Monday, September 03, 2012

235 - Jalan² Raya 2012


Alhamdulillah... dapat juga beraya tahun ini walaupun suasananya agak muram sebab kawan baikku (sepupu) dah kahwin. So dia beraya rumah mak mertua dia tahun nie...owh, sadisss...!

Raya ke-5 aku, sepupu & suami bersama 4 orang anak buah pergi ke Cameron Highlands untuk bercuti. Petang Khamis pergi & petang Jumaat baru turun. Excited giler sebab dah planning dari awal tahun lagi nak ke sini. Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke sini.

Scenery superb.. cuaca tak sesejuk yang disangka. So, nak pakai pakaian nipis pon still slumber lagi.

Banyak jugaklah tempat yang kami pergi. Memang puas hati. Terubat kebosanan raya. Aku kongsikan  bersama gambar-gambar kami di sana untuk tatapan kawan-kawan.








Wednesday, August 15, 2012

234 - Last day!!

Hari nie last day bekerja sebelum cuti beraya...yahoooo!!! Best hoh cuti tapi mood raya still tadek... Ntah kenapa tahun nie langsung tak excited nak sambut raya... Why??? Why???

Tuesday, August 14, 2012

233 - Miss the old days...

Owh... sangat rindukan masa-masa dahulu berforum di MDC (Melayu.COM).

Tadi menggoogle nama sendiri....semua keluar entri-entri zaman tengah aktif berkarya di MDC. Baca semula komen-komen dari forumer MDC buat aku tersengih macam kerang wangi...ahaks...

Ya.... aku rindukan kemesraan geng forumer MDC dolu-dolu..... rindu sangattt....!!!!

232 - Saya kembali ke arena pembloggan (???)

Assalamualaikum ya blogger-blogger semua...

Wahhhhhhhhh..... hampir setahun tidak menconteng di sini. Membawa hati lara gayanya...hehehehe... Alhamdulillah... sudah 'pulih' sepenuhnya hati saya ini. Tapi, masih belum siapa-siapa berjaya menduduki hati ini lagi.

Hari ini Ramadhan hari ke 25. Alhamdulillahhh... masih berkesempatan berpuasa lagi tahun ini. Semoga amalan kita diterima ALLAH TAALA dan mendapat barakah dalam setiap aktiviti yang kita lakukan.

Selamat menjalani ibadah puasa di minggu terakhir ini dengan lebih penuh tawaduk!

Monday, October 24, 2011

Akhir kisah kita

Semuanya dah berakhir... semoga berbahagia.

Tuesday, June 28, 2011

230 - It's been a while...

Sudah sebulan lebih... sejak itu memang aku tidak pernah berjumpa dengannya. Mungkin aku yang cuba melarikan diri atau lebih tepat, menyembunyikan diri dari dia. Tiada apa-apa contact langsung dengan dia.

Aku mahu dia tahu apa yang aku mahu dia tahu. Apa yang aku rasa, aku mahu dia tahu itu. Tapi dia tidak pernah bertanya mengapa.

Masih sukar sebenarnya. Aku cuba.. sedikit demi sedikit... Dan aku akui, aku masih belum melepaskan semua.. selagi dia belum tahu apa yang aku mahu dia tahu.

Thursday, June 16, 2011

229 - Talam dua muka

Sedih bila rasanya dapat kawan yang bermuka-muka.. depan kita baik tak hengat. Kita berpaling je boleh dia buat muka lain. Itulah si talam dua muka. Hmmm... memang dunia dah akhir zaman..

Monday, June 13, 2011

228 - Audit Dalaman

Sekali lagi menjadi juruaudit dalaman FPP. Kali ini 1 persijilan. Semoga semuanya berjalan lancar. To all FPPians... goodluck on internal audit, 13 -16 June 2011.

Kami auditor tetap dan berpencen..huhuhuhu..

Friday, June 10, 2011

227 - Selamat Pengantin Baru Azrin & Alisa


29/5/2011 hari tu sempat la makan kenduri Azrin, 2 pupu aku. Nikahnya hari Khamis (26/5/2011). Kebetulan aku memang bercuti balik kampung.

Sempat la jugak jadik bidan terjun bawak hantaran. Memang la follow rombongan pengantin, tapi tak expect la kena jadik tukang bawak hantaran. Kalu tak, i pakai baju lawa2...hahaha... nie sempoi giler aku. Takper lah... hehehe...




226 - Kami ke Penang!!




Cuti-cuti sekolah nie mulalah planning dengan Kak Min nak berjalan gi mana dengan kaum gerabak. So, decide gi Batu Feringgi Penang. Nak bawak budak-budak gi mandi laut. So, Sabtu (28/5/2011) kami pon bertolak dengan 2 buah kereta. Aku, Kak Min, Kak Lela & anak-anak naik satu kereta. Powad satu family naik kereta dorang.

Seawal jam 8.30 pagi kami dah pergi rumah Powad. Lok lek lok lek... pukul 9 lebih gak gerak. Hmmm... biasalah...hehehe... perjalanan lancar. Cuma banyak kereta je. Almaklumlah cuti sekolah. Sampai Penang dalam 11.30 pagi. Tapi semua ke USM dulu untuk amik Memek Leko. Dia tak balik cuti nie, ada LI (praktikal) kt USM.

Lepas tu barulah kami semua gerak ke pantai Batu Feringgi. Sampai kat pantai jam 12.00 tengahari! Cantik la sangat!! Tengah panas lit-lit orang utara cakap..hehehe... sampai je lepak makan dulu. Dah kebuloq masing-masing. Menu makanan sendiri bawak dari rumah. Jimat..!!


Lepas tu budak-budak mandi tak ingat. Tapi tepi-tepi jak. Pantai tu cam dalam je airnya. Geng-geng dewasa tak bleh main air. Termasuk la aku nie... wrong timing lak time tu. So, sekadar mengawasi budak-budak mandi.




Dorang sangat la happy dapat jalan-jalan & main air.

Balik dari Penang, masing-masing excited nak naik feri. Bawak la dorang nie naik feri. Punyalah kagum dengan 'kebesaran' feri tu..hehehe... paling dorang seronok bila dah naik feri, bleh turun dari kereta & jalan-jalan atas feri.


Time atas feri nie, matahari dah nak terbenam. View yang sangat chantek! Aku kongsikan antara snap-snap yang menarik waktu ini untuk tatapan korang.



Yang kat bawah nie plak view matahari terbenam kat area R&R Pagan Ajam. Sangat chantek jugak!


Akhirnya kami selamat sampai di rumah jam 11.00 malam. Hmmm... berjalan sakan. Kulit pon kelam sakan tapi tak la sampai mengelupas. Tapi, huduh la gak...huhuhu...




225 - Mencipta alasan

Akhirnya orang yang itu sudah meluahkan apa sebenarnya dia mahu padaku. Ya, dia memang ingin menjalinkan hubungan istimewa denganku. Hah! Penat seh untuk mengulangi kisah yang sama dengan orang yang mempunyai masalah yang sama. Walaupun kali ini jika aku menerima hasrat hati orang itu insyaallah semuanya akan 'berjalan lancar'. Tapi bagi aku untuk bersama dengan orang itu, hatiku keberatan. Tidak seperti dia yang sebelum ini.

Alasan yang kuberi, 'aku sudah ada orang yang aku suka.' Memang benar, memang aku sudah ada orang yang aku suka. Tapi, dia yang tak suka pada aku sepertimana yang aku suka. Semuanya berlaku selepas peristiwa yang menyedihkan itu. Aku tak berbohong dengan orang itu. Itu yang aku rasa.

Maaflah... hati dan otak aku tak mampu untuk menanggung bersama-sama masalah masa silam kamu. Cukup penat untuk sama-sama memahami masalah silam kamu. Bosan sebenarnya.. asyik dihampiri oleh kamu-kamu yang mempunyai masalah yang sama.

Mungkin ada perempuan yang lebih baik dari aku untuk kamu. Bagi aku pula, mungkin ALLAH mahukan lelaki yang lebih baik untukku. Sama-samalah kita mencarinya.

Monday, May 23, 2011

224 - TAK PERLU & TAK NAK!!

Genap seminggu peristiwa haru biru tu berlaku, aku dihubungi oleh dia. Tak sengaja menjawab panggilan telefon. Tup-tup terdengar suara dia di sebelah sana. Hmmm... terkedu la sekejap aku! Last-last malas nak memanjangkan cerita, layan je la dia bercakap. Thru phone, tak perlu nak berjumpa-jumpa. Ok lah...!

Sukar nak diceritakan apa perasaan aku tika ini. Yang pasti aku berpura-pura semua ok sebab aku tak bertentang mata dengan dia. Dengan kata lain, sejak kes tu aku memang tak berjumpa dengan dia lagi. Dia memang nak berjumpa, aku yang tak nak dan aku rasa TAK PERLU!

Bagilah apa saja alasan untuk berjumpa dengan aku, pasti jawapan aku tetap sama. TAK PERLU! Buat apa nak berjumpa lagi kalau segala apa yang kau rasa sudah aku tahu walaupun bukan dari mulut kau sendiri. Semua itu cukup melukakan! Untuk berjumpa dan menatap muka orang yang melukakan hati aku, aku memang TAK PERLU berbuat begitu. tambah-tambah lagi jika ianya hanya akan mengingatkan aku pada kata-kata yang diluahkan pada kawan aku tu.

Itu cerita Jumaat lepas, semalam Ahad pula lain ceritanya. Aku didatangi sms dari seorang kenalan yang aku anggap tak lebih dari rakan sekerja. Tapi berlainan jabatan. Permulaannya sama seperti cerita dia yang melukakan hati aku nie. Aku memang sudah serik dengan jalan cerita yang sebegini. Aku muak, aku penat, aku fed-up, aku tak nak & aku tak mahu terlibat lagi dalam kes-kes 'masalah rumahtangga' orang lain.

Aku tak mahu jadi pendengar ke... jadik tukang kaunselor tak bertauliah untuk kes-kes rumahtangga nie. Dah serik sangat!!! Carilah orang lain yang boleh dengar masalah rumahtangga korang (esp. lelaki). Korang lelaki-lelaki, carilah kawan-kawan yang sama lelaki untuk cerita pasal masalah rumahtangga korang. Jangan nak cari aku! Aku tak mahu tahu apa masalah korang, masalah orang rumah korang, masalah anak-anak korang, masalah mak pak mentua korang, ipar duai korang. Semua tu aku tak mahu tahu!!

Just leave me alone!!!!!!!!!!!!!!!!!

I'm too tired now.....

Monday, May 16, 2011

223 - Tegakah kamu?

Sebagai seorang sahabat, tegakah kamu membina kebahagiaan di atas kehancuran perasaan sahabatmu??

Saturday, May 14, 2011

222 - Semua persoalan telah terjawab

Bagaimana harus aku mulakan bicara ini?

3 malam aku buat solat hajat & solat istikharah. Mohon petunjuk dari ALLAH dengan amat sangat. Alhamdulillah, semalam terjawab sudah segalanya. Memang perhubungan itu tidak patut aku pertahankan. Bukan dia yang patut aku harapkan.

Dengan kawan baik aku sendiri dia mencuba. Aku nie apa? Spare part dia? Bila kena reject dengan orang baru datang balik pada aku? Kau ingat apa nie apa? Please la... apa yang kau buat pada aku, adalah sesuatu yang tidak dapat aku terima & maafkan.

Teman tapi mesra? Itu yang dia cakap pada kawan aku tu? Huh.. selama nie kita nie hanya teman tapi mesra? Itu pun setelah aku push kau... paksa kau cakap yang sebenarnya. Sampai hati kau buat aku macam nie. Kenapa kau buat aku macam nie???

Beb, you are too much...!! too much...!!!

Wednesday, May 11, 2011

221 - Pada-Mu aku bersujud

Ya ALLAH... moga hajat & istikharahku mendapat perkenan Mu...
Ya Rabb... moga tunjukkan aku jalan & kebenaran..
Mohon amat sangat...

Tuesday, May 10, 2011

220 - Seiring waktu

Seiring waktu
kisah kita semakin hambar
aku tahu dan kau juga tahu
kisah kita tiada perhentian
kerna permulaannya
tiada siapapun tahu

Seiring waktu
kurasa kau semakin berbeza
tiada kemesraan
tiada keserasian
tiada kenangan
yang meninggalkan kesan
mengapa?

Seiring waktu
haluan kita bersimpang
kau ke barat
aku ke timur
namunku masih menoleh
mengharapkan kau menurutiku

Seiring waktu
jika itu pilihanmu
jika ini takdirku
aku bisa menerima
aku tidak menolak
ketentuan Ilahi


219 - Jangan buang t*** kat tempat anda mencari rezeki!

2 bulan yang lalu aku pernah berurusan dengan seseorang nie berkenaan pelawaan sebutharga kat ofis nie. Mula-mula okey je dia nie. Tambahan plak dengan 'emel sokongan' yang penuh syahdu menceritakan kesengsaraannya untuk meneruskan hidup sampai cakap nak beli susu anak pon tak cukup duit. Memang kesian arr bila baca emel dia nie.

Aku pon cuba la bagi peluang kat dia untuk menawarkan harga yang terbaik untuk supply barang kat sini. Tapi nak buat macam mana kalau harga yang dia tawarkan tidak kompetitif dgn harga yang syarikat lain tawarkan.

Mungkin bengang & lebih tepat KECEWA tak dapat sale, maka dilempiaskan kemarahan itu pada bos aku dan siap kutuk-kutuk lagi bos aku tu dalam emel. Maka dipendekkan cerita bila bos aku dapat emel yang mengutuk dia terang-terang... malas la dia nak melayan pe'el orang yang macam tu. Aku pon malas nak layan. dari kesian, langsung aku rasa bengang gak la...

Itu citer 2 bulan yang lalu, hari ini aku dapat lagi emel dari dia nie & mintak maaf serta minta diberi peluang untuk buat sale kt sini. Aku gelak je bila baca emel dia nie. Kalau lah bos aku tau yang dia nie kembali menagih sale kt sini... konfem gelak besar dia.

Itu lah... jangan buang hampas kat tempat ko carik rezeki. memang la bumi ALLAH nie luas, kat mana-mana boleh carik rezeki tapi kadang-kadang tempat yang ko buang hampas tu la.. yg akan bantu ko bila ko susah & perlukan bantuan.

SUBHANALLAH....

Thursday, May 05, 2011

218 - Aku plak yang trauma

Dah 2 malam tak berapa lena tido. Ini semua gara-gara rumah atas kena pecah masuk subuh Selasa lepas. Memang la aku terdengar orang menjerit. Tapi ujung-ujung telinga je la dengarnya. Ingatkan orang mengigau. Rupanya ada perampok...

So, start Rabu tu kitaorang rumah bawah mula la selak pintu sampai 4. Tombol pintu lagi. pastu kat luar ada lagi grill. Kalau ada yang dapat pecah masuk jugak mmg terer arr...

Dah 2 malam mimpi orang nak pecah masuk rumah. Bilik aku lak ada tingkap. Dok mimpi nampak bayang orang kat tingkap & ketuk-ketuk nak masuk. Hmmm... aku plak yang lebih-lebih trauma. Tapi memang risau sangat.. tido pon siap kunci pintu bilik. Manalah tau kan... malang tak berbau... huhuhu...

Tuesday, May 03, 2011

217 - Cuti Hari Pekerja

Cuti 3 hari tapi aku tak balik kampung. Lepak kt Serdang je... Ringkasan cuti 3 hari aku...

Sabtu
Ganti Ijoi jaga exam kt Dewan Besar. kena jaga dari pukul 11 - 1 tengahari. At least, terisi jugak masa cuti2 nie.. hehehe... Abis jaga exam, lepak kt ofis jap. Layan Maharaja Lawak kt Youtube! Abis layan Maharaja Lawak, terus balik rumah.

Ahad
Dapat sms dari Kucai. tak perasan plak dia sms aku. dah sejam lebih baru aku balas. Rupanya dia ajak kuar gi Jusco. Aku memang plan nak gi Jusco tapi lepas Zohor. Dia plak dari 11 lebih dah lepak sana dengan anak-anak dia.

Sampai Jusco dah dekat kol 2 ptg. Aku text Kucai. Ropanya dia dah masuk tengok wayang dengan anak-anak dia. Apadaaa... bukannya nak tunggu aku. Tgk citer THOR plak tu... sabor je la. Dah dia tengok wayang, aku pi la jalan sorang2. Tengok VINCCI ada sale!! 50% tu sempena Hari Pekerja. So, apa lagi... sambar 1 kasut ala2 terompah. i loike..!!!

Pas tu pegi la pusing2 abiskan masa. masa tengah lepak kt Popular, baru la pakcik nie sms tanya aku kt mana. Dia datang dengan anak-anak dia. Dok tak lama lepas tu dah kata nak balik. Lorhh... apa daaa... baik tak yah jumpa kalau camtu.

Aku paksa dia pusing2 jap kt Jusco sebelum balik.. muehehehe...

Isnin
Disebabkan rasa tak puas hati orang yang ngajak aku tengok THOR dah pi tengok dulu, maka dengan semangat berkobar2 bangun pagi nie, lepas sarapan aku terus gerak gi Mines untuk melihat muvi ini. Check-in kol 12.10... perghhh... best gilak ini citer. tak rasa boring langsung sepanjang cerita. Tau2 dah abish... hehe.. Rugi sapa tak tengok citer nie.

Lepas nie aku menunggu muvi lanun lak.. Kapitan Jack Sparrow..!!

Wednesday, April 27, 2011

216 - Sangap.....

Kesangapan lantaran tak dpt tido malam semalam.. berperang dgn nyamuk sampai kol 4 pagi... huarghhhh.... soooooooo sleepy.... *sigh

Tuesday, April 26, 2011

215 - Hari yang penuh ketensenan

Aku sms dia mintak lunaskan pinjaman dia pada aku yang sudah lama tertunggak. Dia janji nak bank-in tengahari. Ayat poyo giler... tp ampeh jer... sampai ke petang aku tunggu. Habuk pon tarak.

Kalau dah jadik tabiat susah nak tepati janji bab duit muit nie.. janjilah setinggi gunung... sebesar kuman pon aku tak percaya kat ko!!

214 - BENGONG..!!

Statement yang cukup aku hangin dari kelompok orang dari salah satu jabatan kat ofis aku nie adalah, 'TAK NAK BERTANGGUNGJAWAB"... what the ****!!!

Sikit2 cakap tak nak bertanggungjawab.. minta sain... tak nak bertanggungjawab... minta buat tu... tak nak bertanggungjawab.. apa punya bangang!!!

Friday, April 22, 2011

213 - MENGAPA

kejap dia ok, kejap dia tak ok

kejap dia mesra, kejap dia jadi dingin

kejap dia dekat, kejap dia begitu jauh

hah..!! sukarnya memahami dirimu...

Thursday, September 23, 2010

212 - Sekali lagi...

Tak mampu bersuara apa lagi. Dalam masa setahun, aku kembali jatuh terduduk. Sekali lagi hati terluka. Apa kesudahannya padaku?

Berakhirnya cerita kita. Baru berputik, belum sempat berbunga. Kau pergi tinggalkan diriku sendiri. Moga berbahagia dengan pilihan keluargamu.

Aku di sini sedang merawat luka...

Monday, September 20, 2010

211 - Hari Raya vs Hari Lahir

Salam...

Alhamdulillah, dah selamat menyambut lebaran. Dah selamat pulang kembali ke serdang. Dah selamat menyambut hari lahir sorang2 tahun nie. Thanks to Misa sebab menceriakan hariku semalam sebab belanja makan KFC kt Jusco balakong..hehe... thanks friend!

Tuesday, August 31, 2010

210 - Salam MERDEKA ke 53!

Salam petang merdeka!!!

Cuti-cuti merdeka aku lepak kt ofis. Ada job printing sket... bleh arr tambah duit raya kan.. tp problem jer keje-keje printing kali nie. Guna printer Canon PIXMA.. ink tak lawo... tak sharp bila printing... cair giler & blur je... huh, tp org tu yg kasik printer nie, guna je la. Aku sendiri tak puas hati dgn hasilnya. Selalu aku guna brand HP. Memang puas hati...

Blasah je la kan... nie bajet punya job. Buat la dengan apa yang ada. Sumber terhad... almaklumlah, semua kena cut budget! Alahai.... sabor je la.. so lepas nie kalu dorg komplen tak lawo, aku just cakap, "Bajet 'tak cun', so, end product pon 'tak comei' arr..."

Hik..hik..hik..

Wednesday, August 25, 2010

209 - Ramadhan datang lagi...

salam 15 ramadhan... alhamdulillah setakat ini puasa masih penuh. hope2 tahun nie penuh la puasa..hehehe..

dah lama tak berblog... tetiba teringin nak bercerita di sini. actually tak ada yang menarik sangat pon dalam kehidupan aku sekarang. cuma menanti keputusan muktamad dari seseorang. penantian itu sungguh menyeksakan..?

aku atau dia? mungkin aku... mungkin juga dia... entah, tak berani nak fikirkan sangat. kalau dia pilih aku, alhamdulillah... tapi jika dia yang dipilih, tahniah & semoga berbahagia aku ucapkan.

tak ada perasaan yang teruja kerana takut lain yang diharapkan, lain pula yang jadi. apa-apa pun sekarang hanya mampu menunggu kata putus darinya.

bak kata orang tua-tua... andai ada jodoh, takkan ke mana...

Tuesday, February 09, 2010

208 - haru biru hujung minggu

Salam....

Weh lamanya tak update blog...sejak dok giler dgn fesbuk, tak selalu menjenguk ke blog. Sian blogku... ditinggalkan...hehehe..

Last week (31 Jan) Kak min call aku soh balik kg sbb nak memujuk abah & mak gi spital. Aku dah penin sebab plan nak balik cuti raya cina. Bleh balik lama sket. So, nak tak nak... aku bergegas balik ke kg sebab kaki abah bengkak. Bertolak dalam kol 1 & dlm pukul 6 baru sampai kg. Jalan clear... saja aku bawak slow2. Apa yg nak dikejarkan...

Malamnya aku dgn abang pakat bawak abah gi spital kat bahagian kecemasan. Seperti yang dijangkakan abah kena tahan. So, kena tido kat wad la. Seumur idop dia, mana pernah tido kt wad. Jadik sejarah la tu...hehehe... tu arrr.. org dah kata pi spital awal2... tak nak. Dah melarat camnie, konfem arr kena tahan.

Abah kena tahan sampai 3 malam. Hari Selasa lak aku kena mengikut abah ke spital taiping buat scanning kakinya yg bengkak tu. Huh... sejarah bagi aku plak naik ambulans gi spital taiping. Perjalanan dari Grik ke sana dlm 1 jam setengah. Menunggu nak discan dalam sejam. Padahal bila scan, tak sampai 5 minit... ceh!! Tapi alhamdulillah, kaki abah ok. Takde apa2 cuma bengkak dia sebabkan saraf & infection je.. so, boleh balik hari tu jugak.

Rabu pagi abah dah discharge tapi mak plak yang kena tahan wad sebab paras gula dalam darah dia tinggi sangat. Aku yang baru lega sebab abah dah discharge... mula rasa down sangat. Adei... bersilih ganti masuk wad. Cam pas baton je...huhuhu... malam tu aku la plak teman mak kat spital, tido di wad. Aku dah biasa tido kat wad jaga mak...

Esoknya mak dah boleh keluar. Paras gula dah ok cuma kena betul2 jaga pemakanan. Jenuh la sister tu dok kasik ceramah kat mak. Dengan aku2 skali kena dengar.

Adei... memang haru biru dibuatnya aku & family.... dugaannya....

Sunday, December 13, 2009

207 - lewat musim itu


musim itu kelewati
biar pedih berdarah
namun langkah tetap kuhayun
kutinggalkan kenangan pahit
ditipu olehnya setiap masa
amat perit
sungguh tidak kusangka
aku pergi tanpa sebarang kata
tiada ucapan selamat tinggal
kubiarkan dia
kerna hati ini amat sakit
tiada kesalan
tiada rasa di jiwa
sungguh aku katakan
aku tidak pernah menyesal
meninggalkan dia
malah aku bersyukur
ALLAH sentiasa bersamaku

Thursday, August 06, 2009

205 - SETEM MOVIE

Semalam gi layan citer SETEM nie... mula2 masuk panggung, tak ramai orang. Ginilah nasib citer Melayu. Walau aku jarang layan wayang, tapi disebabkan semalam boring giler, aku pegi gak la menengok citer nie sebab Afdlin berlakon... hahahaha...

Apa yang boleh aku komen, citer nie dari mula sampai akhir asyik gelak je... so far bagi aku memang best la citer nie... layan...hehehhe...cakap banyak pon tak guna, apa kata korang pi la tengok citer nie... tak rugi...hehehehhe...

p/s Teringat dialog Joe (Afdlin) & Sid (Rashidi) kat press conference setem.... just don't be late jadik Justin Timberlake... hahahaha...

see the trailer > http://www.youtube.com/watch?v=Xkz6ktxARSM

Saturday, August 01, 2009

204 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran

1 Ogos kembali, tarikh ulang tahun kelahirannya kusambut untuk tahun kedua. Namun sambutan tahun kedua... tiada sambutan. Sekadar hadiah dan kad ucapan kuhulur buatnya pada petang semalam. Kenapa awal sehari? Sebab aku ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan ucapan itu buatnya.

Selamat ulang tahun kelahiran dik! Kamu sentiasa di dalam doaku...

Semalam hari terakhir Amad (pembantu aku) bersama-sama kami di sini. Emosi betul aku semalam. Aku menangis sebab dia akan pergi dan tidak akan lagi bekerja bersama-sama kami di sini. Seorang pekerja yang betul-betul komited! Aku amat kehilangan dia. Tak mengapalah. Dia ambil keputusan begitu kerana keluarga. It's ok Amad, jagalah famili baik-baik... hope jangan lupa kami di sini. Semoga sukses kerja di tempat baru.

Sunday, July 12, 2009

203 - Pabila kebiasaan sudah tidak menjadi kebiasaan...

Ahad.... seperti biasa aku di ofis. Nak berjimba-jimba... kewangan tidak berapa kukuh. So, lepak-lepak kat ofis sambil surfing tenet. Sambil-sambil tu jugak settlekan beberapa kerja yang tertangguh sebab bergelut dengan minggu audit dalaman kat ofis last week.

Alhamdulillah... aku semakin tenang atau lebih tepat dapat menerima hakikat. Mungkin sebab aku dah lepaskan apa yang patut aku lepaskan awal-awal dulu lagi. Dulu... waktu di awal-awal dulu, aku takut nak lepaskan mungkin kerana aku takut kehilangan segala-galanya. Aku takut semua yang sudah menjadi kebiasaan bagiku hampir setahun yang lalu, hilang dan terhenti secara tiba-tiba. Mana mungkin aku dapat menerimanya secara tiba-tiba begitu.. tak mungkin...

Namun setelah beberapa ketika dan melalui tempoh bertenang... akhirnya aku berjaya juga mengharungi saat-saat sukar itu. Alhamdulillah... aku semakin realistik..

Syukur pada ALLAH kerana mendengar doaku... jiwa semakin tenang.. kekadang diterjah juga gelora namun aku cepat-cepat sedar yang aku perlu berpijak di bumi yang nyata. Dia adalah kenangan terindah buatku... buat pertama kalinya...

Walau tidur malamku sering dijenguk oleh mimpi-mimpinya... itu tidak lebih dari kenangan lalu... walau isthiqarahku, wajahnya yang menjelma dalam tidurku... tidak pernah kutaruhkan harapan. Biarlah masa yang menentukan...

Kini hidupku memang sepi... amat sunyi.... tiada lagi mesej-mesej kuterima... telefonku sudah tidak berdering...tiada lagi kejutan-kejutan istimewa... memang amat sepi sekali... apabila kebiasaan sudah tidak lagi menjadi kebiasaan...

Monday, July 06, 2009

202 - Bosan

Aku dah bosan!!!!
aku dah bosan!!!!
aku dah bosan!!!!!!

Sunday, June 21, 2009

201 - Kembali ke paras normal

Dah lamanya tak conteng2 kat sini sejak2 life aku agak tunggang-langgang sebulan yang lalu. Sekarang alhamdulillah, sudah kembali berada di paras normal (pinjam ayat Pakku)...hehehehe..insyaallah... amin..!

Macam2 yang berlaku buat aku byk sangat berfikir sampai kadang2 sakit kepala dibuatnya. Impian yang diharap boleh direalisasikan, mimpi yang juga digarap boleh menjadi kenyataan dan perasaan yang bisa menenangkan jiwa yang selalu keresahan... semuanya belum boleh disatukan. Bila boleh bersatu? Aku tiada jawapan...

Semakin usia berlalu, semakin terasa mendesak (atau terdesak?). Sering tertanya-tanya, bila dan bila..? Aku sendiri pon tak tahu... jika ikut hati, memanglah siapa yang tak mahu hidup bahagia... settle down semua... tapi jika belum sampai masanya, apalah daya aku sebagai insan biasa yang tiada 'superpower'... hehehehe...

Kembali berada di paras normal seperti sekarang, satu-satunya harapan aku terpaksa aku lepaskan dan korbankan. Mungkin bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat tapi apa yang aku lalui sebelum itu cukup untuk meninggalkan satu kenangan yang terindah buatku untuk pertama kalinya..

Bisa aku mengulanginya? Entah.... aku tiada jawapan...

Apa yang aku harapkan, andai tiba hari itu nanti... aku harap aku masih tetap berada di paras normal seperti sekarang...

Friday, May 22, 2009

200 - Aku mohon dengan amat sangat

Ya ALLAH, kurniakanlah hambaMU ini kekuatan jiwa...
Ya ALLAH, bukakanlah pintu-pintu bahagia yang lain buat hambaMU ini setelah pintu itu KAU tutup...
Ya ALLAH, tabahkanlah hati hambaMU ini...
Ya ALLAH, berikanlah kekuatan dalam diri hambaMU ini...
sesungguhnya jiwaku amat lemah tika ini...
Ya ALLAH, aku mohon dengan amat sangat...
makbulkanlah doa-doaku Ya ALLAH...

Monday, May 18, 2009

199 - Kurelakan...

Dia pergi aku relakan
di sini aku teruskan perjalanan
walau langkahku seakan pincang
namun syukur, aku masih bertahan
biarpun pemergiannya tidak mampu ku tahan...

Thursday, May 14, 2009

198 - Pergi

Pergi
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Tuesday, May 12, 2009

197 -

Doakan agar aku mampu bertahan...

Monday, April 20, 2009

196 - Berubah...

berubah untuk kebaikan memang bagus
tapi bukan perubahan itu
aku tidak mahu dia berubah
tapi bukan itu hakikatnya
dia sudah berubah..
ya... berubah dengan begitu ketara sekali
wajahku sudah tidak mahu dipandang lagi
suaraku sudah tidak mahu didengari lagi
bait bicaraku sudah tidak mahu ditatap lagi
sedih... aku amat sedih...
pilu... aku amat pilu...
sebak hati menahan kepedihan
aku keseorangan di denai sunyi
hati... tabahlah...
jiwa... kuatlah...
perasaan... sedarlah...
dia semakin menghilang dari gapaianmu...

Saturday, March 28, 2009

195 - Musim bersukan kembali

Salam petang Sabtu. Lokasi aku di ofis, tengah printing kad jemputan syarahan inaugural Prof. TJ.

Ringkasan seminggu aktiviti aku, musim bersukan kembali lagi. Sukan staf sudah terasa kehangatannya... tiap2 hari aku dok gi training badminton kat gim PJ. Penat tak hengat. Tapi nampaknya aku kena rehat seminggu lepas nie sebab ibu jari terseliuh time aku main bola tampar semalam. Bengkak dan kebiru-biruan lebam... huhuhuhu... sadis btol..!!

Emosi aku sejak akhir-akhir nie juga tak berapa stabil. Sedaya upaya cuba menyembunyikannya. Namun, tiap kali itulah ada saja yang menduga. Cuba mengkucar-kacirkan lagi emosi aku. Masing-masing buat perangai. Penat aku cuba merasionalkan setiap tindakan dan keputusan yang perlu aku lakukan. Kadang-kadang terikut juga panas hati nie... tapi tiap kali aku buat keputusan ikut perasaan, tiap kali itulah aku akan menyesal dan menjernihkan kembali kekeruhan..hmmm...

Wahai kawan, sahabat dan rakan... maaf jika ada tika aku seperti hilang, diam atau sembunyi. Bukan itu mahuku, tapi aku benar-benar jiwa kacau...

Maaf..!

Tuesday, March 17, 2009

194 - Server bergerak...

Pernah tengok server bergerak siap dengan uniform sekali? Hehehehe... semalam aku dapat saksikan server-server tersebut di Marriott Hotel Putrajaya. Pelbagai saiz dan rupa. Ada tinggi, ada rendah... ada lebar, ada kecik... ada lelaki, ada wanita.. hahahahaha... boleh bergerak bebas dengan sendiri.

p/s Pelayan di situ pakai nametag, 'SERVER'...

Tuesday, March 03, 2009

193 - Geng the Movie

Akhirnya Sabtu (28/2/09) lepas dapat gak tengok citer nie dengan Adek. Best tak hingat la. Gi tengok kt Mines jer. Dekat sket... sampai kat sana, gi beratur amik tiket dulu. Sementara nak tunggu, lepak kt Oldtown jap... bestnyer dpt pekena hazelnut coffee & toast bread.

Masa tu orang dah makin ramai.. tapi kebanyakannya famili yg bawak anak-anak la.. alahai.. cam segan la plak nak gi tengok dengan pawagam penuh dgn bebudak.. hahahah.. terasa diri cam bebudak la plak. Tapi, redah je la... aku pon bawak 'budak' gak.. tu.. Adek aku tu.. hahahaha..

Memang best sangat citer nie.. rasa tak puas tengok sebab part Upin & Ipin rasa cam sket sangat. Lagi satu, rasanya citer nie 'berat' sket utk bebudak umo 6 tahun ke bawah yang mana majoriti peminat citer nie dari kalangan mereka.

Apa pon memang berterima kasih sangat kat Adek aku nie. Dah la gaduh jap Jumaat malam tu.. hehehe... tapi still lagi nak temankan akak dia nie gi tengok wayang.. hmmm... really appreciate it dear! Sayang bangat sama kamu....

2 thumbs up for this movie...!!! Yeay....

p/s Teringat dialog Raju.. "Ingat mase depan...!!!" hehehehe...

Monday, February 16, 2009

192 - 6th MB Annual Tournament @ Sunway Piramid

Salam hari Isnin yang tersangatlah boring rasanya... hahahahaha..

So, nak citer sket tentang aktiviti cuti hujung minggu lepas. Sabtu lepas sempena Valentine Day, Malaysianbowlers sekali lagi berjaya menganjurkan kejohanan tahunannya kali ke 6. Kali nie MB berkampung di Megalane, Sunway Piramid.

Seawal jam 9 pagi lagi aku dah amik adek2 aku, Aril & Zul. Diaorg nak ikut skali tonemen nie. Nak rasa camner main tonemen luar. Aku ok je... angkut je bebudak tu. No hal punya.. akak diaorg nie kan baik.. hhahahaha. tapi yang main Zul jer... si Aril injured plak sbb semalamnya main bola. Ada friendly game dgn geng pemandu HEP.

Lepas amik bebudak tu, aku teruskan perjalanan ke rumah Misa. Konvoi dgn dia & Uzin. Kitaorg semua sampai di Sunway Piramid dalam 10.45 pagi. Salah masuk parking lak. Punya la jauh kena jalan. Sampai kt Megalane tgk AJK2 lain dah bz dah... tak menang tangan dok menyusun dan menjual t-shirt.

Game kali nie alhamdulillah terselamat dr dapat 'Ratu Longkang'. Ahaks... target nak menang memang tak der la.. cuma mintak2 tak dpt lagi hadiah tu.. hahahahha.. yes...yes..yes...

Selesai membowling, kitaorg buat gerakan ke Pizza Hut. Aktiviti makan... Yang paling best dapat jumpa Kak Yang yg dah lama tak jumpa. Ada la 9 thn rasanya tak jumpa dia. Excited btol aku dan Misa sebab dapat jumpa dia. Dia la 'kembar' aku time study kat kolej dulu. Memang kitaorg rapat giler.. tp tu la.. susah la cakap. Lost contact lepas konvo. Sekarang dapat jumpa semula.. giler lama...!

Abis makan-makan, masing2 buat gerakan pulang. Ada yang nak pi tengok wayang citer Geng. Aku, adek2 aku & Misa ngan Uzin tak join. Masing-masing dah lemau. Aku lak ada dinner malam tu kat ofis sempena seminar PJ. So, kena rush balik la.

Sampai rumah dalam pukul 8.10 mlm. Itupun sebab kena hantar Zul & Aril dulu. Baru aku balik rumah. Dalam 8.40 mlm buar gerakan ke ofis. Hah... giler penat wei.. lepas makan2 semua, pukul 10 lebih gak la balik. Kak Rozie ajak lepak karaoke pon aku dah tak larat nak tunggu. Memang penat sangat..

Apa2 pon memang best tonemen kali nie.. dapat kumpul ramai dengan ahli2 lama dan baru..


p/s cupcake yg Kak As buat sedap sangat... hehehehe... dan comei sangat...


Antara yang join tonemen MB

Tuesday, February 10, 2009

191 - Ya Rabbi... bantulah hambaMu ini..

hadapi dengan tenang
kenyataan memang meluluhkan
kerap diulang
kerap ditegaskan
senyum di bibir nyata dusta
kerna bukan itu kemahuan hati
tiada jalan pintas
ingin menanti
namun tiada pasti
ingin terus melangkah
takut pula tersilap langkah
apa yang harus aku lakukan
Ya Rabbi... bantulah hambaMu ini..

Friday, January 30, 2009

189 - My 1st glasses..

Chinese New Year lepas aku balik kampung. Kekonon nak membawa hati yang luka parah la..hehehehe.. alhamdulillah, so far aku tak rasa apa-apa.. hmm..moga-moga..

Tengah kemas-kemas bilik, terjumpa pulak cermin mata pertama yang aku buat time tu nak amik PMR. Dah lama tu... lebih 10 tahun dah... dedulu memang malu sangat nak pakai spek tu pasal bingkainya warna itam. Geng2 senior lelaki skolah aku dulu, kalu nampak junior pompuan pakai spek camtu, diaorg akan gelar kitaorg 'batman'... hahahahaha... hampeh jer.. sebab apa diaorg gelarkan camtu? Haaaa... tengok la gambar spek tu... kelakar siot!!



Tuesday, January 20, 2009

188 - Sekali lagi?

Dah masuk kali ketiga... kali pertama, aku tak lari... aku turut sama merai. Kali kedua, aku lari.. dan ini kali ketiga, nampaknya aku terpaksa lari sekali lagi.

Hah..!!!! Dah tak ada daya lagi...

Friday, January 09, 2009

187 - Silent Mode

Kad jemputan sudah sampai ke tanganku pagi tadi. Diserahkan sendiri oleh bakal pengantin perempuan. Akhirnya, kad itu berada di tanganku jua setelah puas mengelak untuk menerimanya. Aku menjenguk ke dalam sampulnya, sekadar sekilas cuma. Kad berwarna hijau. Aku kembali meletakkan ke atas meja..

Aku masih belum ada kekuatan untuk menatap kad jemputan itu.... biarkanlah dulu...

Tuesday, January 06, 2009

186 - Kembali

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang.. al-Fatihah buat arwah Mak Nyiah.. 6 Jan. 2009, 2 pagi @ Hospital Ipoh...

Friday, January 02, 2009

185 - Owh...!!

SMS aku : Happy birthday beb..semoga peroleh kejayaan dunia akhirat..

SMS dia : Yup tq.. Sape ni ye..

SMS aku : Amboi..no aku pon da x simpan?hmm..xpe la yeop..anggap je la aku nie salah sorg dr kwn yang penah nko kenal.

SMS dia : Bkn no ilang.. Phone problems tu yg x tau sape.. Sape ye

Kemudian aku terus senyap, tak membalas SMS dia dah...

Hmm... naper aku emo sgt sbb hal camnie? tapi memang terasa sgt...huhuhu..

184 - Gotcha..!!!!


Adegan 1


Adegan 2


Adegan 3

Thursday, January 01, 2009

183 - 2 0 0 9

2 0 0 8 pergi
datang 2 0 0 9
azam?
perlukah azam?
moga kehidupan bertambah baik
moga semakin dekat dengan-Nya
amin...
selamat tahun baru masehi 2009
p/s happy bitrhday Pak John..hehehe..

Tuesday, December 30, 2008

182 - Aku benci sama kao Cik Ti...!!

Hmmm... Sabtu lepas aku mengemas rumah. Aku dah kacau penempatan Cik Ti. Memang niat aku pon nak menghapuskan penempatan Cik Ti. Aku tak suka sama kau Cik Ti. Menyampah aku tengok kau. Dah la tu, main cak-cak plak dengan aku. Ingat aku teringin sangat nak main sorok-sorok dengan kau? Tak hingin akuh...!!! Blah la kau Cik Ti...!!!

Pastu kau bengang plak kat aku. Abis kau mengamuk satu rumah. Kau sepah-sepahkan sisa buangan kau di rumah itu. Memang ampeh la kau Cik Ti..!!! Tak per... takper... nampaknya kau sudah melancarkan perang dengan aku. Tak per Cik Ti... aku sahut... hmmm.. tunggulah nanti... Aku akan tempek muka kau di sini. Biar semua orang kenal sama kau... hahahahaha...!!!!




WANTED!!!

181 - Ketat mode

SEMESTER BARU SUDAH BERMULA
MAKA BERMULALAH SEMULA
BERTIMPA-TIMPA
MAKA DENGAN INI
AKU ISYTIHARKAN
MINGGU INI
AKU BERADA DALAM
MODE KETAT

180 - Selamat Pengantin Baru Kawan

Khamis sempena Krismas, kawan serumah aku Siti Hajar Wali telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohamad Naim Hasmuni. Aku ditemani adek turut sama meraikan pasangan sejoli ini. Jadi, buat Hajar & Naim.. semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga hujung nyawa. Aku mendoakan kebahagiaan kalian berdua.

Kenduri pada Sabtu (27/12/08) juga aku turut ditemani oleh adekku yang setia. Walaupun agak lewat petang (3 lebih) baru datang, nampaknya pengantin tak menang tangan memenuhi permintaan kengkawan nak bergambar. Tetiba aku rasa sayu... entah la.. apa-apa pon, tahniah sekali kawan.




Naim menyerahkan mas kahwin RM80 buat Hajar




Selamat dah kawan aku sorang nie, alhamdulillah...


Hijau lagi.. hehehehe.. semoga berbahagia beb...

Monday, December 22, 2008

179 - Kerajaan langit di KL..????


'Kerajaan langit' wujud di KL? biar betik..!!!! hahahahaha...

178 - Serdang - Kemaman - Serdang

Sabtu lalu (20/12/2008), bangun pagi dikejutkan oleh deringan telefon dari adek. Ajak sarapan sama2.. aku on jer sebab sengsorang je kat rumah sementelah menunggu Kak Min sampai dari kampung. Budget dia sampai tengahari, so sempat la jumpa dengan adek dulu.

Dalam 10.30 pg adek dah sedia menunggu. Kami menghala ke Restoran Azwath untuk bersarapan, menu; aku memilih roti sardin dan adek setia dengan roti planta garingnya. Lepak makan-makan sambil bercerita tentang tonemen boling petang semalam di Mines. Aku puas hati menang walaupun dapat tempat kedua, dia plak ralat sebab aku tak dapat no. 1 (dia partner aku). Eleh... akak tak heran la.. janji kali nie akak membolot hadiah2 utama. Hehehehe.. kiranya satu peningkatan la. Dari segi ranking wanita, aku berada di atas sekali.. kira no. 1 la kan..hehehehe..

Selesai makan di Restoran Azwath, aku 'mendera' dia untuk membawa aku ke Baker's Cottage plak. Beli bekalan utk tengahari... rasa tak kenyang plak makan roti sardin. Heheheh.. sempat la beli suratkhabar sekali. Lepas hantar aku balik, adek pon berangkat pulang sebab katanya abah dia nak guna kereta plak.

Dalam pukul 1 tghari, Kak Min call.. dia dah on the way amik aku lepas amik Pojan di Maluri. Dalam pkl 1.45 ptg, kami membuat gerakan ke Kemanan dengan 1 tujuan dan 1 harapan.. hehehe.. cam tagline AF je.. tapi nie lebih kepada Kak Min la. Aku hanya peneman, Pojan lak driver terhormat.. hahahaha.. layankan ajer...

Perjalanan sedikit sesak di Ampang. Biasa la, MRR2... esp. simpang nak turun ke Maluri. Lepas tu jalan dah clear. Sampai di Kemaman dalam pkl 7 malam. Maka di situlah bermulalah ekspidisi mencari rumah yang Kak Min dah ingat2 lupa. Pastu kena 'kencing' lak dengan mamat hampeh tu. Memang hangin... memang patut pon ALLAH dah takdirkan begitu. Memang hampeh betol mamat tu... auta!

Dalam pkl 9 malam baru berjumpa rumah yang dicari-cari. Kami biarkan Kak Min berbincang dari hati ke hati dengan mereka. Biar mereka tahu apa sebenarnya terjadi dan berlaku. Kak Min dah nekad, kami berdua yang menjadi peneman tidak langsung menyampuk atau membuka mulut.. kami beri sepenuh kebebasan kepada Kak Min untuk berbicara, meluahkan apa yang terperuk di dalam hati. Namun begitu, dia sedikit terkilan kerana orang yang dia ingin sekali nak jumpa, tiada di rumah. Tapi, masalah tersebut sudah selesai dengan aman. Kak Min tampak begitu tenang walaupun sesekali nada suaranya bergetar dan sedikit sebak.. aku tahu dia kuat..menahan walang di hati..

Setengah jam berada di rumah tu bagaikan terlalu lama. Setelah bersalaman dan memohon ampun dan maaf serta pinta dihalalkan makan dan minum serta memulangkan kembali barang-barang kepunyaan pihak sana, kami pun mengangkat kaki untuk pulang. Kak Min masih cuba berlagak ceria walaupun aku tahu, di dalam hati dia sedang menangis hebat... aku dapat rasakannya...

Perjalanan pulang ke Serdang mengambil masa 5 jam. Dalam jam 3 pagi kami selamat sampai di rumah.. alhamdulillah..

Kak Min, semoga tabah. Sudah itu yang ditakdirkan... masih ada cahaya yang menerangi lorong perjalananmu..

177 - Happy bowling

Petang Jumaat yang lepas, ofis aku ada buat bowling tournament kat The Mines Bowl. Tournament bermula jam 3.30 petang dan selesai jam 6.00 petang. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus menguruskan tournament nie, akhirnya semua berjalan dengan lancar. Thumbs up to all my committee... we all the best! ahahahah.. ye la.. dah 3 tahun berturut2 menguruskan tournament camtu.. dah kira expert la kan.. kekekeke.. tapi kali nie kitaorg buat secara berpasangan dan ada 2 kategori; terbuka dan veteran. Penyertaan amat menggalakkan expecially dari geng veteran. Ye lah.. kali nie diaorang akan bersaing sesama mereka dalam lingkungan umur yang sama.. kekeke.. ada berani la mau masuk ini tournament..

Aku partner dengan adek aku... alhamdulillah, kami berdua dapat naib johan. Aku lak suka sangat bila aku dapat high score & high series untuk kategori wanita. hehehehe.. triple joy.. ahaks..!!

Bila dah menguruskan tournament dan jadik player sekali..memamg penat tak hengat punya. Bila abis tournament badan dah lemau. Balik semula ke ofis untuk hantar Kak Rozie & Lin. Lepas tu buat gerakan pulang ke rumah.

Thursday, December 04, 2008

176 - salam iduladha

Selamat menyambut hari raya korban blogger semua.. berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang sentiasa mengingati anda..


berada di luar kawasan liputan 5 Dis. 2008 - 14 Dis. 2008

Monday, December 01, 2008

175 - || SiLeNT ModE ||


Ku dengar-dengar Januari
akhirnya kau berpaling jua
semoga berbahagia ke akhir hayat
aku doakan buat kalian
izinkan aku melangkah
jauh dari kalian
agar tidak ditemui lagi
sesungguhnya aku reda
aku juga pasrah
namun hatiku luka berdarah
pemergianku bukan untuk mengubati luka ini
tetapi kerana aku teramat luka

Tuesday, November 25, 2008

174 - Musim bizi datang kembali

Salam pagi Selasa..

Dah lama tak update blog nie. Hujung-hujung tahun nie biasa la, musim kebizian melanda datang kembali. Adeii... penat dah nie. Sabtu & Ahad pon kadang-kadang datang keje. Dah sengal-sengal satu badan aku dibuatnya.

Hujung minggu nie kengkawan ofis ajak lepak kat Pangkor. Tak tau la bleh pegi ke tak. Keje tengah banyak gak nie. Tengok keadaan la ye kengkawan...

Orite, mau sambung keje dulu...

Monday, November 10, 2008

173 - Emosi semalam

Semalam penuh emosi
entah apa angin yang menggila
mengikut kata hati yang sedang rajuk
panggilanmu tidak kusahut
lembaran pesananmu tidak kuendah
aku benar-benar melayan rajukku

Namun aku tahu
aku tak mampu untuk bertahan
aku rindu amat padamu
menjeruk perasaan sendiri
aku kalah menahan hati
pabila kutahu kau kesakitan
akhirnya kita sama-sama menangis

Sukarnya untuk pertahankan
sebuah hubungan yang tidak akhirnya
bila kau hanya mampu berkata
kau tidak mampu untuk berbuat apa-apa

Wednesday, November 05, 2008

172 - Tin... tin... tin...

Salam pagi Rabu yang mendung...

Semalam pergi join liga yg dah lama tak join. As usual, tak ramai yg datang dan aku sorang pompuan je yang datang. Sabor je la.. tengah2 dok membaling, pandang belakang tengok2 adek aku dok tersengih. Laaa... ada rupanya dia nie. Kekunun wat suprise la datang tak bgtau..! Ceh.... hehehe.. tapi seronok sangat. Hahahaha...

Adek beli kasut boling Dexter. RM150 harga... cun gak.. naper la time aku beli dulu tak der warna tu.. mana aci! Hehehehe..

Lepas memboling terus wat gerakan ke Restoran Firdausi dgn adek. Layan tomyam la apa lagi.. sedapppp...hehehehe.. sembang punya sembang, dah kol 1 lebih. Terus wat gerakan pulang. Sampai kat rumah dok berpusing2 carik parking. Dah dapat parking plak baru perasan ada kete alarmnya dok menjerit.. kete tu btol2 sebelah bilik aku lak tu.. haduiiii... tensennyer... dok berbunyi 'tin...tin...tin...' sepanjang malam.. dapat tak korang bayangkan camner keadaannya aku time tu... nak tido tak bleh.. takkan la tuan punya kete tu tido m****s...

Last choice... nak telan pil tidor tak der.. aku pi telan panadol.. hahahaha.. akhirnya dpt tido gak walaupun dlm lena tu dapat dengar lagi bunyi alarm tu di hujung2 telinga.. sabor je la.. so, pagi nie aku jadik cam budak kiut kt bawah nie.. hehehehehe...

Monday, November 03, 2008

171 - Selamat Pengantin baru Din & Nurul

Selamat Pengantin baru adik-adikku... Mohd Masridien Hj. Khosim & Nurul Hawa Yahya yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Nov. 2008. Semoga berbahagia hingga akhir hayat..

Wednesday, October 29, 2008

170 - 'Terapi'

Salam malam Rabu yang hening.. aku still di ofis. Baru siap reinstall laptop lecturer. Penat btol hari nie. Dari pagi tak henti-henti keje.. adeii.. jem badan aku dibuatnya.

Ahad lepas aku 'berterapi' seorang diri di Jaya Jusco Cheras Selatan. Dari pukul 11 pagi santak ke 2.30 petang. Hahahaha... dah lama tak buat 'terapi' nie. Hmm... terbang gak la beberapa rat ke kantung JJ tu.. huhuhuhu.. tapi aku puas hati.
Melayan fikiran seorang diri... hmm.. memang syahdu. Rasa macam hidup sorang2 je.. tapi itulah.. nak buat macam mana. Dah gitu laluan hidup aku... sadis!



Sedang 'terapi' perut di Secret Recipe.. yummy!

Wednesday, October 22, 2008

169 - Berkursus



Berkursus dari 20 Okt. - 23 Okt. 2008

(huhuhu... lebammm...)

Friday, October 17, 2008

168 - Cinta Dalam Hati

Cinta Dalam Hati - Ungu

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Thursday, October 16, 2008

167 - Tak Bisa Memiliki

Tak Bisa Memiliki - Samsons

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Friday, October 10, 2008

166 - Batuk..batuk.. batuk...

Adei... sakit je dada nie.. batuk menyerang dari bulan puasa sampailah sekarang. Tak elok2 lagi... uhuk..uhuk... rasa nak pecah je dada dibuatnya. Kepala rasa berat je... tak sukernyer...huhuhu..

Semalam Kak Min sms bagitau Adam masuk spital. Cainnyer si debab tu... katanya muntah2 dan tak bleh nak telan makanan. Alahai.. susut la badan dia yg debab tu.. doktor nak amik darah dia pon tak dapat2 carik urat.. debab la katakan.. hehehe.. cian debab wanchik nie...

Pastu hari nie doktor nak amik sampel air kencing dia sebab warna air kencing dia dah jadik warna coklat. Doktor dah pasang tiub, tapi sampai tengahari tadi dia tak kencing2.. hmmm... dia meragam la tu. Marahkan misi2 kt spital tu pasal dah kerjakan dia... heheheh.. memula katanya sengih2 gak la kat misi2 kt sana.. lepas dikerjakan dek misi2 tu, asik masam je.. dah tak mau sengih kat diaorg.. hahahaha... merajuk la tu.


Hmmm... cepat sembuh ye Adam.. wanchik rindu sangat2 kat Adam...



Posing dgn wanchik sebelum gi beraya rumah ayah & mama

Wednesday, October 08, 2008

165 - Lahabau...

Salam petang Rabu yang gelap sebab ujan tengah turun dengan lebat.. guruh berdentam dentum..

Aku balik dari kampung Isnin lepas...

Selasa aku bekerja... mood kerja masih tak ada. Tapi paksa diri je nie.. sibuk betol memenuhi permintaan mereka-mereka yang menantikan kepulangan aku bercuti raya. Tangan sibuk menjawab telefon. Dah macam operator plak jadinya.

Rabu aku still tak der mood bekerja.. huhuhu.. tengahari balik rumah tido sebab kebosanan melanda. Lepas solat, elok je aku nak kuar rumah tetiba keluar satu makhluk berlainan jantina dari bilik air rumah aku. Tergamam aku jap! Camne la bleh tersesat makhluk tu...!!! Nie buat aku hangin nie. Sesuka hati membawa makhluk berlainan jantina masuk dalam rumah. Berdua-duaan lak tu. Nak buat maksiat, pi la buat tempat lain!!!!!!!!! Lahabau btol!!!!!!!!! Nak kena budak2 nie.. siap la.. tunggu aku balik rumah petang nie..!!!

Friday, September 26, 2008

164 - Salam lebaran


[berada di luar kawasan liputan dari 27 Sept - 6 Okt 2008]

163 - Berbuka di Saujana Golf & Resort Kajang

Hari Rabu lepas berlangsunglah iftar geng FPP buat kali terakhir sebelum menyambut raya. Kali nie kitaorg berbuka di Saujana Impian Golf & Resort. Ini kali kedua bg ramadan tahun nie kami berkumpul berbuka puasa ramai-ramai. happy sangat kumpul ramai2 dengan kawan-kawan.. tak tau la naper... tapi memang happy sangat.

Pukul 6 lebih aku dah buat gerakan dgn adek, Farid & Miza ke sana. Jalan alhamdulillah clear. Tak sangkut jem langsung. Sampai kat sana dalam pukul 6.45 ptg. Kali ini, 20 orang geng FPP yang join berbuka. Meriah btol... bestnyer.. 2 meja full dgn orang dan makanan. Makanan kat situ kira OK. Sedappp... dan pelbagai jenis... makan pun puas hati.. hehehe..


Sebelum balik, kita posing ramai-ramai dulu


Dah abis makan, tapi makanan byk lagi atas meja tu..hehehe...

Wednesday, September 24, 2008

162 - Menang lagi... muahahaha...

Salam pagi Rabu yang lemau. Aku bangun lewat hari nie... huhuhu... terjaga pukul 7.30 pg! adei... subuh gajah aku pagi nie... (Ya ALLAH, ampunkan dosa hambamu ini) Nie semua gara-gara keletihan memboling la nie... hahahaha... teruk btol aku. Orang gi terawih, aku lak gi memboling..hehehe..tp bukan selalu...baru 2 kali dlm bulan pose nie aku memboling.

Semalam dalam pukul 9 mlm aku dijemput adek aku ke Metro Point Kajang. Kat sanalah medan pertempurannya. Hahaha.. main 4 game (RM6 satu game, mahal giler!!!) tapi 3 games last baru bertarung. Dan seperti biasa, aku masih mengekalkan kejuaraan 3 kali berturut-turut... muaahaha... tensen adek gue.. asik akaknya je yang menang.. hehehe..

Semalam Zul & wife dia ada turun sekali tapi Zul je yg main. Happy btol semalam. Sekurang-kurangnya dapat la mengubat kesedihan aku yg sadis time berbuka semalam. Nak buat camner, manusia hanya mampu merancang... last2 minit boleh plak bertukar rancangan. Tinggallah aku berbuka dgn makanan yang ala kadar je. Itu pon nasib baik terpikir nak beli kueh singgit. Kalu tak, berbuka air dgn buah je la semalam... huhuhu... sebak je aku time berbuka tu... waaaaaaa..!!!!

Lepas memboling, sempat la gi supper kat Restoran Firdausi. Layan kotiaw goreng pattaya. Besh giler... hehehehe... lepak2 jap, 12.30 mlm buat gerakan pulang. Sampai rumah, hosmet tak tido lagi. Dok tengah spin baju sambil bergayut tepon dgn tunang dia. Aku yang masih dlm sisa rajuk, malas bercakap banyak dan terus ke masuk ke dalam bilik untuk istirehat.

Hmmm... sedihnya bila mengenangkannya....

Friday, September 19, 2008

161 - Ulangtahun ke 28

Salam.. hari yang sungguh ceria. Mana taknya, jadik birthday girl ari nie. Alhamdulillah... dah 28 tahun aku lahir kat dunia. Masih lagi mampu menghirup udara di tanggal 19 Sept tahun ini. Waaa... makin tua aku setahun lagi. Hehehe...

Sepanjang hidup aku, di usia inilah sambutan ulangtahun yang paling bermakna bagi aku. Walaupun time bulan puasa, tapi amat menggembirakan dan membahagiakan. Walaupun juga tiada sambutan or party harijadi, tapi alhamdulillah... tanda ingatan dan ucapan dari kengkawan sudah cukup membuat aku rasa gembira sangat2. Terima kasih kengkawan semua atas ucapan yang tak putus-putus dari tengah malam tadi esp Misa yg sms time orang bangun sahur. hehehe.. terharunya... sob..sob..sob..

Malam semalam sempat la gi makan KFC dengan adek aku nie. Kuar pon dah pukul 10 lebih, so kitaorg pegi makan kat KFC Equin Park yang dibuka 24 hours. Hehehe... bukannya apa.. aku pernah cakap kat dia yang aku teringin nak makan KFC Spicy Crunch tu.. so, semalam dia bawak la aku ke sana. Then lepas je pukul 12 tgh malam... dia hulur hadiah kat aku. Waaa... terharunya..hehehe.. Thanks adek...! Akak suker sangat.... muaahhsss..!!

Lepak2 makan sampai pukul 12 lebih. Balik rumah nampak la plak ada plastik Lovely Lace tergantung kat tombol pintu bilik aku. Yeayyy... ada hadiah lagi!!! Kali nie dari hosmet aku lak, Hajar. Waahhh... bestnya dapat suprise cam nie... thanks Hajar & Naim (tunang Hajar) for that present. Cute sangat...!!! hehehehe..

Dan akhirnya... sepanjang malam aku tido dengan senyuman.... kekekeke...



Hadiah jam tangan dari adek

Tempat simpan brooch from Hajar & Naim

Thursday, September 18, 2008

160 - Cop mohor (i love your blog)

Hehehe... dapat cop mohor dari Misa.. tengkiu my prenz...

Saturday, September 13, 2008

Friday, September 12, 2008

158 - Bosan

Sangapnya hari nie...

(hehehe... ini saja entri pada hari ini..)

Sunday, September 07, 2008

157 - Masa bersama teman

Jumaat lepas ramai2 berbuka puasa dgn geng AJK KKR dan kawan2 seofis yang membantu time dinner KKR 29 Ogos lepas. Kami berdua belas orang lepak berbuka puasa di Village View kat Bangi. Mungkin inilah kali terakhir kami dapat lepak2 ramai2 camtu sbb lepas nie kami akan kehilangan seorang teman yang akan bertukar tempat kerja. Huhuhu... sedihnya aku bila mengenangkannya... tak mengapalah. Ini untuk peningkatan kerjaya dia jugak. Well.. good luck to you Shahrul. Jangan lupa kat aku... member baik ko nie... huhuhu..

Friday, September 05, 2008

156 - Rindunya....

Rindunya pada 'si kecik' nie... Mohd Adam Mohd Idham..