teduhan dikala langit menangis, di situ kumelakar setiap memori di awan putih lalu membiarkan ia direnggut bayu menghembus...
Monday, March 24, 2008
130 - Saya dan pengasah pensel merah
Friday, March 07, 2008
129 - Sahabat
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah
128 - Apa dah jadi....
Dah lama tak berblog. tak der apa benda yg menarik pon nak ditulis dlm blog nie. semuanya berjalan seperti rutin. tapi lately aku dok layan citer korea kt web. muahahaha... makan gaji buta lak aku nie. huh, tak berkat duit gaji aku. bukan tak der keje, ada... tp tak byk sgt. lgpon kemalasan melanda. hahahaha..
Hari nie ofis senyap dan senyi. dah ramai balik utk mengundi? aku? usah ditanya... aku pangkah diri sendiri je (paham2 je la..kekekeke..). So aku ucapkan selamat mengundi semua. buat la pilihan yg bijak!!
Isnin nie aku cuti. Layan grand prix liga boling ofis aku nie. main 10 game kot. huhuhu... larat ke nak membaling nie. bola aku hantar tampal balik mlm selasa lepas... esok mlm baru nak gi amik & drill semula. wahhh... moga dpt membaling dgn sempurna. tp jari ku yg kesakitan ini akan bertambah2 la sakit. 10 game tu... adeh!
Apa2 pon... belasah aje la...
Thursday, February 14, 2008
127 - Al-Fatihah
Al-Fatihah buat allahyarhamah...
Wednesday, February 13, 2008
126 - Misi MBians
Tuesday, February 12, 2008
125 - CNY Holiday (Edisi terkujat)
Nak cerita sket cerita-cerita sensasi time aku balik kampung hari tu. Aku gerak balik kampung hari Khamis tu..nasib baik tak le jammed sangat. Kuar dari KL smooth jer... tp bila dah masuk highway... masak gak la. Tambah2 lagi bila nak sampai ke tol Jelapang. perghhh... berasap nak lepas. Diaorg tgh buat tol baru kat situ.
Sampai rumah dalam pukul 12 tengahari. Lepas tu lepak2 kat rumah, mak aku pon bukak citer yang abang dan Kak Min nak tunang. Whattttt?????? Memang takajut beruk aku dibuatnya. Abang aku nak tunang 1 Mac nie. Dia berkenan dgn orang dari negeri yang menjadi kepantangan abah aku. Tapi dia berkeras gak. Abah tak leh nak buat apa dah la. Dah jodoh agaknya. Kak Min lak dapat org Terengganu.
So, aku tergamam je la. Ye la, tak der angin... tak der ribut tetiba dapat tau berita besar cenggitu. Aku cam tak sedia nak handle event besar2 camtu. Tak berpengalaman. Dulu lainlah.. waktu sepupu2 aku yg lain kawin, aku masih kanak2 rebina. Tak terlibat langsung kerja2 kenduri kawin nie. Sekarang nie mak aku dah tak upaya, so semuanya akan terletak 200% atas bahu aku la untuk menghandlenya. Adeh... ngeri lak aku rasa nak menanti saat tibanya nanti. Maybe bulan 8 kot kendurinya nanti. Kenduri Kak Min & abang akan serentak dijalankan. Adeh.. aku rasa aku nak pengsan dulu....
Kat rumah dah mula kelam kabut. Aku dah blur sebab sepupu2 aku dah sibuk dgn persiapan. Rumah kena kemas dulu! Itu kata diaorg. Aku ikutkan saja. Maka cuti aku selama 4 hari dipenuhi dengan xtvt mengemas rumah. Penat tok sah citer la. Memang flet abis cuti kali nie. Tapi enjoy. Kebetulan plak Kak Lela baru lahirkan anaknya yg ke-4. Mohd Adam nama babynya. Comei btol! Tapi tak dpt nak main sgt dgn baby baru sbb dok sibuk mengemas rumah. Kesempatan cuti lama nie, ramai gak yg balik berkumpul kt kampung. Happy btol aku! Aam & Kak Lela buat kenduri arwah. Saja-saja nak menjamu org makan. Jarang kitaorg dapat kumpul ramai-ramai cenggitu. Memang happy sangat cuti kali nie.
Friday, February 01, 2008
124 - Jauh
jauh sekali hingga sukar kucapai
mengapa?
apa yang sebenarnya berlaku?
Saban hari kurasa
kau semakin menghilang
walau ada tetapi tiada
aku tidak dapat rasakan
kehadiranmu di sudut hati ini.
Jika tidak ada lagi perasaan itu
lepaskan ia dari merantai jiwa kita
jika masih ada, jangan lepaskan
bajailah ia, siramilah ia.
Aku tidak mahu kau menjauh
kerana aku tidak mahu terasa kehilangan
Aku tidak mahu kau menghilang
kerana aku tidak mahu terasa kejauhan
Jangan pergi sebelum sempat kita berbicara
apa yang tersirat di dalam hati kita...
-FPP, 1 Feb. 2008-
Monday, January 28, 2008
123 - 5th MB Annual Tournament
Salam Isnin.
Semalam (27/1/08) telah selamat berlangsungnya tournament tahunan Malaysianbowlers kali ke 5 di Pin Junction, Mutiara Damansara. Seawal jam 7.20 pg aku dah buat gerakan ke Cheras utk amik Misa. Then kitaorg buat gerakan menunggu Zam kat 7-11. Lepas tu follow Zam gi rumah dia. Selepas sesi pemindahan berkotak2 mineral water dan menanti Cik Puan Sato turun dgn hadiah, maka berkonvoi le 2 buah kete ke The Curve.
Sampai di sana tepat2 kol 9 pg. Kebetulan sampai, Kak As, Arop & Awie tgh loading barang2 dari keta diaorg. Ok la tu sbb sampai saing dgn Puan Seketeri. Ingatkan dah lambat. hehehehe... Selepas sesi pendaftaran, game bermula jam 10.45 pg selepas mendengar ucapan ringkas lagi singkat oleh En. Presiden, Zam. Penyertaan kali nie ada la dlm 70 org. not bad!Game tamat pukul 4.30 ptg lepas acara step-ledder berakhir. Perghh... penat siot! dari pukul 9 pg sampai pkl 4.30 ptg. Badan memang dah tak larat sgt. Lepas abis game, geng2 AJK buat gerakan ke McD utk menjamu selera. Sempat la belasah Prosperity Burger yg sedap tu. tp ternganga pasal kepedasan... heheheh.. green tea yg dpt skali dgn set tu tak sedap di tekak aku. minum sket je..
Lepas sesi makan-makan, masing-masing buat gerakan pulang ke sarang masing2. Aku gi hantar Misa balik. On the way balik lepas hantar Misa, hujan turun dgn lebat sampai tak nampak jalan. Cuak je aku... dah le mlm. huhuhuhu... Dekat selekoh ke arah UPM dari The Mines, ternampak la Gen2 terbabas. Tergantung atas tebing. Emmm... moral of the story, berhati-hati le memandu waktu hujan lebat di waktu malam. hehehehehe...
Sampai rumah memang dah tak larat. Ingat nak tido awal la.. tp AJL punya pasal.. sanggup aku selotep kelopak mata nie bagi terbukak... hahahahaha. Dekat2 nak abis solat Isyak, dapat call dari hamba ALLAH seorang nie yg jauh nun di utara. Dok sibuk bertanya pasal si ANGGUN. heheheh... hampeh jer. Tak payah le nak berangan, si ANGGUN dah ada pakwe. kakakaka.. pastu cakap boring dok sana. Tu la... sapa soh gi tukar ke sana. Sudahnya tak sabar nak balik KL semula. kui...kui...kui... tunggu la setahun lagi sampai Master tu abis.
AJL semalam best sangat dengar Sahri & Bob nyanyi. dan puas hati sbb Sahri menang jugak utk kategori Balada. dah memang jangka pon...
Lepas abis AJL, mata pon dah tak mampu nak terbuka.. apa lagi, terus la melelapkan mata.
Monday, January 21, 2008
122 - Bersemadilah dikau dengan aman
Sabtu lalu aku tersentak dengan pemergian secara mengejut Along, anak Kak Minah (staf di ofis) akibat kemalangan jalanraya. Dengar katanya dia langgar belakang kereta then tercampak ke jalan. Lepas tu, lori plak langgar dia. Waktu dapat panggilan dari Kak Minah, aku dan Biha ada kat Precint 16 Putrajaya. Ingatkan lepas settle urusan di situ, kami nak buat gerakan ke Alamanda. Lepas dapat panggilan dari Kak Minah, kami terus memecut ke bahagian kecemasan Hospital Serdang.
Waktu kami sampai, Kak Minah dah famili blom sampai. Yang ada cuma bakal besan dia sekeluarga. Dalam 5 minit kemudian baru Kak Minah sampai. Rasa sedih sangat tengok Kak Minah sekeluarga berpeluk-peluk sambil nangis. Aku cuba juga tahan air mata. Dalam pada tu, aku sms semua kat member2 ofis bagitau berita sedih nie.
Kemudian kami semua gerak ke rumah mayat sbb jenazah dah dibawa ke sana. Tunggu dalam 15 minit cenggitu, baru dapat tengok jenazah. Kali nie air mata aku tak dapat dibendung lagi. Berderai abis. Tengok Kak Minah dan Angah meraung. Aduss... memang memilukan. Abg. Rahim pon sama nangih. Ye la.. yang meninggal tu anak sulong diaorg dan bakal kahwin bulan 5 nie. Siti, (tunang Along) menangis sambil memanggil-manggil Along. Lagi syahdu dan pilu...
Bila dah sudah selesai melihat jenazah, masing2 buat gerakan pulang. Famili Kak Minah balik untuk buat persiapan di rumah. Aku dan Biha pun buat gerakan pulang dan berjanji nak pegi rumah Kak Minah lepas Maghrib. Ramai jugak geng ofis datang melawat. Aku lepak kat rumah Kak Minah sampai kol 10 mlm.
Esok paginya pula, dalam pukul 10 pg Biha amik aku dan buat gerakan ke Masjid UPM. Jenazah Along akan dimandi dan disembahyangkan di situ. Ramai yang datang memberi penghormatan terakhir. Alhamdulillah... Waktu aku sampai, jenazah sedang dikafankan. Kami semua sempat melihat jenazah Along buat kali terakhir. Wajahnya tenang saja. Kemudian, dalam pkl 11, jenazah dibawa ke kubur. Segala urusan selesai dalam pkl 12 tengahari. Waktu talkin dibaca, sekali lagi airmata nie berderai-derai turun. Tak bleh tahan. Tambah2 plak bila tengok Angah yang tak henti2 nangis. Sedih btol dia...
Segalanya sudah tersurat. Dia hanya dipinjamkan kepada ayah dan ibunya selama 25 tahun sahaja. Kini, sudah sampai masanya dia kembali ke pencipta-Nya. Mohd Redzuan Abd. Rahim, tenanglah dikau di sana... amin!
Friday, January 11, 2008
Wednesday, January 09, 2008
Thursday, January 03, 2008
118 - 2007 yang berlalu
Salam tahun baru 2008... dah masuk hari ke 3... masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua blogger! Nak imbas sedikit pasal tahun 2007 yang lalu. Tahun 2007 memang tahun yang menghuru-harakan sedikit kehidupan aku. Mak masuk hospital... kena operation pula. Lepas tu kena ulang alik hospital untuk rawatan mak. Aku pun kena ulang alik balik every week ke hospital. Memang memenatkan. Tapi nak buat camne kan... dah nasib kami sekeluarga! Tahun ini juga bukanlah tahun yang best bagi aku. banyak sangat hal dan peristiwa yang menduga aku. tapi, aku redha dengan qada dan qadar. aku terima seadanya... Apa-apa pun aku harap tahun 2008 akan bermula dengan baik buat aku. Cukuplah tahun 2007 yang penuh dengan 'awan hitam dan mendung'. Aku juga berharap tahun ini akan dipenuhi dengan kegembiraan buat aku dan keluargaku. Aminnn....
Monday, December 31, 2007
117 - Mari memasang kabinet dapur
Thursday, December 27, 2007
116 - Aidiladha yang muram
Kepulangan aku disambut mak yang terlantar kerana demam. Ditambah pula mak tak lalu makan semakin membuatkan badan mak lemah dan tak bermaya. Jantung dia pon tak berapa stabil bila dengar kematian-kematian orang2 yang dia kenal. Dia rasa sedih sebab sorang-sorang 'pergi' dan dia entah bila pula dijemput Ilahi. Itu yg membuatkan hatinya semakin gundah. Bila semuanya bersatu, maka senanglah penyakit nak melekat. Semuanya psikologi... bila mental down, sistem badan pon turut menerima kesannya.
Tengahari aku dgn Kak Min kuar gi pekan cari 'kuih tunjuk'. Dapat la 2-3 jenis kuih dan kerepek juga kek. Tak beli banyak pon sbb selalunya raya haji nie tak der org dtg beraya. Lepas balik beli kuih, aku kemas2 rumah sket. Lepas tu pegi buat kuih cornflake kat rumah Long. Hmmm... penat memang penat... Bila tengok mak yang terbaring je, aku susah hati. Itu mesti gula dlm darah tinggi la tu.
Raya pertama aku sempat beraya rumah mak-mak penakan aku. Pegi rumah Makcik Gayah & Anjang je. Balik dari rumah diaorang tengok2 Pak Njang, adik abah dari Kuala Kangsar ada. Layan la sekejap tetamu.
Raya kedua, 'orang sebelah' buat kenduri aqiqah anak lelaki dia. Hmmm... dah dapat anak pon dia. Namanya Hamzah Muiz (rujuk posting 115). Arghhh.... perasaan bercampur baur. Sebelum tu, mak dia dah dtg jemput time raya pertama. Raya kedua, ayah dia plak dtg jemput. Waktu tu aku baru balik bawak mak check darah di hospital. Abah aje yg pergi makan kenduri dia.
Hari-hari yang lain berlalu tanpa ada aktiviti yang menarik untuk diceritakan. Melayan karenah anak buah yang macam-macam peel je...
Abah bukak mulut cakap nak tukar wheel chair yang mak guna sekarang. Actually wheel chair tu beli masa arwah wan (opah aku) dulu. Kemudian, Mak Long Mek beli utk beri pada suaminya, arwah Pak Long Harun. Bila mak dah tak boleh jalan, kami beli semua dari diaorg. Condition kerusi tu actually masih ok. Tp, abah dah bukak mulut nak ganti. Dia dah survey kat Farmasi Indah. Kalau bayar ansur, dalam 400++ tp kalau bayar cash dlm 360. Abah tak cakap direct nak mintak duit dari aku untuk beli wheel chair tu. Tp, aku paham sendiri la maksudnya tu. Kalau tak, takkan saja-saja dia nak cakap pada aku. Dan aku sudah pun menghulurkan 400 pada abah utk belikan wheel chair baru utk mak.
Semalam baru aku kembali ke Serdang utk bekerja. Memang lama aku cuti. Dah banyak kali orang ofis call aku tp aku malas nak angkat. Kalau aku jawab pon panggilan diaorg tak guna. Aku tak leh nak buat apa2. Takat nak dengar komplen or report pasal problem pc la.. printer la.. network la... malas aku nak layan. Heheheh...
Hari nie aku dah masuk keje. Awal-awal pagi dah kena involve dgn taklimat pelajar baru. Ada problem sket tp dapat settle. Hmm... diaorg nie bukannya tak boleh buat sendiri, saja....
Tahun baru pon lagi 4 hari. Tak letak apa-apa azam pon. Tak perlu nak berazam-azam le... buang karan je....
Walaupun badan ada kat sini, fikiran aku masih teringat pada mak yang still tak sihat sepenuhnya. Hari nie dia ada check-up dengan doktor. Tak tau la apa resultnya nanti.
Teringat aku dengan kata-kata mak waktu aku berada di kampung hari tu. Mak tanya aku, "Sempat tak mak nie sampai raya puasa tahun depan??" Alahai... syahdunya...
Monday, December 24, 2007
115 - Hamzah Muiz namanya...
"Nama apa Mak Teh?" Aku tanya Mak Teh apa namanya.
"Hamzah Muiz..." Jawab Mak Teh ceria.
Kak Lela mengambil Hamzah Muiz dari dukungan Mak Teh. Merengek-rengek si kecil itu. Kak Lela serah pada Mak Teh semula.
Aku berkira-kira samada mahu mendukung atau tidak si kecil itu. Melihat dia merengek-rengek begitu, aku terus memintanya dari Mak Teh lalu aku mendukung sambil mendodoinya. Sekejap saja dia dah senyap. Suka mereka bila melihat dia senyap dalam dukunganku.
Lama juga aku mendukung si kecil itu. Dia begitu senyap sambil menatap wajahku tanpa kedip. Apalah yang kau tenungkan itu wahai Hamzah Muiz...
Tak lama kemudian aku kembalikan si kecil kepada neneknya. dia kembali merengek dan Mak Teh tak tunggu lama lalu beredar dan membawa si kecil kembali kepada ibu dan ayahnya.
Hamzah Muiz...
Thursday, December 20, 2007
114 - Mimpi memang mainan tidur
Aku bermimpi yang aku baru berkahwin. Tapi, sayangnya aku bermadu. Jadi isteri muda. Hehehehe…
Siapa suamiku? Hmmm… dia adalah kawan baikku. Dan dia bakal melangsungkan perkahwinannya hujung tahun ini.
Hahaha… apa-apa pun aku ucapkan selamat melangkah ke alam rumahtangga buat S******. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Telah banyak yg kau ‘perjuangkan’ sepanjang hidup ini dan aku menjadi saksinya semenjak 6 tahun persahabatan kita. Syabas kerana kau berjaya ‘mengakhirinya’.
113 - Terjebak
Hmmm… tp itulah kalau hati tak berapa nak rela involve pd awalnya, maka ALLAH memakbulkannya. then mula rasa menyesal sbb tak dpt nak abiskan semua program (bukan sengaja). Maka, hanya separuh saja la yg dpt aku ikuti. Separuh lagi terlantar atas katil setelah muntah sepanjang hari gara-gara keracunan roti. Huhuhuhu…
Thursday, December 13, 2007
112 - Tak Bertepi
ku masih terluka karnamu
Dalam cintaku
tak pernah kau balas
Membuat hati
sabar menanti
Sampai kini
ku masih berharap padamu
Walau ku tau
kau takkan mengerti
Arti sayangku
yang tlah kuberi
Ku kan tetap setia menanti
Takkan hentiku mencintai
Biar hati kan tetap sepi
Karna cintaku tak bertepi
Cintaku padamu
Sampai kini
Monday, December 10, 2007
111 - ...
Setelah tunggang terbalik selama beberapa minggu memikirkan samada aku mahu pergi atau tak ke kenduri dia, akhirnya satu kata putus aku berikan. AKU TAKKAN PERGI! hehehehe... dan memang aku tak pergi pon. hanya lepak di rumah sampai melipat brosur seminar saja. ofis pon aku tak pegi walaupun ada keje lain yg sepatutnya aku bereskan.
Aku SMS Yeop memberitahu tentang ketidakdapatan (???) aku menjoinkan diri berkonvoi dgn dia. Beberapa hari sebelum tu ada gak aku tunggu2 panggilan dari dia tapi tak der. aku rasa dia dah dapat agak yang aku takkan ikut dia. hmmm... dan SMS aku pun tak dibalasnya. seperti yang aku dah jangka. tak per lah Yeop... ko nak merajuk dgn aku ke... nak marah kt aku ke... nak berpatah arang berkerat rotan dgn aku ke... aku tak kisah. kau tau siapa aku... dan kau sendiri sedia maklum keadaan aku.
Tengahari, aku SMS pengantin yang aku tak dpt dtg kenduri dia & wish dia happy ever after. lewat malam baru aku terima balasan SMS nya. dlm SMS nya dia menyatakan dia memahami situasi aku. aku tak pastilah apa yg dimaksudkannya... tp kalau apa yg dimaksudkannya sepertimana yang aku fahami, baguslah... tak perlu lagi aku lelah berlakon.
Ahad
Ikut Misa & Uzin gi makan kenduri anak Kak Sad (bowler UM) kat Gombak. aku gerak dlm pkl 11 dr rumah. singgah ofis jap amik hadiah kawen Misa & Uzin yg aku tak bagi2 lagi. hampir pkl 12 baru buat gerakan ke kenduri. tp jem plak kt MRR2... biasa la kan... dekat sejam lebih gak nak sampai Gombak nun. dah sampai makan2 & lepak2 jap baru buat gerakan balik. time balik tak sampai setengah jam dah sampai.
Malam plak Hajar ajak gi Mines. member tu nak beli comforter utk hadiah kawen kawan dia. carik punya carik.. semuanya harga 150 ke atas. member plak budget bawah 100. lepas tak jadi beli comforter dia gi beli jeans plak. pastu kitaorg gi beli sandal. dpt la 50% less. best btol!! dlm pkl 10 lebih buat gerakan pulang.
Sampai rumah aku sambung keje2 masukkan brosur seminar dlm envelop sampai koi 1 pagi. huhuhuhu... hujung minggu yg sungguh memenatkan mental dan fizikal.
Monday, December 03, 2007
110 - Tergamam
Betul ke? Begitukah 'kulit' dia yang sebenar? Aduh... kenapa la bila saat keputusan sudah dibuat, baru aku dipaparkan tentang kenyataan ini. Tergamam memang aku tergamam. Mual dan jijik bila mengetahui kenyataan itu. Sampai sekarang aku terasa mual bila aku berjumpa dengannya.
Hanya aku yang tahu siapa dia. orang sekeliling memuji akan dirinya. Itu membuatkan aku bertambah mual apabila memikirkannya. Ayat-ayat yang aku baca berlegar-legar di fikiran aku. tak boleh aku tepis. dia datang menari-nari di depan mataku. Kenapa? persoalan yang tidak mungkin aku dapat jawapan dari dia. takkanlah aku nak tanya dan sudah tentu dia pelik dari mana aku tahu! warghhh...!!!!
Tapi, aku bersyukur pada ALLAH kerana menunjukkan aku jalan dan pilihan yang harus aku buat. Memang tak sangka dia begitu. Aduhai.... sabar je la... sekarang nie aku kena berpura-pura di hadapan dia. Seolah-olah aku tak tahu apa-apa. Susahnya idop!!!!!!
109 - Hari Keluarga FPP
Friday, November 16, 2007
108 - Kad maroon bertinta emas
Kad undangannya telah sampai ke tanganku. Kad maroon bertinta emas. 1 Disember tarikh keramatnya. Tarikh dia bakal diijabkabulkan dengan suri. Orang pantai timur. Teman sepengajiannya mungkin. Belum pernah bertentang mata dengan surinya. Bagaimana agaknya paras wajah si surinya? Aku tak pasti akan menerima undanganmu itu. Mungkin teman baikmu perlu memaksa aku untuk ke majlis tersebut. Maaf, jika kelibatku tidak dapat kau lihat pada hari istimewa itu nanti. Walau bagaimanapun... TAHNIAH! Semoga ikatan berkekalan hingga akhir hayat.
Friday, November 09, 2007
Saturday, November 03, 2007
106 - Monolog hujan
gersang. Hembusan angin kadang kala lembut, namun ada ketikanya kencang menggegar sang pohon renek. Aku masih di sini, berpeluk tubuh di tabir jendela. Memerhati tanpa kata-kata. Melihat tanpa berbicara. Satu keluhan berat kulepaskan, tapi tidak mampu melegakan hati yang gundah. Kurenung langit yang semakin kelam. Kelihatan beburung terbang riang bermandikan hujan. Bebas menghayun kepaknya. Segaris senyuman hambar kulemparkan. Titis hujan semakin kasar. Lopak-lopak air mula kelihatan. Bergenang di serata tempat. Satu lagi keluhan kulepaskan. Berat sekali!
Aku masih di sini. Menanti tanpa harapan. Kulepaskan semua harapan itu dibawa bayu pergi. Biarkan. Aku yakin, yang terbaik akan aku miliki suatu hari nanti. Bila ianya akan terjadi? Kuserahkan pada kuasa Ilahi. Pada-Nya aku berserah sepenuh jiwa dan ragaku.
Tuesday, October 30, 2007
Monday, October 29, 2007
104 - Syurga sudah pasti buatnya...
Salam pagi Isnin yang dingin.Apa yang paling menyedihkan bagi seorang perempuan yang sedang hamil? Hmmm... sudah tentu kalau dia kehilangan kandungannya yang sudah lama dia nantikan.
Pagi-pagi ini aku dikejutkan dengan berita Kak A** telah kehilangan anaknya yang sudah lama dia nantikan. Dengar katanya, babynya keluar awal padahal baru 5 bulan dalam kandungan. Dia memang dah lama tunggu baby nie. Bayangkan kahwin sudah 10 tahun tapi still tak dapat baby. Bila dah dapat, tiba-tiba kehilangannya. Aku dapat bayangkan betapa sedihnya dia. Sebenarnya tak ramai yang tahu lagi tentang berita nie. Mungkin juga dia tidak bersedia untuk memberitahu tentang ini. Dia masih lagi stress. Biarlah dia berehat dulu. Semoga dia tabah menghadapinya. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya.
Buat Kak A**, tabahkanlah hatimu. Syurga sudah pasti buatnya....
Thursday, October 25, 2007
103 - Apa pandang-pandang??!!!
Apa perasaan korang espcially pompuan la kalau ada yang asik2 pandang korang. kejap2 paling tengok korang... selang 5-6 saat paling kat korang? musti rimas dan lemas kan? entah apalah sorang hamba ALLAH nie... kerap sangat kalih dok tengok aku. dah lama aku perasan. walaupun aku tak le direct pandang dia, tp dari ekor mata memang dia dok kalih tengok aku? apa? aku nie alien ke... ataupun aku nie suspect pada satu jenayah yang berat yg perlu diawasi ketat hingga tak boleh hilang dari pandangan mata dia? what the h***??!!! rimas aku rimasss!!!
Wednesday, October 24, 2007
102 - Hadiah harijadi
+ Tim, kau tahu tak apa Naim kasik hadiah birthday kata aku?
- Apa dia?
+ Jumper kereta!
- Hahahahaha.... biar btol mamat tu??!!
+ Iye... dia kasik jumper kereta kat aku!
- Hahahaha... Sabor je la... apesal dia kasik?
+ Aku pernah cerita kat dia yang kawan aku dulu bateri kereta dia kong. pastu dia call aku mintak tolong. aku lak tak der jumper kereta. terpaksa la tepon kawan2 yg lain yang ada jumper kereta datang tolong dia. agaknya dia teringat cerita tu yang dia belikan untuk aku.
- Hehehehe... bagus le tu. ala.. lagipon untuk kegunaan bersama le tu...
+ Hehehehe... ye la agaknya....
Moral of the story: Nie kes yg jarang yang aku dengor. Jarang le pakwe kasik hadiah cenggitu kat awek dia. paling2 koman pon, mug ke... teddy bear ker.... Aku memang tabik arr kat si Naim ni sbb buat perkara yg jarang couple2 lain buat. hehehehehe....
Monday, October 22, 2007
101- Boss baru aku...
Dan hari nie aku terjumpa nickname dia waktu tengah copy data ke dalam external hdd dia (notebook dia aku nak format). then nama itu begitu familiar di arena pemblogan (ye ke istilah nie???). **********... itulah nickname dia dan aku cepat surf internet dan buka blog dia. hmmm...
Ayat demi ayat di dalam blognya aku baca. Betulkah dia? Terlalu berbeda... in real life dia seorang yang happy. tapi dalam blog, dia seorang yg warak dan kadangkala aku terasa seperti ada awan hitam yang memayungi dirinya setiap kali dia menulis blog. entah lah...
Yang pasti aku masih cuba untuk mengenali karektor dia...
Posting ke-100!!!
Si Putih a.k.a. Comey
Hobi dia gigit orang
Dah penat gigit orang, tido... itu le kejenye!!
Tuesday, October 16, 2007
Corat coret raya
Hari nie abah beli ikan keli 7 ekor!!! mak aiii... gaya nak menjamu famili adik dia beria bebenor! so menu aku, ikan keli masak tempoyak, ikan keli goreng (ikan keli tu aku kerat 2 bhgn; bhgn kepala buat masak tempoyak & bhgn ekor aku goreng), kobis masak lemak, sambal belacan, rendang ayam dan telur dadar. hmmmm... meriah btol makanan. tp aku le yg kepenatan masak semua tu. ye la... mak aku dah tak upaya nak membantu...
Dalam pukul 1 lebih, makcik aku sefamili sampai. time tu aku & famili tgh makan tengahari. apa lagi... aku cepat2 bangun. time tu baru makan nasik separuh. terencat selera aku! lepas tu siap2 utk famili makcik aku makan la plak. abah happy je bila famili adik dia datang. ye la.. selalunya raya2 camnie, we all la satu famili yg balik kampung di Kuala Kangsar nun. tp sebab mak aku dah jadi begitu... kitaorg just tunggu je la diaorg datang! tp kalau ikutkan la... patutnya adik2 le datang beraya rumah abang kan??? (abah anak sulung) kekekekekeke... apa2 je lah..
Lama gak la famili makcik aku lepak kat rumah. dekat pukul 4 baru gerak balik. huhuhuh.. tangan aku tak kering2 dok melayan mereka satu famili. ada je benda yg aku buat kt dapur tu. sampai sakit2 tumit berdiri jer. itu blom kira la celah2 jari tangan aku yg dah mula kembang. lama sket lagi aku dok main air... konfem mengelupas. huhuuhuh...
Tapi tahun nie memang aku tak ke mana2 raya. tunggu rumah je la. boring memang la boring. tp nak buat camner. dah terpaksa. ada gak mak aku soh aku gi beraya rumah sedara mara tp takkan le aku nak tinggal mak aku dlm keadaan camtu. walaupun ada abah, tp sapa plak nak menghidang kuih.. nak buat air... ish.. tak bleh..tak bleh... sepupu2 lain pon cam malas je nak gi beraya. lgpon mak2 sedara semua dah pakat dtg beraya kt rumah raya pertama lagi. kira OK la tu kan... hehehehehe...
So, aktiviti yang paling berfaedah time2 raya nie, apa lagi... TENGOK TV!!!!!! layanzzz.....
Saturday, October 13, 2007
Angkasawan Malaysia
Thursday, October 11, 2007
Salam Aidilfitri
Friday, September 28, 2007
tersyasyul...
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya...'
+ Eh, Jar... lagu apa nie ek?
- Ala... lima...
+ Hah??!!
- The Star...
+ Hah??!!
'Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu...'
+ Eh, nie lagu Dafi la... Bila Terasa Rindu. budak AF5 tu...
- Haa...
+ Apa ko nie Jar.... lima la... the star la..
- Hahahahha... aku nak cakap kumpulan De5 dari Gangstarz...
+ Hahahaha.... apa kena dgn ko hari nie.. cakap tunggang terbalik! Hahahaha...
- Hahahhaha... entah la.. ko pun sama gak!
Moral of the story: Bila letih berpuasa, macam-macam hal... cakap pon tersyasyul... kekekeke...
Tuesday, September 25, 2007
Dear Diari - Dan ia kembali
Ahmad Suhaizam... sudah lama aku tidak menyebut nama lelaki ini. Sudah lama juga aku tidak menghubungi dia. Entah mengapa hatiku menjadi keras seperti batu. Adakah kerana aku cuba menghukum diri sendiri atau yang paling tepat, tidak menerima kenyataan yang dia sudah bertunang. Ya, dia sudah bertunang!!!
Dear diari,
Mungkin kau sendiri sudah sedia maklum siapa lelaki ini dalam hidup aku. Nama itu sudah berulang kali aku ukirkan di dadamu sejak perkenalan kami dahulu. Ada manis... ada yang pahit... ada yang membahagiakan. Tapi akhirnya kepahitan sahaja yang tinggal. Kau juga sudah sedia maklum apa yang berlaku antara aku dan dia. Hanya kau yang tahu diari. Padamu aku curahkan segala-galanya. Padamu aku coretkan segala apa yang terpendam di hatiku. Dan ada ketikanya juga kau menjadi tempat aku melepaskan kemarahanku terhadapnya. Maafkan aku diari.
Dear diari,
Sejak akhir-akhir ini, dia sering menghubungiku kembali. Dan setiap kali dia menghubungiku, acapkali dia mengingatkan aku agar menghadiri majlis perkahwinannya. Apa maksud dia sering mengucapkan begitu? Adakah sengaja mahu menyakiti hatiku ataupun dia sebenarnya ikhlas atau juga mahu melihat reaksiku? Walaupun kini, tiada apa perasaan yang datang bila dia berkata begitu, namun aku tak suka dengan tindakannya itu.
Dear diari,
Semalam dia datang bersama rakan-rakannya. Ada urusan di sini dan dia memerlukan bantuanku. Perkara pertama yang dia sebutkan ada tentang sahabatnya yang dia ingin sekali perkenalkan kepadaku. Atau lebih tepat, dia ingin menjodohkan kami berdua. Entah apa niat dia melakukannya. Adakah kerana untuk menutup rasa bersalah atau mungkin atas sebab-sebab lain yang aku sendiri tidak tahu. Bagi aku yang tidak pernah mengakui kewujudan lelaki itu, aku tidak mempedulikannya. Bagi aku, lelaki itu tidak wujud dan tidak perlu untuk diberi perhatian. Satu lagi ayat yang biasa dia sebutkan setiap kali berjumpa (walaupun setahun sekali), dia sering mengatakan aku semakin cantik. Hah! Cantik-cantik pun, akhirnya dia bersama dengan perempuan lain. Dan dia sekali lagi mengingatkan aku agar datang ke majlis perkahwinannya nanti. Hmmm...
Dear diari,
Memang perasaan ini sudah tiada, tapi entah mengapa aku sukar untuk melepaskan dia. Aku sukar untuk melepaskan kenangan-kenangan bersama dia. Aku tak tahu mengapa aku masih 'memegang' sesuatu yang telah tiada. Sesuatu yang telah menjadi milik orang lain. Diari, mengapa aku begini? Aku tak mahu terus hidup dgn kenangan itu. Aku tak mahu diari. Bantulah aku diari.. bantu aku melepaskannya. Aku ingin mengakhirinya. Aku ingin menamatkan kisah kami. Ianya telah lama menjadi sejarah dan kenangan. Kau sendiri tahu diari, betapa aku ingin sekali keluar dari situ. Aku tak mahu lagi berada di dalam kenangan itu.
(Dah lama tak berkarya. Sekali sekala gatal tangan plak nak menconteng-conteng kat sini... hehehehhe.. Salam Ramadhan untuk semua...!)
Tuesday, September 18, 2007
Quote of the day
Apa yang kita impikan tak semestinya itu yg kita akan dapat. Ada kalanya kita perlu berusaha dengan sehabis daya untuk mendapatkannya. Sesuatu yang menjadi impian, hanya tinggal impian jika tiada usaha yang dilakukan untuk mendapatkannya.
Quote 2
Berpura-pura hanya akan membuatkan diri sendiri tersiksa. Luaran nampak gembira, tetapi di dalam hati sedang berperang. Gelodak perasaan tidak pernah setenang air di kali. Jika ianya hanya menambah beban di dada, luahkan agar bisa reda.
Quote 3
Kesepian adalah teman akrab jiwa kekosongan. Jangan biarkan jiwa dibaluti dengan kesepian dan kekosongan itu. Penuhi ia dengan kenangan indah yang tidak bisa dilupakan.
Wednesday, August 29, 2007
merdeka quote
Friday, August 24, 2007
team building @ jeram besu, raub pahang
Hari kedua dah start xtvt air. belajar cara nak apungkan diri dan terjun dlm jeram. perghh... best btol. yg paling penting dpt mandi sungai. hahahhahaha... dah lama tak mandi sungai nie. dah gian nak mandi. skali masuk sungai, tak ingat2 nak naik ke darat. hehehehhe.. sori la fasi, len kali jgn bawak kitaorg gi sungai. gitu la jadiknya. Monday, August 13, 2007
Selamat Pengantin Baru Misa & Uzin
Back to the point... selama 4 hari aku berkampung di rumah Misa kat Kuang utk membantu majlis perkahwinan dia semalam (12 Ogos '07). Rabu malam aku dah buat gerakan ke rumah dia kat Cheras Utama sbb esoknya tu pagi2 lepas subuh (kononnya...) dah nak gerak ke Kuang. awal sampai sana, awal la kitaorg buat persiapan. tapi selepas angkut barang sumbat dlm kereta aku & uzin, pkl 7 jugak baru gerak. jln pon semput2 la... dah jammed! so, dlm pkl 9 lebih baru sampai rumah Misa kat Kuang tu. kedatangan aku & Uzin serta kepulangan Misa di sambut oleh abah Misa, Pak Wan yg sedang lepak baca papers kat depan rumah dia.
Hari Jumaat lak Jaja datang. so, kitaorg gi jemput dia kat stesen komuter Kuang. bagus la.. dah bertambah lagi sorang rekrut. hehehehe.. maka dgn itu kami bertiga bertungkus lumus la membantu apa yg patut demi memastikan majlis Misa nie dpt berjalan dengan lancar. barang2 hantaran semua ada la kitaorg tolong sket2 yg mana belum digubah. tp byk yg dah siap digubah dek pengantin sendiri. so far... alhamdulillah. walaupun ada saat2 berlaku juga sesuatu yg menduga hati bakal pengantin tu. tapi semuanya dpt ditangani dgn sabar dan tenang. cayalah Misa! hehehehehe... 

Tuesday, August 07, 2007
'kawan baik'
Baru-baru nie aku dengar citer dia nak settle down thn nie. nak kawen katanya. tp dia bercerita dgn akak sorang nie. dgn aku tak pon dia bgtau. walaupun dia sendiri pernah cakap aku nie adalah kawan yg paling dia percayai.
Baguslah gitu. tp yg tak sedapnya, bakal isteri dia adalah tunangan org... tp katanya pompuan tu dah settlekan hal pertunangan dia. atau tidak keterlaluan bila aku simpulkan yg pompuan tu dah putuskan pertunangan dan sekarang nie sedang memang confirmlah diaorg berdua sedang merancang untuk mendirikan masjid. dengar katanya jugak, diaorg tak nak tunang2 & terus nak kawen jer. katanya juga hujung tahun ini majlisnya tu nanti
Kalau betul, alhamdulillah.. baguslah. dari dok angkut tunang org ke hulu ke hilir... better dia bertanggungjawab atas apa yg telah dia timbulkan. nampaknya dia tekad betul kali ini dengan perempuan nie. well... aku ucapkan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin. undangan perkahwinan dari korang memang aku tunggu... tp berkemungkinan besar aku tak akan pergi...
Wednesday, August 01, 2007
Thursday, July 26, 2007
sepi sunyi kosong
Tekadku yang nekad
Sepi
Sunyi
Kosong
Kau di sana
Juga sepi
Sunyi
Kosong
Mengapa sepi?
Mengapa sunyi?
Mengapa kosong?
Sepi ibarat dunia tiada berpenghuni
Sunyi bagai putaran masa terhenti
Kosong seperti tong-tong tiada isi
Sepi... sunyi... kosong...
-Suria Shafie, Research Room, 5.40 p.m.-
Monday, July 16, 2007
xtvt cuti 2 hari
Hari Sabtu lepas aku cam biasa dtg ke ofis untuk buat keje2 formating & reinstall semua 6 unit cpu dari makmal. si aren dgn baik hati dtg tolong aku. tengkiu arr... nanti akak blanjer McD ek! hehehehehe...
Tengah2 dok buat, ada sorang hamba ALLAH nie dtg marah2 dgn aku. katanya aku ada cakap belakang dia. pastu siap warning aku lagi, kalu nak cakap apa2 biar berdepan dgn dia. what the heck????????????? aku tak tau ujung pangkal apa2, kena sembur. dah la depan2 org, malu aku dibuatnya. aku pon apa lagih, hangin naik satu badan la. main tuduh2 plak. aku tanya la apa yg aku kata kat belakang dia. pastu dia marah2.. then siap cakap nak panggil sorang lagi hamba ALLAH yang tukang menyampaikan pada dia. hampeh btol!!!
Aku pon tepon la minah yg jadik telefon berkarat hamba ALLAH nie. aku tanya direct jer. rupanya minah nie yg salah dengar dari sumber mana. then dia suka2 hati kata aku yg cakap. hampeh btol la..!!! tak pasal2 aku yg kena sembur! mmg hangin aku satu hari tu... mmg cipan la...!! dia nie selalu jadik tukang sampai pd org lain. ish.. mmg mulut !#%^&**?}{.... warghhhh, hangin satu badan!!!!!!!!!1
Settle je keje aku terus blah masuk bilik aku (sebelum tu dok kat lab). malas aku ngadap muka hamba ALLAH tu lagi. suka2 hati sembur aku tanpa siasat betul ke salah. no wonder la org treat dia camtu. bila aku sendiri dah terkena... aku pon tak heran la dgn cakap2 org pasal dia. ishhh... mmg hampeh!!!!!!!!!
Balik dr opis, Hajar ajak gi Carrefour Alamanda. ikut je la.. memandangkan aku pon tgh tensen. at least dpt la menghilangkan tensen. tp sebelum sempat hantar sms mengena kat sorang member nie. hahahahha... nasib la kan. org tengah tensen... mcm2 la dibuatnya. sanggup call tu nak bertanya apa. then aku jawab, "Tengok je tv9, pkl 5 ptg. hari-hari ada..." wakakakakakak...
Petang tu shopping sakan aku dgn Hajar. mula2 masuk MPH. nampak la buku Harry Potter yg tersusun lawa atas shelf. hhuhuuhhu.. teringin je nak sambar. tp kang over-budget. budget yg ada cukup2 je utk perbelanjaan yg dirancang hari tu. so, tahan je la hati nie. tunggu gaji la. mintak2 la ada lagi buku Harry Potter tu. huhuhuhuhu...
Lepas tu aku ushar sandal. so, dpt gak la sandal. beli kat Walk-in. pastu baru la buat gerakan ke Carrefour. aku dgn hajar beli karpet kecik & bantal besor. asalnya nak beli karpet tu jer tp biasala kan.. bila dah pusing2 tu, ada je benda yg nak dibeli. muahahahha.. abis shopping kat situ, buat gerakan ke surau. lepas solat, pegi makan kfc lak. balik dlm pkl 10 lebih. wahhhh... penatnya satu hari!
Ahad lak, aku ingat nak lepak je kat rumah. Hajar plak nak gi opis sbb nak upload file. disebabkan dia malas nak gi opis dia yg ujung donia nun.. so, dia nak guna internet kt opis aku jak. aku on jer. dlm kol 11 pg buat gerakan ke opis. pastu si ita lak dtg lepak. duduk la sampai kol 3 ptg. then buat gerakan makan tengahari kat tasik. lepas makan, balik rumah. si ita amik belen2 barang dia yg masih ada kat rumah. dia dah pindah rmh makcik dia kat setapak. so, rmh aku skrg nie dan berempat. masuk budak baru 2 org. adik2 la...
Malam tak der air... tak beshnyer...... tak jadi aku nak mendobi baju.. huhuhuuhuh...
Wednesday, July 11, 2007
Masak bubur nasik jer....
- A'ah... makan bubur jer...
* Apesal ko makan bubur nasik? Ko tak der gigi ke?
+ Hahahahahahaa...
* Orang tak der gigi je makan bubur nasik!
+ Haahahahahaa....
- Jadik bini aku senang je Tim, masak bubur nasik jer...
+ Hehehehehe...
Saturday, July 07, 2007
MBians Transformers
antara yg hadir....















