang istikharah, aku selalu buat especially berkaitan soal hati dan jiwa kacau..hehehe... dan alhamdulillah setiap kali istikharahku disambut ALLAH dengan memberi panduan melalui gerak hati atau kejadian yang akan membuatku dapat membuat keputusan yang tepat. Walaupun petunjuk/petanda yang ALLAH berikan itu memerlukan aku melalui kesedihan, kekecewaan & keperitan hati tapi di akhirnya keputusan itu tepat & terbaik buat diri aku. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Dan sekarang aku kembali menagih pertolongan dan bantuan dari-Nya berkenaan sesuatu ini. Kali pertama dan kedua aku lakukan istikharah, jawapan yang aku dapat adalah sama. Tapi aku takut sekiranya petanda/petunjuk yang aku dapat hanyalah berdasarkan kecenderungan hati aku. Ini kali ketiga aku cuba untuk mendapatkan petunjuk/petanda dan kepastian dari ALLAH. Sebabnya hati aku neutral sekarang. Tiada kecenderungan pada apa-apa.
Semoga aku mendapat petanda/petunjuk yang tepat kali ini. Ameen....!
p/s Nah, aku kongsikan cara-cara untuk buat solat istikharah untuk panduan kita bersama. :)
Tuesday, February 18, 2014
241 - Berubah
Aku cuba untuk menerima perubahan ini sekiranya memang begitu perjalanan hidup ini.
Semoga perubahan atau peralihan angin ini walaupun akan bertukar 'kawasan jajahan' memberi sesuatu yang bermakna. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu kan?
Sesungguhnya ALLAH itu perancang terbaik!
Thursday, September 20, 2012
240 - To my future husband
* iPad
* samsung galaxy s3
* bola bowling
* kasut bowling
Tu jer.... boleh??? hahahaha...
MODE SENGAL @_@
239 - 32 | Old | Alone
Alhamdulillah... 19 Sept. datang lagi tiap-tiap tahun. Setiap tahun meningkat usianya.. tapi bagi tuan empunya diri sweet 17 forever!! Ahahahaha...
My wish list sama sajalah tiap-tiap tahun
* seiring dengan lanjutnya usia, semoga semakin barakah hidupku
* moga sentiasa dikurniakan rezeki yang halal
* i want a happy life!
* mau mencari teratak kediaman untuk berteduh (tak mor dok bayar sewa jek)
* mau mencari soul mate (klise kan sbb blom ada...borink!!hehehe...)
* teringin nak jejakkan kaki ke Mekah...hmmmm...
Semoga tercapailah hajatku ini... YA ALLAH..permudahkanlah... aminnn....
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK DIRI SENDIRI...!
Tuesday, September 18, 2012
Monday, September 17, 2012
237 - Makan kenduri & open house!
Sabtu, bersama dengan Kak Aziah, Kak Faridah, Kak Mai & Miza ke Taman Pinggiran Putra untuk jemputan majlis perkahwinan anak P.M. Dr. Majid Konting. Majlis meriah btol. Makanan pong sedak weh! Siap ada daging black paper. Wallahhh....!!
Lepas tu kami buat gerakan ke open house Kak Peah kat Bangi plak. Dapat la makan spaghetti cabonara... makan dan makan.. tapi tak dapat lah sumbat banyak2 sebab dah makan banyak kat kenduri kahwin tadi. Lepas abis makan, terus buat gerakan pulang.
Ahad, bersama Kak Hus, Kak Faridah & Miza... kami ke open house Prof. Kamariah di Saujana Impian. Tahun nie tak banyak plak gerai-gerai makanan yang selalu Prof. buat. Tapi orang datang tak putus-putus. Menu utama tentu la beriani kambing tapi aku tak leh makan. Makan je la makanan lain. Kotiaw goreng terbaek!! Selepas tu kitaorang ke kenduri Nabila plak di Bukit Ekspo. Kat sini makan siket je sebab lepas tu nak ke Taman Putra Permai plak. Open house rumah Kak Jue supplier fakulti.
Gerakan ke Taman Putra Permai dah lewat. Masing-masing muka memang tak tolok kata orang Nogori...hahahaha.. perut masing-masing dah sendat. Makan pon lebih kurang jek. Untuk amik hati tuan rumah.. aku makan satay, kastard krim puff, jeli kelapa & buah je. Itu pon amik skit-skit. Memang overload!! Balik plak siap dibekalkan dengan tapai pulut. Dowh..! Terima kasih lah tuan rumah....
Isnin, duduk rumah terasa boring sesangat maka bermulalah misi tengok wayang kat The Mines. Keluar awal tapi amik tiket pukul 2 petang punya tayangan. Citer The Resident Evil!! Perghhh... ohsem ahh! Siapa-siapa yang ada sakit jantung dinasihatkan untuk tidak melihatnya sebab part-part awal banyak scene yang takujat-takujat. Tersentak-sentak gak la dibuatnya...hahahahah...but totally i give 4.5 star!! Mila Jovovich so damn hot in this film!!!
Monday, September 10, 2012
Monday, September 03, 2012
235 - Jalan² Raya 2012
Alhamdulillah... dapat juga beraya tahun ini walaupun suasananya agak muram sebab kawan baikku (sepupu) dah kahwin. So dia beraya rumah mak mertua dia tahun nie...owh, sadisss...!
Raya ke-5 aku, sepupu & suami bersama 4 orang anak buah pergi ke Cameron Highlands untuk bercuti. Petang Khamis pergi & petang Jumaat baru turun. Excited giler sebab dah planning dari awal tahun lagi nak ke sini. Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke sini.
Scenery superb.. cuaca tak sesejuk yang disangka. So, nak pakai pakaian nipis pon still slumber lagi.
Banyak jugaklah tempat yang kami pergi. Memang puas hati. Terubat kebosanan raya. Aku kongsikan bersama gambar-gambar kami di sana untuk tatapan kawan-kawan.
Wednesday, August 15, 2012
234 - Last day!!
Tuesday, August 14, 2012
233 - Miss the old days...
Tadi menggoogle nama sendiri....semua keluar entri-entri zaman tengah aktif berkarya di MDC. Baca semula komen-komen dari forumer MDC buat aku tersengih macam kerang wangi...ahaks...
Ya.... aku rindukan kemesraan geng forumer MDC dolu-dolu..... rindu sangattt....!!!!
232 - Saya kembali ke arena pembloggan (???)
Wahhhhhhhhh..... hampir setahun tidak menconteng di sini. Membawa hati lara gayanya...hehehehe... Alhamdulillah... sudah 'pulih' sepenuhnya hati saya ini. Tapi, masih belum siapa-siapa berjaya menduduki hati ini lagi.
Hari ini Ramadhan hari ke 25. Alhamdulillahhh... masih berkesempatan berpuasa lagi tahun ini. Semoga amalan kita diterima ALLAH TAALA dan mendapat barakah dalam setiap aktiviti yang kita lakukan.
Selamat menjalani ibadah puasa di minggu terakhir ini dengan lebih penuh tawaduk!
Monday, October 24, 2011
Tuesday, June 28, 2011
230 - It's been a while...
Thursday, June 16, 2011
229 - Talam dua muka
Monday, June 13, 2011
228 - Audit Dalaman

Friday, June 10, 2011
227 - Selamat Pengantin Baru Azrin & Alisa
226 - Kami ke Penang!!
225 - Mencipta alasan
Monday, May 23, 2011
224 - TAK PERLU & TAK NAK!!
Monday, May 16, 2011
223 - Tegakah kamu?
Saturday, May 14, 2011
222 - Semua persoalan telah terjawab
Wednesday, May 11, 2011
221 - Pada-Mu aku bersujud
Tuesday, May 10, 2011
220 - Seiring waktu
219 - Jangan buang t*** kat tempat anda mencari rezeki!
Thursday, May 05, 2011
218 - Aku plak yang trauma
Tuesday, May 03, 2011
217 - Cuti Hari Pekerja
Wednesday, April 27, 2011
216 - Sangap.....
Tuesday, April 26, 2011
215 - Hari yang penuh ketensenan
214 - BENGONG..!!
Friday, April 22, 2011
213 - MENGAPA
Thursday, September 23, 2010
212 - Sekali lagi...
Berakhirnya cerita kita. Baru berputik, belum sempat berbunga. Kau pergi tinggalkan diriku sendiri. Moga berbahagia dengan pilihan keluargamu.
Aku di sini sedang merawat luka...
Monday, September 20, 2010
211 - Hari Raya vs Hari Lahir
Tuesday, August 31, 2010
210 - Salam MERDEKA ke 53!
Wednesday, August 25, 2010
209 - Ramadhan datang lagi...
dah lama tak berblog... tetiba teringin nak bercerita di sini. actually tak ada yang menarik sangat pon dalam kehidupan aku sekarang. cuma menanti keputusan muktamad dari seseorang. penantian itu sungguh menyeksakan..?
aku atau dia? mungkin aku... mungkin juga dia... entah, tak berani nak fikirkan sangat. kalau dia pilih aku, alhamdulillah... tapi jika dia yang dipilih, tahniah & semoga berbahagia aku ucapkan.
tak ada perasaan yang teruja kerana takut lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. apa-apa pun sekarang hanya mampu menunggu kata putus darinya.
bak kata orang tua-tua... andai ada jodoh, takkan ke mana...
Tuesday, February 09, 2010
208 - haru biru hujung minggu
Weh lamanya tak update blog...sejak dok giler dgn fesbuk, tak selalu menjenguk ke blog. Sian blogku... ditinggalkan...hehehe..
Last week (31 Jan) Kak min call aku soh balik kg sbb nak memujuk abah & mak gi spital. Aku dah penin sebab plan nak balik cuti raya cina. Bleh balik lama sket. So, nak tak nak... aku bergegas balik ke kg sebab kaki abah bengkak. Bertolak dalam kol 1 & dlm pukul 6 baru sampai kg. Jalan clear... saja aku bawak slow2. Apa yg nak dikejarkan...
Malamnya aku dgn abang pakat bawak abah gi spital kat bahagian kecemasan. Seperti yang dijangkakan abah kena tahan. So, kena tido kat wad la. Seumur idop dia, mana pernah tido kt wad. Jadik sejarah la tu...hehehe... tu arrr.. org dah kata pi spital awal2... tak nak. Dah melarat camnie, konfem arr kena tahan.
Abah kena tahan sampai 3 malam. Hari Selasa lak aku kena mengikut abah ke spital taiping buat scanning kakinya yg bengkak tu. Huh... sejarah bagi aku plak naik ambulans gi spital taiping. Perjalanan dari Grik ke sana dlm 1 jam setengah. Menunggu nak discan dalam sejam. Padahal bila scan, tak sampai 5 minit... ceh!! Tapi alhamdulillah, kaki abah ok. Takde apa2 cuma bengkak dia sebabkan saraf & infection je.. so, boleh balik hari tu jugak.
Rabu pagi abah dah discharge tapi mak plak yang kena tahan wad sebab paras gula dalam darah dia tinggi sangat. Aku yang baru lega sebab abah dah discharge... mula rasa down sangat. Adei... bersilih ganti masuk wad. Cam pas baton je...huhuhu... malam tu aku la plak teman mak kat spital, tido di wad. Aku dah biasa tido kat wad jaga mak...
Esoknya mak dah boleh keluar. Paras gula dah ok cuma kena betul2 jaga pemakanan. Jenuh la sister tu dok kasik ceramah kat mak. Dengan aku2 skali kena dengar.
Adei... memang haru biru dibuatnya aku & family.... dugaannya....
Sunday, December 13, 2009
207 - lewat musim itu

Saturday, August 22, 2009
Thursday, August 06, 2009
205 - SETEM MOVIE
Semalam gi layan citer SETEM nie... mula2 masuk panggung, tak ramai orang. Ginilah nasib citer Melayu. Walau aku jarang layan wayang, tapi disebabkan semalam boring giler, aku pegi gak la menengok citer nie sebab Afdlin berlakon... hahahaha...
Apa yang boleh aku komen, citer nie dari mula sampai akhir asyik gelak je... so far bagi aku memang best la citer nie... layan...hehehhe...cakap banyak pon tak guna, apa kata korang pi la tengok citer nie... tak rugi...hehehehhe...
p/s Teringat dialog Joe (Afdlin) & Sid (Rashidi) kat press conference setem.... just don't be late jadik Justin Timberlake... hahahaha...
see the trailer > http://www.youtube.com/watch?v=Xkz6ktxARSM
Saturday, August 01, 2009
204 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Selamat ulang tahun kelahiran dik! Kamu sentiasa di dalam doaku...
Semalam hari terakhir Amad (pembantu aku) bersama-sama kami di sini. Emosi betul aku semalam. Aku menangis sebab dia akan pergi dan tidak akan lagi bekerja bersama-sama kami di sini. Seorang pekerja yang betul-betul komited! Aku amat kehilangan dia. Tak mengapalah. Dia ambil keputusan begitu kerana keluarga. It's ok Amad, jagalah famili baik-baik... hope jangan lupa kami di sini. Semoga sukses kerja di tempat baru.
Sunday, July 12, 2009
203 - Pabila kebiasaan sudah tidak menjadi kebiasaan...
Alhamdulillah... aku semakin tenang atau lebih tepat dapat menerima hakikat. Mungkin sebab aku dah lepaskan apa yang patut aku lepaskan awal-awal dulu lagi. Dulu... waktu di awal-awal dulu, aku takut nak lepaskan mungkin kerana aku takut kehilangan segala-galanya. Aku takut semua yang sudah menjadi kebiasaan bagiku hampir setahun yang lalu, hilang dan terhenti secara tiba-tiba. Mana mungkin aku dapat menerimanya secara tiba-tiba begitu.. tak mungkin...
Namun setelah beberapa ketika dan melalui tempoh bertenang... akhirnya aku berjaya juga mengharungi saat-saat sukar itu. Alhamdulillah... aku semakin realistik..
Syukur pada ALLAH kerana mendengar doaku... jiwa semakin tenang.. kekadang diterjah juga gelora namun aku cepat-cepat sedar yang aku perlu berpijak di bumi yang nyata. Dia adalah kenangan terindah buatku... buat pertama kalinya...
Walau tidur malamku sering dijenguk oleh mimpi-mimpinya... itu tidak lebih dari kenangan lalu... walau isthiqarahku, wajahnya yang menjelma dalam tidurku... tidak pernah kutaruhkan harapan. Biarlah masa yang menentukan...
Kini hidupku memang sepi... amat sunyi.... tiada lagi mesej-mesej kuterima... telefonku sudah tidak berdering...tiada lagi kejutan-kejutan istimewa... memang amat sepi sekali... apabila kebiasaan sudah tidak lagi menjadi kebiasaan...
Monday, July 06, 2009
Sunday, June 21, 2009
201 - Kembali ke paras normal
Macam2 yang berlaku buat aku byk sangat berfikir sampai kadang2 sakit kepala dibuatnya. Impian yang diharap boleh direalisasikan, mimpi yang juga digarap boleh menjadi kenyataan dan perasaan yang bisa menenangkan jiwa yang selalu keresahan... semuanya belum boleh disatukan. Bila boleh bersatu? Aku tiada jawapan...
Semakin usia berlalu, semakin terasa mendesak (atau terdesak?). Sering tertanya-tanya, bila dan bila..? Aku sendiri pon tak tahu... jika ikut hati, memanglah siapa yang tak mahu hidup bahagia... settle down semua... tapi jika belum sampai masanya, apalah daya aku sebagai insan biasa yang tiada 'superpower'... hehehehe...
Kembali berada di paras normal seperti sekarang, satu-satunya harapan aku terpaksa aku lepaskan dan korbankan. Mungkin bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat tapi apa yang aku lalui sebelum itu cukup untuk meninggalkan satu kenangan yang terindah buatku untuk pertama kalinya..
Bisa aku mengulanginya? Entah.... aku tiada jawapan...
Apa yang aku harapkan, andai tiba hari itu nanti... aku harap aku masih tetap berada di paras normal seperti sekarang...
Friday, May 22, 2009
200 - Aku mohon dengan amat sangat
Monday, May 18, 2009
199 - Kurelakan...
Thursday, May 14, 2009
198 - Pergi
Tuesday, May 12, 2009
Monday, April 20, 2009
196 - Berubah...
tapi bukan perubahan itu
aku tidak mahu dia berubah
tapi bukan itu hakikatnya
dia sudah berubah..
ya... berubah dengan begitu ketara sekali
wajahku sudah tidak mahu dipandang lagi
suaraku sudah tidak mahu didengari lagi
bait bicaraku sudah tidak mahu ditatap lagi
sedih... aku amat sedih...
pilu... aku amat pilu...
sebak hati menahan kepedihan
aku keseorangan di denai sunyi
hati... tabahlah...
jiwa... kuatlah...
perasaan... sedarlah...
dia semakin menghilang dari gapaianmu...
Saturday, March 28, 2009
195 - Musim bersukan kembali
Ringkasan seminggu aktiviti aku, musim bersukan kembali lagi. Sukan staf sudah terasa kehangatannya... tiap2 hari aku dok gi training badminton kat gim PJ. Penat tak hengat. Tapi nampaknya aku kena rehat seminggu lepas nie sebab ibu jari terseliuh time aku main bola tampar semalam. Bengkak dan kebiru-biruan lebam... huhuhuhu... sadis btol..!!
Emosi aku sejak akhir-akhir nie juga tak berapa stabil. Sedaya upaya cuba menyembunyikannya. Namun, tiap kali itulah ada saja yang menduga. Cuba mengkucar-kacirkan lagi emosi aku. Masing-masing buat perangai. Penat aku cuba merasionalkan setiap tindakan dan keputusan yang perlu aku lakukan. Kadang-kadang terikut juga panas hati nie... tapi tiap kali aku buat keputusan ikut perasaan, tiap kali itulah aku akan menyesal dan menjernihkan kembali kekeruhan..hmmm...
Wahai kawan, sahabat dan rakan... maaf jika ada tika aku seperti hilang, diam atau sembunyi. Bukan itu mahuku, tapi aku benar-benar jiwa kacau...
Maaf..!
Tuesday, March 17, 2009
194 - Server bergerak...
p/s Pelayan di situ pakai nametag, 'SERVER'...
Tuesday, March 03, 2009
193 - Geng the Movie
Akhirnya Sabtu (28/2/09) lepas dapat gak tengok citer nie dengan Adek. Best tak hingat la. Gi tengok kt Mines jer. Dekat sket... sampai kat sana, gi beratur amik tiket dulu. Sementara nak tunggu, lepak kt Oldtown jap... bestnyer dpt pekena hazelnut coffee & toast bread.
Masa tu orang dah makin ramai.. tapi kebanyakannya famili yg bawak anak-anak la.. alahai.. cam segan la plak nak gi tengok dengan pawagam penuh dgn bebudak.. hahahah.. terasa diri cam bebudak la plak. Tapi, redah je la... aku pon bawak 'budak' gak.. tu.. Adek aku tu.. hahahaha..
Memang best sangat citer nie.. rasa tak puas tengok sebab part Upin & Ipin rasa cam sket sangat. Lagi satu, rasanya citer nie 'berat' sket utk bebudak umo 6 tahun ke bawah yang mana majoriti peminat citer nie dari kalangan mereka.
Apa pon memang berterima kasih sangat kat Adek aku nie. Dah la gaduh jap Jumaat malam tu.. hehehe... tapi still lagi nak temankan akak dia nie gi tengok wayang.. hmmm... really appreciate it dear! Sayang bangat sama kamu....
2 thumbs up for this movie...!!! Yeay....
p/s Teringat dialog Raju.. "Ingat mase depan...!!!" hehehehe...
Monday, February 16, 2009
192 - 6th MB Annual Tournament @ Sunway Piramid
So, nak citer sket tentang aktiviti cuti hujung minggu lepas. Sabtu lepas sempena Valentine Day, Malaysianbowlers sekali lagi berjaya menganjurkan kejohanan tahunannya kali ke 6. Kali nie MB berkampung di Megalane, Sunway Piramid.
Seawal jam 9 pagi lagi aku dah amik adek2 aku, Aril & Zul. Diaorg nak ikut skali tonemen nie. Nak rasa camner main tonemen luar. Aku ok je... angkut je bebudak tu. No hal punya.. akak diaorg nie kan baik.. hhahahaha. tapi yang main Zul jer... si Aril injured plak sbb semalamnya main bola. Ada friendly game dgn geng pemandu HEP.
Lepas amik bebudak tu, aku teruskan perjalanan ke rumah Misa. Konvoi dgn dia & Uzin. Kitaorg semua sampai di Sunway Piramid dalam 10.45 pagi. Salah masuk parking lak. Punya la jauh kena jalan. Sampai kt Megalane tgk AJK2 lain dah bz dah... tak menang tangan dok menyusun dan menjual t-shirt.
Game kali nie alhamdulillah terselamat dr dapat 'Ratu Longkang'. Ahaks... target nak menang memang tak der la.. cuma mintak2 tak dpt lagi hadiah tu.. hahahahha.. yes...yes..yes...
Selesai membowling, kitaorg buat gerakan ke Pizza Hut. Aktiviti makan... Yang paling best dapat jumpa Kak Yang yg dah lama tak jumpa. Ada la 9 thn rasanya tak jumpa dia. Excited btol aku dan Misa sebab dapat jumpa dia. Dia la 'kembar' aku time study kat kolej dulu. Memang kitaorg rapat giler.. tp tu la.. susah la cakap. Lost contact lepas konvo. Sekarang dapat jumpa semula.. giler lama...!
Abis makan-makan, masing2 buat gerakan pulang. Ada yang nak pi tengok wayang citer Geng. Aku, adek2 aku & Misa ngan Uzin tak join. Masing-masing dah lemau. Aku lak ada dinner malam tu kat ofis sempena seminar PJ. So, kena rush balik la.
Sampai rumah dalam pukul 8.10 mlm. Itupun sebab kena hantar Zul & Aril dulu. Baru aku balik rumah. Dalam 8.40 mlm buar gerakan ke ofis. Hah... giler penat wei.. lepas makan2 semua, pukul 10 lebih gak la balik. Kak Rozie ajak lepak karaoke pon aku dah tak larat nak tunggu. Memang penat sangat..
Apa2 pon memang best tonemen kali nie.. dapat kumpul ramai dengan ahli2 lama dan baru..
p/s cupcake yg Kak As buat sedap sangat... hehehehe... dan comei sangat...
Tuesday, February 10, 2009
191 - Ya Rabbi... bantulah hambaMu ini..
kenyataan memang meluluhkan
kerap diulang
kerap ditegaskan
senyum di bibir nyata dusta
kerna bukan itu kemahuan hati
tiada jalan pintas
ingin menanti
namun tiada pasti
ingin terus melangkah
takut pula tersilap langkah
apa yang harus aku lakukan
Ya Rabbi... bantulah hambaMu ini..














